Friday, August 28, 2009

Ceria Bersama Hamster

Glitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word Generator
==> ni hamster jantan, nama dia COMBO
  • Hamster..haiwan yang telah bertahta dihatiku sebagai haiwan kesayangan..
  • Aku asyik bercerita tentang Demok dan Debu, aku terlupa nak perkenalkan sepasang lagi hamster aku yang bernama Combi dan Combo..
  • Aku beli Combi dan Combo selepas seminggu aku memilikki Debu dab Demok iaitu 15 Ogos 2009.
  • Sebab aku beli mereka, Debu kuat mengigit tangan, tapi alhamdulilah Debu dah tak menggigit lagi.
  • Aku beli Combo dan Combi dengan harga RM8, tapi beli sepasang aku dapat RM15.
  • Walaupun aku beli agak mahal, tapi mereka manja dan tak mengigit sebab mereka jenia Winter White..
  • Jenis Winter White ni amat manja dan mesra dengan penjaga...

==> ni hamster betina, nama dia combi...

Thursday, August 27, 2009

CARA PENJAGAAN CONTACT LENS

Salam pada semua..
Hari tu aku asyik berbicara tenyang hamster je..

[contact_lens.jpg][p_71_3.jpg][contactlens261202.jpg]

  • Sekarang aku nak kongsi tentang perihal kanta lekap atau pun contact len..
  • Bagi yang pakai spex mata tu mesti nak try guna kanta lekap..
  • Kadang2 tu bosan juga guna spex mata ni..maklum la kadang2 spex mata ni mencacatkan penampilan kita..
  • Aku guna contact len ni sebab nak memcuba sesuatu yang baru..bosan asyik pakai spex mata je dari dulu, mata pun semakin sepet je..
  • kali ni dah masuk dua pasang aku guna contact len..
  • Masa mula2 aku guna, aku pilih yang warna natural..baru je pakai 2 minggu lebih..tup3 sebelah contact len aku hilang..susah jugak nak cari sebab dia tak berwarna..sedihh..akhirnya jumpa juga atas lantai tp dah jd arwah...habis penyek dan tak boleh digunakan lagi..
  • Aku tak serik, aku nak juga pakai contact lens sebab aku dah mula rasa selesa memakainya..
  • Aku beli yang ada colour..sebab senang nak nampak kalau letak dalam bekas khas dia...
  • Yang jenis berwarna ni agak mahal berbanding yang tak ada colour ( natural )..tapi nasib baik ada kedai yang buat promasi, dapat juga harga murah. Aku ambil pekej untuk 3bulan saja..so sekarang aku pakai yang colour kelabu kehitaman..hehehe..

CARA PENJAGAAN CONTACT LENS


  • Pertama sekali, selepas buka botol, rendamkan/soak lens selama 6 jam/ lebih menggunakan solution(multipurpose solution). jangan sesekali menggunakan air paip/air biasa untuk membersihkan lens/lens case. Selepas direndam baru boleh menggunakan lens dengan selamat.
  • Pada penggunaan pertama kali, start dengan 4 hours/jam dulu, selepas itu ansur2kan jam pemakaiannya..tambah dlm 2 jam sehari. Jika mata anda rase letih atau tidak tahan ( sakit ), perlulah membuka lens itu. Jangan memaksa mata anda. Rendam lens dlm soltution water lepas itu baru pakai balik.
  • Jika tidak menggunakan lens untuk tempoh yang lama, setiap minggu perlu tukarkan solution water yg digunakan untuk merendam lens di dlm lens case.
  • Pastikan tangan anda dicuci bersih(soap free) dan dilap kering sbelum memegang/menyentuh lens. Jangan sekali2 berkongsi lens dengan org lain..Sangat2 bahaya..

How Do I Insert and Remove My Contact Lenses?


RIGHT---------------------WRONG



Checking if your lens is right side out
If the edges of your lens turn out, it is inside out. To correct this, apply a few drops of Multipurpose Solution on your lens and reverse it.





Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.

Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.


Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.

Langkah 4:
Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.

Langkah 5:
Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.


sumber: campur dari carian google dan pengalaman sendiri.

Monday, August 24, 2009

Langkah Penjagaan Hamster


jual hamster bagus jual hamsterjual hamster lucu

1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternaImagekan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.

Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal

Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.

Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

3. Makanan dan minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.

Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan

Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

4. Melahirkan anak

Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.

Gelagat Debu dan Demok



  • Memang best sangat pelihara hamster ni sebab mereka lucu dan mencuit hati. Kawan aku Faridah dan Yong pun suka kat mereka.
  • Aku ni kurang pengalaman memelihara hamster ni..maklum la hobi baru sebab sebelum ni aku hanya bela kucing je. Tapi aku bela kat kampung..mak dan ayah yang jaga mereka.
  • Hari kedua aku bela Debu dan Demok mereka semakin lincah sekali. Tapi Debu ni kuat mengigit..mangsa pertama kena adalah kawan aku Yong..mejerit2 dia..pastu aku plak then Faridah.
  • Semua orang dia nak gigit jari tapi dia gigit tak sakit cuma kita rasa terkejut la..tapi kelakar hahahaha....
  • Pastu, aku dan kawan2 aku jarang nak pegang Debu sebab takut dia mengigit..
  • Aku terdorong untuk mencari info tentang hamster...maklumla tak ada pengalaman..
  • Mereka berdua jenis campbell hamster...
  • comelkan!!!

My HaMSTER...


Hamster..binatang yang belum pernah aku pelihara..
Tapi entah mengapa pada 10 Ogos 2009 aku terdetik untuk memiliki sepasang hamster yang comey..
Bermulanya, aku dan kawan2 aku pergi ke Syarikat Rapid Penang untuk membuat kajian luar.
Selepas kami selesai meminta kebenaran, kami singgah di sebuah pasar yang berhampiran di Syarikat tersebut..rakanku Faridah menjerit bila ternampak ada orang menjual pet dan di antaranya sekumpulan hamster yang comel dan cergas.
Aku tertarik hati untuk memilikinya, banyak kali juga aku fikir sama ada ingin membeli atau tidak..
Fikir punya fikir, aku pilih sepasang yang mencuit hati..yang berwarna kelabu dan putih bertompok hitam.
Aku namakan mereka Debu dan Demok..
Aku pilih mereka sebab mereka cute sangat..
Mereka berharga RM5 seekor..so, 2ekor RM10...temasuk bekas kecil dan makanan serta habuk kayu aku habiskan sebanyak RM15.
Aku bawa balik ke hostel dengan menaiki bus, kesian jugak mereka tp nasib mereka sihat waalafiat..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.