Friday, January 14, 2011

Saya 8692

http://www.angloamerican.free-online.co.uk/magnum1.JPG
Ternyata bukan Magnum ini yang aku maksudkan..




Salam..

Semalam aku lepak la kat CC..maklumlah nak menikmati internet berkelajuan tinggi..Lagi pun berokband ini dah nak kehabisan volume. Lepas ke cc aku just shopping makanan je ( jajan untuk mengemukkan lagi badan )hehehe ..
Lepas itu aku call la ayah aku suruh ambil..maklumlah aku ni kan anak manja..ada driver sendiri ( gila jahat kata macam itukan ) ok..lama juga tunggu sebab ayah aku tak ada kat rumah.. Call hp dia dia tertinggal then call mama..Mama kata dia dah keluar. Maybe kejab lagi balik..Bus pula tak ada masa tu..so aku lepak la kat station bus. Cadang nak tunggu depan pasaraya tapi malu pula orang asyik tengok aku je.. Aku kan awek cun @___@ ..
Aku pun tunggu kat station bus je..yang ada kat situ semua pakcik tua belaka. So tak ada la segan sangat. Kalau ada pemuda tu memang la segan sikitkan ( gedik ) . Lepas itu ada la seorang pakcik tu bawa paper New strait Time.. Gayanya macam bagus sangatlah dia tunjuk kat kawan dia, dia baca surat khabar English.. Aku cuma jadi pemerhati sosial je kat situ hehehe..

Sebenarnya dia bukan nak baca paper itu sangat tapi dia nak tengok Magnum..dia kata kat kawan dia " Saya 8692, satu nombor je lagi tak kena..kalau kena seluruh ":":" saya boleh beli.."
Lepas itu nak bagi bukti apa yang dia cakap tu betul, dia tunjukkan resit Magnum dia kat kawan dia..kawan dia mengangguk tanda setuju dan mengiyakan semua dia kata..padahal pak lebai tu.
Lepas itu boleh dia kata " Kalau main RM1 rugi, kalau nak main biarlah RM20, RM30 ke atas,,itu baru sebenarnya main..nak main kena la betul-betul " macam bangga gila dia cakap macam itu..yang Pak Lebai tu pula sokong apa yang dia cakap..
Aku just tengok je..memang tak malu betul..dah la cakap kuat-kuat. Macam tak hormat orang yang ada kat situ je. Lepas itu macam bangga pula nombor dia 1 nombor je miss untuk dapat first prize..
Lepas sembang macam nak rak..dia pandang aku. Aku buat tak nampak dan buat main HP je..walaupun telingga aku ini memang "tangkap" setiap butir yang dia cakap..mata pula memerhati dari tadi...tak tahu la dia sedar ke tak aku perhatikan dia..Tengok dari cara macam tak sedar huhuhu.. Dia tanya aku, maybe nak cover kot " Nak pergi mana ni?" aku jawab " Tunggu ayah datang ambil"..then dia kata " Bus lambat lagi, saja je nak bagi tahu" aku cuma senyum je..
Aku ingatkan terhenti disitu je kisah Magnum dia tapi dia sembang lagi dengan kawan dia ( Pak Lebai )..dia kata "esok saya nak beli la RM20 pula.." datang pula seorang pak cik ini..tengok juga keputusan nombor..lepas itu ayah aku datang..selamat..tak larat nak dengar kegilaan mereka pada nombor ekor...Kalaulah Hp e72 aku ini tak ada lampu bila capture..dah lama aku snap gambar mereka kasi tunjuk sikit kat hang pa..heheh.. Tapi tak baikkan buat macam itu.. Itu urusan mereka dengan Allah. Mungkin hari ini mereka macam ini tapi tak hari esokkan..
Ok bai..

P/s : Jangan main nombor tau..berdosa HARAM!
#Maaf pada sesiapa yang minta blog tutorial tu ..Nanti akan di update ye..

4 comments:

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.