Friday, October 15, 2010

Menjadi Isteri? Bersediakah?

http://2.bp.blogspot.com/_dvRa16xpVHU/Sbs86QobM4I/AAAAAAAAASw/WJhJnEAU7b0/s400/cincin+kahwin.jpg


Aku tumpang gembira tengok ramai kawan yang dah bertunang, kahwin dan menimang cahaya mata. Amat teruja! Baby mereka sungguh comel..menjadikan sifat keibuan dalam diriku makin bertambah! Mesti bestkan ada baby, suami dan syurga cinta dalam rumah tangga..hahaha asyik merepek je aku..
Semua itu menjadi impian setiap wanita untuk mempunyai mahligai cinta yang dinamakan alam pernikahan. 
Siapa yang tak nak keluarga bahagia..kan..
Aku?
Bersediakah untuk semua itu?
Tapi im single but unavailable? Im not single ke?
Tidak, No komen..biarlah ia menjadi rahsia hati tak perlu nak kecoh-kecoh nanti masuk paper! ( ha siapa yang nak jawab! )
Pada pendapat dan pandangan aku..aku belum sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri!
Bukan aku tak nak, tapi belum sampai masanya..banyak lagi perancangan hidup yang perlu dilaksanakan!
Aku nak hidup single..kerana i want to be bird, i want to fly..go to star!
Bukan sebab tak ada calon..kan aku cakap im single but unavailable..
Biarlah rahsia! Benarkah dia Mr. Right or not i dont know..maybe masa yang akan membuktikan..
Ramai yang cakap kenapa tak bertunang?
Jawapan..aku tak ada hati lagi! Hatiku belum terbuka!
Yang penting bila "hati menghalang" jangan dipaksa..betul tak?dan lagi satu tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana pihak!
Kenapa?
Sebab impianku masih tidak tercapai..
Aku nak kerja! Aku nak dapatkan apa yang aku nak! ( waa sungguh bercita-cita kamu ye cik farah! poyo hhahaha )
Betul..itu jawapan kepada sesiapa tanya " Bila kamu nak kahwin ?"...
Sebagai wanita kita perlu berdiri di atas kaki kita sendiri..sediakan payung sebelum hujan! Jangan nak mengharapkan suami ( konon suami anak datuk ) pirahh! angin pun boleh berubah, ni kan pulak hati manusia!manusia akan mudah berubah melainkan dia dah mati..so janganlah kita bermegah-megah ( ada aku kisah kat engkoo kuikuikui, lantak ko la nak berlagak! )
Apa2 pun sebagai umat Islam kita mesti ada perancangan hidup..
bagi aku..aku nak dapatkan kerja yang baik ( sesuai dengan minat aku )..memandangkan aku minat jadi Cikgu!..aku cuba KPLI dan DPLI dulu..Jika itu milik aku alhamdulilah!!...
Jika disebaliknya ( harap jangan la ) ..aku akan sambung master..insyallah..
Master bukan la alasan kerana tak ada kerja yang sesuai tapi memang aku minat!..tapi bila dan dimana? itu sahaja(antara lambat atau cepat)...mak ayah pun menggalakkan ( usia muda la kena belajarkan )

Lepas dapat kerja..maybe setahun or dua ++ tahun kerja..baru la boleh fikir tentang kahwin..
Sebab masa itula..kita dah ada eset sendiri! Kita boleh rancang dan buat majlis pertunangan dan perkahwinan yang kita idamkan..baru la ada kepuasan..takkan nak pakai duit mak bapak atau bakal suami je! betul tak? memang la tak salah..tapi aku ni berbeza..entahla...aku ni jenis apa yang aku nak mesti aku dapatkan insyaallah! aku ni asyik merepek je..maybe tengah ada mood nak menulis entry yang entah apa2 tp ada yang tersirat dan tak tersurat!!!
Ada jodoh..adalah..kalau cepat aku tak menagkis..kalau lambat ..lambatlah..
Sampai seru..adala..semuanya hanya ALLAH yang tahu..tapi yang baik itu perlulah disegerakan...
AKU? belum bersedia lagi..

P/s..Ini antara "tanda" untuk merisik, meminang dan nikah yang aku idamkan..siapa boleh sediakan..hehehe...


http://blogfortikofbadiaxia2.files.wordpress.com/2009/11/ring.gif
Ini untuk merisik...aku nak berlian!


http://3.bp.blogspot.com/_F64pIREuIW0/Swv1EhXLdGI/AAAAAAAAATs/j-84KnpWAmo/s1600/Gelang-Padi-Emas-3.png
Ni untuk bertunang yang lagi up+++ dari yang ni..boleh?hehe..


http://web.tradekorea.com/upload_file/prod/marketing/mkt_files/company/l/leojewelry/img/oimg_CA00182567.jpg

Set kahwin- kena semua ada..cincin, rantai, anting2, gelang, gelang kaki...complete tau! boleh?huhuhu

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.