Thursday, January 6, 2011

Surat hutang dah sampai la !!

Salam..
Hari ini surat hutang I dah sampai..huargg!! tensionnya..banyak pulak tu..siapa mahu tolong bayar ni?cepat!!
Kerja belum dapat lagi?macam mana ni..
Ok..hutang yang I cakapkan tu ialah hutang PTPTN I..
Tapi yang bestnya I boleh buat pertukaran pinjaman 3% kepada pembiayaan ujrah 1%..pada sesiapa yang belum mengemaskini akaun ptptn anda sila ke SINI 
Ingat sila buat kemaskini secepat mungkin sebelum 28 Febuari 2011..
Sebenarnya I baru dapat penyata dan jadual bayaran bulanan je..
Hutang I banyak ooo..RM23321.38..mungkin selepas buat permohonan ujrah hutang I boleh dikurangkan dalam 21ribu atau 20ribu..
Kalau dapat cek 20ribu atau 30ribu sedap juga dengar ini dapat surat bayar hutang..
I terpaksa buat penanguhan dulu sebab I belum kerja lagi..Harap sangat tahun ini dapat kerja yang sesuai dengan degree I..amin..kalau dah dapat kerja senang la I nak jelaskan hutang PTPTN tu..

Kepada sesiapa yang dah dapat kerja tu..janganlah liat nak bayar hutang..ingatlah orang dah tolong so kenalah tolong generasi yang akan datang pula..dulu senang-senang dapat pinjaman tapi bila dah kerja langsung tak ingat bayar hutang!! sekarang dah senang nak bayar hutang boleh potong gaji, bayar melalui online, pejabat pos,bank dan lain-lain!! amat-amat mudah..so tak ada alasan tak nak bayar!!

Seselesaikanlah hutang anda sebelum anda diselesaikan..

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.