Minah Tudung yang ........

Assalamualaikum. Akhir-akhir ini berbagai jenis tudung yang dijual dipasaran tapi bukan salah tudung, yang salah ialah PEMAKAI TUDUNGNYA. Tak salah nak berfesyen tapi kena la tahu batas-batasnya. Jangan orang nak bertudung dia bertudung tapi alur bontot pun orang boleh tengok. Bertudung tapi saiz cup bra pun orang boleh tahu, baju pulak layak bagi nangka je pakai. Contohnya gambar-gambar yang aku ambil dari Cik Google ni

http://img220.imageshack.us/img220/4366/tudungseksi.jpg

 Fesyen kain halal haram. Bila melangkah haram dan bila tutup halal..tapi memang salah fesyen macam ini. Kalau nak pakai fesyen kain halal haram ni cuba la guna kain dalam yang tidak menampakkan betis gebu anda ( better gunalah kain dalam berwarna hitam ). Nanti  kalau korang pakai macam ini terus buaya terkam. 

http://h-3.abload.de/img/11tf8o.jpg

 Ini pulak aku tak faham la kenapa dia tanpa segan silu pakai seluar macam ini, nampak pulak seluar dalam. Adakah lebih baik anda tak payah pakai apa-apa clear je mata orang tengokkan?. Dia ni perasan atau tidak? Dah tahu legging tu nipis dan menampakkan semua celah melah anda kenapa dipakai dikhalayak ramai? Pakai depan suami cukuplah kak oiii..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgoPKczUWxq5emNyD-wQJsu8-m1Tr8xso6jYs_7zBVPPXuvDcq5OOTW_T2g2p8TDRCJn9cwOMtmVCYfetNrTzhRwUV1hkK6IxYGeb18-65Ju02mvy2JbW2-y7Zn-Rez8FdFPMnr9KkvM4/s1600/bogel+7.jpg

Fesyen macam ini membuatkan aku malu je tengok, tambah-tambah kalau depan mata aku. Dahlah seluar bawah pusat baju pula atas pusat jadi keluarlah dan tersembullah benda yang tak sepatutnya. Jadi mata pun menjadi juling bila melihatnya. Ibarat pakai tudung tapi tunjuk punggung.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5AbU5o2-2PAy4ZMM0utcBmW8urrciqvkn7WSAKK52dDfJf2WmS9MrK7X33A_t2WMmhMhBL4fOgEQwfo4VlFkiaJVPpmTj7MYjTnR_-kIxpxzDxdp5Agqxnn-Oqe0QC6Q_2lzPIEvdGSs/s400/bogel+6.jpg

Kadang-kadang mereka memang suka fesyen ini sebab nak tunjuk jenama seluar dalam yang beratus-ratus. Apa ke jadahnya begini? Korang bila nak keluar tengok pakaian dulu depan cermin. Tonggenglah punggung tu dulu nampak lurah ke tak..kalau nampak segala kerak-kerak punggung kalian silalah pakai baju yang labuh. Bukan cantik fesyen macam ini. HODOH!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcWb6-kyOAnPNvuy3_Nf2DJUqY7uzAJUmU1BQ0CJVzq-O9sd44CDbzbxPM_rcpJO-LhUi0Y8FwkKBPq9Yb-K5hWCS6f_QEPeQgxvKyVQ6Rt00k8vA_LiHXa7ifgENDM3FCJgVOX_UZp88/s1600/bogel+1.jpg
 Fesyen macam ini memang acapkali aku tengok tambah-tambah majlis perkahwinan. Pengantin pun kadang-kadang mengenakan fesyen macam ini. Belum lagi bagi suami tengok orang lain dah merasa puas tengok. Kalau nak pakai fesyen baju lut cahaya ni silalah pakai inner. Pada pandangan aku memang BURUK la wei. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBb9GxYMEdO1nN91Z4vYkK2uY1StCnhc8qRLscrPeNnu-VMK8Vvzf0KgvAthseKvCGvjaBy_RqYLXr_srASaHEZNbQGyzCgymnp4vLkEzeQan1iYQsO_kUioQYDZgL-R5ii75_x1FMwdM/s1600/bogel+10.jpg

Aku pun tak tahu motif apakah yang ingin diketengahkan oleh wanita ini? Lebih baik engkau cabut je tudung tu sebab mungkin ia lebih nampak "sopan" sikit dari begini. Ayah, ibu, cikgu dan masyarakat sila terangkan apa itu aurat wanita? nanti anak-anak anda cuma tahu rambut sahaja perlu ditutup tapi yang lain bukalah seluas-luasnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnhxB9Jw7ewxsjNurVOWdkayHoX8L7hkvD6YBBP7_81MH9Zc3hW3g5bP70abwQQ0WMJXCzjH2h-FMHy7-waGKjkMwzW8XXDp9CJccLskHfmo91_bAch5453IVxMkLRg7nKM1uHPPGR-mM/s1600/bogel+4.jpg

Fesyen macam ini cukup digemari oleh muda mudi masa kini. Nak ikut perkembangan fesyen la konon? Contoh, pakai baju masuk dalam seluar..apam balik pun orang boleh image. Lepas itu yang menghodohkan lagi wanita bertudung bila pakai baju tapi baju luar singlet yang berbentuk cup bra. Nak jadi superman ke? ( lepas ini pakai spender di luar ye..kan nak ikut fesyen sangat..haa hambikk kau )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijiCXlYeIQVKC7vl18hzIDlvObxbSS_mcBH-a7V-XW5SBm8Yy6ejbEthjv35I_UYgTVhoVwC3QlIPZulC4unQdI0gYt17N2CGEBquuMT4sE7rgVosT7A-5_gtUy_wSpFPNUFwbMbIm3Cg/s1600/bogel+3.jpg


Ini adalah fesyen ekor kuda. Nak tunjuk rambut baru lepas buat rawatan rebonding ke? Pakai jari pun bolehkan?...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTzq0xJSeIZMMfS8Y4wq_SyVYm3Y6WtvcZtZcLUepFNIWA_pMl-2NWGZSNtFIry_705hpqMma611Fkbjd4wMw04nOBQa_7TPXdCJTRc4KOxKPohqwX5GB-13SV2yZxOAwvG3_Ar6rP6yY/s1600/bogel+8.jpg

Bersukan tu tak salah tapi pakaian yang dipakai oleh si pemakai itu yang salah. Kalau suka sport pun janganlah tiru pemain football? Tapi aurat lelaki kan dari pusat ke lutut? Pakai la seluar panjang la adik oii..kalau tak ada mari sini akak bagi kain batik ye..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYb5spC77_-iFbX1ls3ykeXjAYjKAuHCGfRWm_MuljK59Z_bQdcU7OtMyOO-R-oyJa9-4OhOeRUpqDylfnoq08YSFCz1Xj_NmKB_N_8O1z1dx034qdqIc2sE90UcJnZLmTkpmDAs8wSkY/s1600/bogel+5.jpg

Entahlah..tak tahu nak kata apa..lu fikirlah sendiri!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicfVvTom_wnnNTi5biNQULOHW52pdV4n0txwPa6cuSHv5uvqbXmrZrn2_bxu93ZErTomzmYrzsoHUEGhub4cmoc-PoJrVyHp2t2jedkkjqJP3l6buR4jQpR8h8RZMygdsN6UrVfwZ_l8k/s1600/bogel+9.JPG

Bestnya usung anak dan isteri. Tapi sebelum keluar rumah tu cik abang kenalah tegur dulu pakaian isteri. Kalau dalam bilik tak apalah. Isteri anda tanggungjawab anda..isteri tak menutup aurat anda kena tanggung. Isteri anda perhiasan anda bukan perhiasan orang lain. SO ingatlah!!

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana. 

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut  perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia. Bila ditegur tak pakai tudung..mereka akan jawab "ala perempuan bertudung pun bukannya baik"..memang tak dinafikan tapi menutut aurat adalah perkara WAJIB. Meraka yang bertudung litup tapi akhlak buruk itu urusan dia dengan ALLAH SWT bukan urusan kita nak persoalkan semua itu hanya Allah yang boleh menghakiminya. Kewajipan mesti ditaati bukan dipersoalkan. Artikal Credit to TRO diolah oleh Miss farah.


Sila click pada gambar untuk lebih besar


http://farm4.static.flickr.com/3059/3054886538_c7d1550c29_o.jpg

14 comments

  1. Nak bertudung tetapi dengan cara yang salah .
    baik tak payah pakai tudung tue
    haishh,geram dan bwat malu jew

    ReplyDelete
  2. huh~sedih betul tgk dorg2 nih =_=

    Masalahnya ada pada hati!

    ReplyDelete
  3. Kredit Dari TRO untuk artikel ini

    ReplyDelete
  4. saya yang pakai tudung pun rase malu tgk pic ni.tp,mungkin,sye pun tak sedar cara pemakaian sye.sme2 lah kita saling ingat-mengingati sesame sendiri.

    ReplyDelete
  5. Topik saudari Farah cukup menarik...mudah-mudahan dpt membuka mata mereka yg brtudung spt ini.Apa yg perlu disedari oleh setiap wanita ialah menutup aurat bukannya menutup rambut.Kalau tidak menepati ciri2 menutup aurat msh blm lgkp lagi seseorg itu menutup auratnya. Dan ketahuilah...antara ciri2 wanita akhir zaman ialah mrk berpakaian tetapi bertelanjang...dan saudari tlh membuktikn melalui gmbr2 trsebut.Smga mendpt petunjuk..wallahu'alam

    ReplyDelete
  6. haishhh~ sumenye tak senonoh.
    nme jeh pakai tudung tp yang lain didedah2kan mcm tuh jeh..

    ReplyDelete
  7. adoii dikk sedih tgk pic2 nie ..
    inilah dunia akhir zaman .. tudung bukan utk menutup aurat tapi salah satu fesyen .. bila nak pakai , x nak bukak huhuhuh

    ReplyDelete
  8. astaghfirullah halazim !
    kesian lala tgk org org kat luar sana yg pakai tudung tapi x pakai baju yg menutup aurat :'(

    ReplyDelete
  9. Maksud atas perkongsian ini baik...
    tetapi adalah lebih baik jika gambar2 tersebut tidak disertakan...
    Adalah dituntut untuk kita menutup keaiban saudara kita...
    Jangan kita sebarkan tetapi kita doakan atas hidayah untuknya...

    "niat kerana Allah"

    ReplyDelete
  10. macam-macam skang ni. huhuhu

    *ngeri pulak tengok gambar2 ni

    ReplyDelete
  11. bagus!!!sye stuju..ramai org zaman skrang nak gabungkan fesyen semasa dgn pakaian islam...tp da rupe yahudi da..hrmm rosak imej islam di mate dunia~..

    ReplyDelete
  12. Syabas!Dgn paparan ini semoga saudari2 yg lain beringat supaya tidak tergolong dlm kumpulan yg disebutkan oleh Nabi ketika melawati neraka semasa israk dn mikraj dimana majoriti ahli neraka adalah perempuan.Waspadalah dgn ajakan duniawi yg nak menyesatkan.

    ReplyDelete
  13. Bayangkan pulak klu kita mencipta satu stail pemakaian tudung pastu satu dunia org ikut stail kita. Klu sempurna pemakaian maka dptlah kita saham pahala tu skali. Tapi klu stail yg dicipta tu tak menepati syarak, sekadar berfesyen, maka tak ke kita pun tanggung skali dosa org yg ikut stail ciptaan kita tu? Wallahualam.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH