Thursday, February 10, 2011

OOO Thank!!!!

http://3.bp.blogspot.com/__JItCf4KQyA/TPyO5wh2S3I/AAAAAAAAAoM/biEB9Nv7L6Y/s1600/terima-kasih.jpg

Salam.
Mood menulis ala emo campur sayu.
Tak tahu nak mula tang mana tapi akan cuba ungkaikan tajuk di atas.

Pada pandangan aku sejak kecil lagi, tak kira di rumah atau sekolah. Pasti ibu bapa atau guru akan ajar ucapan "Terima Kasih" sebagai tanda bersyukur atas kebaikan atau budi seseorang. Agama Islam juga menganjurkan umatnya bersyukur dan berterima kasih atas nikmatnya. Tapi kenapa ada sesetengah manusia amat berat mulut nak ucapkan "TERIMA KASIH" atau "THANK YOU" bila orang lain berbuat kebaikan ke atasnya?

Mungkin ada berlian kot dalam mulut dia..dan akan keluar bila dia ucap "terima kasih" so dia takutlah berlian itu hilangkan? Itu hanya mukadimah je. Sebenarnya aku nak cerita pasal someone ni. Dan kerana dia membuatkan aku tawar hati untuk orang lain.
Aku sebenarnya tak kisah bila ada reader atau blogger minta tolong edit blog atau design apa-apa, bergantung ke atas kemampuan aku la. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni. Aku memang langsung tak kenal dia. Serius tak kenal. Dia tiba-tiba add aku di Facebook. Lepas itu ada la dia bagi private mesej kat aku. Dia tolong minta aku buat Tab Menu untuk dia. Aku pun tak kisah nak tolong sebab aku pun free tak buat apa-apa. Jadi tak salahkan tolong orang yang memerlukan bantuan. Aku designlah tab menu dia dengan guna Photoshop. Memang kejap je dah siap. Dia ada juga bagi emel dan password dia. Aku pun terus letak dalam belog dia. Aku mesej kat catbox kat blog dia yang aku dah buat dan suruh dia mesej semula aku kat facebook aku. Memang tak sangka dia tak langsung mesej-mesej aku. Aku memang tak ada niat nak minta bayaran pun. Aku buat sebab nak tolong dia. Nak kata tak online lagi, aku tengok dah dua entry dia update. Aku pun mesej dia bagitahu aku dah buatkan. Dia cuma balas "ooo thank"...la macam tak ihklas je thank nya tu sebab ditanya baru thank. Aku pun rasa dia ni memang sepatutnya tak perlu ditolong. Masa nak minta tolong chat kat facebook macam nak rak. Macam-macam lenggok kau ye, bila aku dah tolong senyap pulak engkau!. Mesej  beberapa kali, baru nak ucap "ooo thank"...lepas itu terus bisu seribu bahasa.

Aku bukan nak minta bayaran pun kat engkau, kalau memang aku nak bayaran memang mula-mula lagi aku dah bagitahu. Masa aku chat dengan kau ( masa engkau nak minta tolong ) aku just kata follow aku je. Tapi engkau tak follow-follow pun. Aku tak kisah semua itu sebab aku tahu dalam hal ini kita tak boleh paksa orang pun. Aku pun tak paksa engkau follow ke tidak, cuma aku suggest je. Tapi kau TIPU aku, engkau kata sudah tapi aku check haram ada pun.Ok abaikan tapi persoalannya orang penat tolong. tapi kau say "thank you" cara ikhlas pun tidak..apa maksud "oo thank?"..
Dan hari itu aku terbuka blog engkau. Dan aku terbaca engkau nak bisness edit belog, tapi edit "bodo-bodo" pun engkau minta bayaran. Tapi lantaklah itu hak engkau kan..aku peduli apa.

CUMA AKU NAK INGATKAN " KALAU ORANG DAH BERBUDI KENA LA PANDAI BERBAHASA..JANGAN HANYA NAK MERASA TAPI LANGSUNG TAK BERTIMBANG RASA"
Kucing faham kalau tuan bagi makan kat dia tapi kalau manusia tak faham..macam mana tu?

p/s : Sorry la lepas ini aku memang tak layan la, melainkan kawan2 terdekat yang nak minta tolong. SOrry! kalau sesiapa yang nak buat header, buat tab menu, buat templete ..aku cadangkan pergi tempah pada designer yang memang buat bisnes.

5 comments:

  1. kesiannye,
    sabar eh kak farah,
    biase la manusia memang macam tu,
    chill ok. :)

    ReplyDelete
  2. @athirahzaki

    Akak tak apa2..cuma geram je kat budak tu :)

    ReplyDelete
  3. nak kurangkan marah x? ehehe...

    "b4 kita tlg orag, niatkan dalam hati kerana Allah n balasan dariNya, n jgn harapkan balasan daripada manusia"

    "Balasan dari Allah lg bermakna"

    So, bila kita tlg org, n org tue x balas n x appreciate, kita tetap akan rasa lega ...sebab, dalam hati kita yakin yang Allah akan balas kebaikan kita..."

    So, jgn marah2 k....awak baik kan? kan?

    ReplyDelete
  4. @M.a.s.u.r.i

    tak marah pun..cuma teguran pada reader..supaya tak buat mcm ni. Memang Allah akan balas kebaikan apa yang kita buat tapi sebagai manusia kita harus berbudi bahasa...

    ReplyDelete
  5. Akak dah follow dan insya allah akak akan selalu baca belog hang sebab banyak yang buleh belajar. keep it up girls.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.