Monday, February 14, 2011

Hari ini aku ke hilir hulu..ohh kerenah apakah ini?

Assalamualaikum.
Kesian sungguh aku sebab dah jarang update blog dengan bilangan yang banyak untuk satu hari. Paling kaya buat masa ni satu entry satu hari..sungguh sadiss! ok lupakan semua tu..sekurangnya aku ada la mencuci habuk kat blog aku ni. Semua tutorial akan diupdate ye honey bunny sekalian.
Sebenarnya dari pagi tadi aku busy sikit sebab banyak perkara perlu dilakukan. Surat peringatan sudah diberi oleh pihak PTPTN untuk mengutip hutang. Aku ni selaku penganggur mana la mampu nak bayar hutang tu. Siapa ye boleh tolong bayarkan? :). Okeh, kerana aku ni pemiutang berhemah aku pun buatlah surat penangguhan bayaran balik kerana tidak bekerja. Dalam surat tu dia nak sertakan surat pengesahan dari pihak yang berkaitan seperti Penghulu dan sebagainya. Aku bagitahu ayah aku untuk pergi pejabat Penghulu. Tepat pukul 10 pagi aku pun gerak ke Pejabat Penghulu. Tapi penghulu tak ada..kerani penghulu itu kata meeting, pukul 11 pagi dia habis meeting dan kalau nak jumpa penghulu pergi pejabat Daerah. Ok fine. Aku kata kat ayah jom pergi pejabat Penghulu lagi satu..pejalanan hampir setengah jam...tengok pintu pagar terbuka tapi sorang pun tak ada...jam dah dekat pukul 11 pagi..ayah aku kata jom ambil mak dulu sebab mak aku pergi dengar orang mengaji..dah nak dekat kul 12 aku pun pergi pejabat daerah tapi tengah meeting tadi. Kata habis meeting pukul 11 tapi dah nak dekat kul 12 tak lagi. Aku pun tunggu juga..tunggu..tunggu tak juga. Aku pun tanya kalau lepas zohor ada tak? staff kat situ pun kata tak tahu lagi. Esok? pun tak tahu lagi. Aku pun blah je. Sebab kesian kat ayah aku asyik tunggu je. Aku macam disepak ke sana sini..orang itu kata pergi sana, orang itu kata pergi sini...aku bukan nak minta apa cuma nak mintak tanda tangan je. Ayah aku kata pos je borang tu..ni semua kawan aku punya angkara la..so aku pun pos je. Tapi aku rasa aku nak bank-in RM100 dulu kat PTPTN..nanti senyap la dia. Selalunya kalau tak bayar-bayar memang la berduyun-duyun datang suratkan. Kita dah pinjam memang wajib bayar. Tak kisahlah banyak atau sikit. Yang belum kerja tu buatlah surat penagguhan balik dan yang dah kerja tu jalankanlah tanggungjawab anda membayat hutang!
Aku ni risau gak. Hajat hati nak sambung master tapi tengok hutang ijazah pun dah cuak..
Apa-apa pun semua dalam perancangan. Semoga apa yang aku rancang diberkati Allah amin..

p/s : Malam ni kalau mood blogging rajin aku update tutorial ye sayang-sayang..:)
daa...

6 comments:

  1. aku pun tak pernah bayar ptptn... dah kena blascklisted dah pun
    nyesal aku...

    ReplyDelete
  2. haha kesiannye,
    guna je duit nuff tu buat bayar ptptn,
    hehe.

    ReplyDelete
  3. hehe...samalah kita cik farah...ader rezeki Allah tetapkan untuk hambaNya..cuma lambat atau cepat jew...bersabar ek...=)

    ReplyDelete
  4. @athirahzaki

    nak tunggu duit nuffng ni tak penuh2 pulak hehhe..nnt tulun clik2 ye kat iklan :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.