Friday, October 29, 2010

Hariku!


Sebenarnya semalam dan kemarin aku malas sangat nak update blog sebab penat sangat. Kalau penat je tak apa tapi kalau berokband lembab macam siput sedut memang rasa malas je. Memang aku ni dah mula nak jadi blogger tegar! Hahaha..Hari Rabu hari itu aku dengan mama dan papa pergi Langkap then sampai kat rumah ada orang datang nak renovate syiling bilik aku yang rosak. Lepas itu, malamnya terpaksa la aku mengemas bilik yang penuh dengan habuk-habuk akibat kerja baik pulih itu. Aku ini kan suka decorasi bilik..aku pun ubah la kedudukan almari dan pelbagai. Penat giler ok! Dah la semua itu berat…nak lap segala benda dalam bilik itu sebab berabuk satu bilik aku..aku memang tak selesa tidur kalau bilik aku kotor..so kena clearkan sampai puas hati. Tabiat pelik aku adalah mengemas bilik pada waktu malam. Nak tahu kenapa? Sebab malam-malam sejuk so tak ada la berpeluh sangat. Kalau siang aku pun malas hahaha…panas weh!.. Then esoknya pula aku pergi Teluk Intan dengan Paksu dan Maksu aku…Mereka ajak untuk pergi cuci gambar sekali..aku pun ambil kesempatan untuk bingkaikan gambar konvo aku yang terperuk dalam plastik..nanti kalau tak dibingkaikan habis la buruk!..aku siap liminetkan dia..habis jugak duit Rm55..tak pe ok la tu..

Then lepas itu Maksu nak pergi beli kain aku pun mengedik nak beli juga kain pasang yang tak berjahit. Konon nak merasa pakai baju kurung cotton. So aku beli la..aku memang minat pada Inggeris Cotton tapi bajet tak cukup la so ambil je jenis Japan cotton..Aku beli yang corak ala polka dot yang tak berapa nak dot la..warna hijau..comel sangat! Kainnya lembut juga la tapi inggeris cottan lagi lembut!! Siapa nak sponsor?..haha..sponsor untuk raya haji ni..boleh?
Kalau nak shopping up kena pergi dengan mak…hehehe..

Aku pun ada beli wall untuk mencantikkan bilik aku..i choose pink colour! I love it…malam itu juga aku deco my room dengan wall pink itu..saja untuk mood happy bila berblogger, tak la Nampak suram bilik aku ni.memang penat sangat..tidur pun awal semalam..hari ini rehat je kat rumah!.sambil memasak ikan pari asam pedas..sedap juga tapi tak sesedap cafĂ© Bakti Permai d USM..aku rindu sangat masakan itu..asam pedas yang paling sedap yang pernah aku rasa. Then aku buat cocktail buah-buahan campuran..wawawa sedap, fresh dan enak sekali walaupun first time buat. Sori malas nak capture gambar. Semua dah ada kat perut..hahaha.


Tamat!

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.