Kerana mulut!

Kehidupan tidak selalunya gembira tetapi ada kesedihan. Selalunya kesedihan bukan sebab kita yang sedih tetapi kerana manusia lain. Aku amat sedih bila apa yang aku buat tak pernah nak hargai tapi dia yang bergelar manusia itu hanya tahu mengutuk dan memperli-perli seolah-olah apa yang aku buat selama ini semuanya tidak berguna dan tidak bernilai bagi dia. Bukan setakat kutukan dan sindiran tetapi menyakitkan hati dengan kata-kata kesat yang boleh mencalarkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Kita tolong dengan ikhlas tapi ini balasannya. Kenapa? Susahkan manusia kalau kufur nikmat! Ditolong salah, tak ditolong salah..ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Kalau tak ditolong asyik menyalak sampai tak larat nak dengar tapi bila kita tolong lepaskan dia, dia mengigit kita pula. Itulah perumpamaan orang macam ini.Orang macam ini memang tak sedar diri dan tak tahu bersyukur..hanya tahu merungut dan menyalahkan orang lain. Takkan dah mati baru nak insaf kot, masa itu dah tak berguna lagi walaupun menagis air mata darah pun!

Tak guna juga kalau seseorang itu beribadat siang dan malam tapi mulut suka menyakitkan hati orang..pernah aku dengar tazkirah yang disampaikan oleh pensyarah aku, masa zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang wanita yang rajin beribadat iaitu siangnya berpuasa dan malamnya berjaga kerana beribadat tetapi mulutnya suka menyakitkan hati jiran. Apabila para sahabat bertanya kepada Rasulullah, dimanakah tempat wanita itu? Rasulullah menjawab sebaik-baik tempat adalah NERAKA. Begitulah tazkirah yang aku dengar, tapi nak tulis secara detail aku tak ingat...Kita kena menjaga mulut kita, jangan nak menyakitkan hati orang sebab kerana mulut manusia banyak sangat berdosa.

Lidah ibarat mata pedang walaupun tidak bertulang tetapi mampu menghancurkan dunia. Kenapa pula macam itu? Sebab kerana lidahla fitnah berleluasa. Kerana lidah juga la sanggup menjadi saksi pembohongan dan membenarkan yang haram dan mengharamkan yang halal!

Fikirlah! jangan menyakiti hati orang  sebab orang yang disakiti itu tidak mengampunkan kita..berdosalah kita buat selamanya. Terimalah alasan di akhirat kelak!!


p/s : biar mulut becok jangan mulut berpuaka! Kalau becok kita hanya rimas je tapi kalau berpuaka hati kita lemas!!

http://2.bp.blogspot.com/_Hj3NLpKq6_Y/TKycYF-s-AI/AAAAAAAABKo/xSvfTnBULVo/s1600/mulut+jahat.jpg

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH