Saturday, February 12, 2011

Bahagia Rasanya.

http://www.jtarquin.com/wp-content/uploads/2010/09/wedding-picture.jpg

Assalamualaikum.
Aku amat teruja..teruja..campur gembira dan bahagia sangat-sangat.
Gembira bila tengok kawan-kawan course mate dan school mate ramai yang dah mendirikan masjid.
Yang dan ada baby dan bakal mummy pun..aku rasa sangat bahagia melihat kegembiraan mereka.
Ramai juga yang dah bertunang dan tak lama lagi bakal bergelar raja sehari.
Walaupun kalian jauh, dan kerana jarak aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kalian cukuplah bagi aku melihat gambar perkahwinan kalian di Facebook. Cukup memgembirakan aku melihat air muka kalian yang gembira..itu pun sudah memadai buat aku. Kalau dekat insyaallah akan aku turut memeriahkan majlis kalian tapi jauh dan masa menghalang kita. Apa pun aku doakan korang bahagia dunia dan akhirat. Aku tak mahu ucapkan "bahagia sampai anak cucu" sebab kalau lepas bercucu tak bahagia macam mana pula tu ye..kan ke setiap bait kata adalah doa? So bahagialah kamu di dunia dan akhirat..aminn..

Tahniah pada kalian...nanti dah hidup berdua, tak sama tau hidup bujang..tambah-tambah lagi kalau dah bertiga dan seterusnya. Jangan nak mengedik macam bujang-bujang lagi tau hahaha..tak boleh bermalas-malasan lagi. Jadilah isteri/suami yang soleh dan solehah.
Esok kakak sepupu aku bertunang juga..:). Aku ni bila lagi ni ye? Entahlah mungkin belum sampai seru. Ala aku pun masih mudakan umur pun 23 tahun..bulan Mei ni je masuk 24 tahun..tak perlu takut atau bimbang pun sebab MUDA lagi! Korang yang kat luar tu pun jangan lah tak boleh tidur sebab takut jadi andartu. Aku relax je muahahaha.. Sebenarnya aku masih belum terfikir nak BERTUNANG atau KAHWIN sebab CITA-CITA aku belum tercapai. Apa yang aku impi pun masih belum tercapai. Eh, mesti orang kata, dah kahwin nanti boleh capai juga cita-cita?..mungkin itu pendapat orang lain tapi tidak aku.
Aku harap sidia tak paksa aku untuk bertunang atau kahwin. Kalau rasa tak boleh tunggu..aku silakan engkau cari yang lain. Kalau betul-betul sayangkan aku tunggu la engkau sampai tua hahaha.. Ok abaikan la benda tu!aku merepek je.

Cuma yang aku rasa tak puas hati sebab tanggapan dan pemikiran kenalan aku ni tentang perkahwinan. Dia sebaya aku tapi dia macam risau sangat sebab tak ada special boyfriend. Dia selalu cakap bahawa dia tak nak jadi anak dara tualah..tak ada orang nak kat dia lah dan macam-macam lagi. Dia macam jadi stress kalau ada kawan-kawan satu sekolah ( ex school mate ) kahwin atau bertunang. Kadang-kadang aku rasa dia ni macam terdesak nak kahwin je. Aku memang pernah bergaduh dengan dia tentang hal ni. Dia ni memanglah di antara Best Friend Forever ( BFF ) aku, tapi kalau aku call dan mesej dia..dan asyik merungut benda yang sama memanglah aku jadi hot dan hulk! hahaha..Pernahlah satu hari tu aku call dia..dia kata nak back kepada ex boyfriend dia dulu. Aku pun mengamuk la marah dia. Korang mesti pelik sebab apa aku mengamuk. Adakah exbf dia tu bf aku? adakah xbf dia tu ex aku? atau ex dia tu suami orang? haaaaaaa tekalah.. ok ok..semua salah. Sebab ex bf dia tu memang jenis JANTAN yang memang tak sesuai buat kawan..ha kalau dah tak sesuai buat kawan sudah tentulah tak sesuai buat SUAMI! Antara sebab-sebab kenapa tidak sesuai buat suami, dia kaki botol, kaki ganja, kaki tipu dan kaki nak bunuh diri. Korang rasa sesuai ke nak jadikan suami macam tu? kalau sesuai maybe tease korang kot. Masa kawan aku ni couple dengan budak jantan tu..dia memang tak tahu peragai budak tu. Tapi masa gaduh je budak tu mesti mabuk dan hisap ganja. Kalau kawan aku nak putuskan hubungan mesti nak ugut bunuh diri. Dan alhamdulilah PUTUS..tapi tak mati pun..dah sah penipu berasap!! Tapi ada some day tu, dia call back kawan aku..pujuk kawan aku. Cakap dah berubah dan taubat. Kawan aku tu cuma terima sebagai kawan. Aku memang marah giler kat kawan aku tu sebab kawan dengan jantan tu. Adalah satu hari tu, kawan aku macam dah tak layan lagi jantan tu. Boleh pulak ugut nak bunuh diri pula dan kata nak hisap ganja kalau kawan aku tak hirau dia. Apa la punya jantan macam tu, ugut nak bunuh diri pun dah ROSAK AKIDAH!..nak ke kahwin dengan lelaki yang tak ada iman? Baru orang reject pun nak buat benda mungkar tu.. Aku dah nasihat berguni-guni jangan buta dan bodoh sangat. Kalau tak mahu dengar..ko tanggunglah sendiri. Jangan lepas kahwin hilang telinga sebelah heboh masuk paper dah la..kan "cinta sampai mati"..lu tanggung la sendiri!!

Tapi sejak dua menjak ni dia kata dah tak contact lagi jantan tu ( dia yang kata, betul ke tak aku tak tahu la ), tapi kalau cakap pasal kawin mesti dia kata "kalau tak ada siapa nak aku, aku kahwin dengan @70! tu la, sebab dia dari dulu sampai sekarang yang nak kat aku"..rasa nak mencarut je bila dia kata macam tu..bila aku kata, "jantan macam itu tak sesuai untuk engkau sebab dia pun macam "tak beragama" je, sikit2 nak bunuh diri, hisap itu ini, minum arak, macam manalah dia nak didik engkau"...dia boleh kata "manusia boleh berubah, aku boleh didik dia"...didik apanya, kalau ada problem asyik minum arak!, hisap ganja!, bunuh diri!..kot nanti engkau pula ikut peragai dia..baru haru-biru.. Lagi pun mak bapak kawan aku tu memang tak suka langsung budak jantan tu. Sampai sekarang kaki botol lagi jantan tu.

Harap apa yang dia kata betullah..dah lost contact dengan jantan tu..Cinta tak buta tapi manusia yang buta hati!

p/s : laa..kan tajuk aku "Bahagia rasanya" kenapa nak emosi-emosi ni..tulah rajin sangat tangan menari..hambikk kauu.

4 comments:

  1. mak aih,,, takkan la terdesak smpai lelaki mcm 2 nak dijadikan suami kan.

    hurm,,, jodoh dah ditentukan Allah. yg penting, jadikan diri yg terbaek. InsyaAllah Allah akn mnjanjikan sesuatu yg terbaek 1 ari 6ti :)

    ReplyDelete
  2. sebak hati dan senak kepala bila memikirkan masalah kenalan-kenalan dari kalangan kaum hawa yang bersuamikan lelaki macam firaun...nak mintak cerai tak sanggup...nak terus dengan life yang gelap macam tu, terbayang api neraka..

    mana taknya, bila dah tinggal sebumbung dengan manusia fasiq...solat fardhu pun tunggang langgang macam sikat rongak. Kalau dulunya rajin solat dhuha, tahajud...sudahnya nak solat fardhu pun payah.

    Macamana nak solat kalau suami tahu nak jimak je 25jam sehari? Nak mandi hadas pun tak sempat..nak simpan wudhu pun susah.

    suami memang dah hidup gaya kapir, tak solat langsung, arak dan zina jadi rutin biasa si jantan laknat. Time bini period pun dia nak belasah...jalan depan, jalan belakang semua dia bantai..

    pastu nak jaga aurat pun kadang-kadang dihalang suami...dah la pendapatan suami bercampur halal haram...anak pun dah mula belajar nak ikut life cara bapaknya...nak suruh anak solat pun hampir jadi kerja mustahil..bahana rezeki haram dah sebati dalam darah daging anak..bini pun tak terlepas dari tempias rezeki haram.

    belum lagi masuk kes suami yang tergamak jual (atau sewakan) bini untuk beli dadah...

    yang kes cerai-rujuk-cerai-rujuk sampai tujuh lapan kali pun ada.. sampai dah tak tahu jantan tu masih suami dia ke tak..

    nak tidur malam asyik terbayang azab neraka je...nak didik suami? forgedit la...kalau tak kuat berenang, jangan memandai nak terjun selamatkan orang lemas..dalam kebanyakan kes, dua-dua tenggelam terus!



    p/s-
    masa baca perenggan-perenggan awal, aku senyum..

    bila dah sampai kat tengah, senyumanku hilang..

    dah dekat nak habis, wajah aku jadi serius giler..

    sekali bila sampai kat ayat terakhir, aku tergelak!

    cikFarah memang berbakat dalam penulisan..tak ceburi bidang penulisan secara profesional ke? :-)

    ReplyDelete
  3. @zEri sAfEerA

    Betul, wanita yang baik untuk lelaki yang baik :)

    ReplyDelete
  4. @is-haque

    Thank sebab banyak komen entry cik farah..:) Betul pe yang awak kata tu.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.