Thursday, March 24, 2011

Susahnya nak jumpa artis popular..dah jumpa kena "pang" plak!!!

Assalamualaikum..
Aku nak share pengalaman aku jumpa someone untuk borang penyokong Masters.
Sebenarnya aku dah plan nak jumpa pensyarah tersebut tapi mereka ada buat kajian di Indonesia..so batalkan sahajalah hasrat hati itu. Lepas itu aku buat temujanji dengan seorang pensyarah ini. Dia pernah ajar aku masa aku tahun satu di USM. Mula-mula rasa bimbanglah tapi bila melangkah masuk ke bilik dia..hilang segala debaran dan sebagainya. Dia amat-amat peramah dan menyambut baik kedatangan aku. Alhamdulilah dia bagi markah terbaik untuk borang sokongan itu. Dan bagi semangat untuk aku belajar lagi untuk ke peringkat PHD.. Memang aku respect cara pensyarah itu melayan anak didiknya. Rasa amat dihargai sangat.. Thank doctor..

Lega hati aku selepas dapatkan borang penyokong dari pensyarah berkenaan. Cuma tinggal satu lagi yang perlu diisi oleh pensyarah lain. Aku memang nak target pensyarah fov aku untuk isi borang berkenaan ..almaklumlah semua subjek dia aku dapat A..tapi kita merancang Allah yang menentukan. Dia sangat busy..nak tunggu jadual dia tak busy aku kat Penang pun bukannya lama sangat. Aku pun cadang nak ambil pensyarah lain untuk isi borang penyokong. Memang aku akui kebanyakan pensyarah fov aku semua pergi Indonesia dan cuti untuk penyelidikan.

Aku terpaksalah ambil dia walaupun aku tahu..mungkin aku kena "bernanahkan telinga dan hati" untuk jumpa dia. Call dan nak buat temujanji pun tak dapat..so aku pergi je office pusat pengajian aku. Masa nak melangkah masuk aku tengok dia tengah bersenang-senangan membaca surat khabar. Aku masuk dan memperkenalkan diri aku serta hajat aku. Dia just tengok aku dan baca surat khabar dia. Aku seolah-olah bercakap dengan tunggul..memang sungguh angkuh dia!!..aku bagi tahu lagi nak dia tolong isi borang..dia kata ada buat temujanji ke?..aku kata aku dah call tapi tak ada..jadi aku pun cari dia..boleh pulak kata "why me?" kenapa saya yang kena isi?..aku bagi tahulah dia pernah ajar aku..3 subjek dia pernah ajar aku sepanjang aku di USM.. Aku bagi dia tengok sijil ijazah aku bagai..sepanjang perjumpaan itu dia asyik mendengus je macam tak puas hati aku ganggu dia, padahal dia cuma baca paper je. Dia kata aku tak beradab sebab jumpa dia macam itu je. Aku call dia tapi tak jawab..emel tak ada respon..salah aku ke? Dia ingat aku ni tak ada kerja ke kena tunggu berbulan-bulan untuk dia jawab semua emel dan call aku? Kalau dia tengah busy atau meeting ker..memang la aku biadap sebab redah jumpa dia..tapi dia tengah bersenang-senang lepak kat tempat sambut tetamu sambil baca paper dan goyang kaki..aku pun minta izin dia. Senang cerita kalau tak nak isi..cakap awal-awal..tak perlu berdengus-dengus. Aku memang terasa gila bila berhadapan dengan orang macam ini. Lepas itu cerewet pula tu nak tahu maklumat pengajian aku untuk masters kelak..kononya nak proposal..apakah ini? Jelingan dia tu memang kecut perut juga..dia bagi markah pun tak sebaik pensyarah pertama yang aku jumpa ( memang terbaik giler pensyarah yang pertama tadi ).. Lepas itu boleh pelekehkan kos yang aku nak ambil nanti..konon tak bagus sebab bukan research .. Suka hati akulah aku nak ambil research atau course work..sebab aku yang nak belajar dan itu memang minat aku.

Akhirnya dapat juga tanda tangan dan borang sokongan dari dia walaupun telinga hampir bernanah dan hati semakin membengkak..Nak kata dia pensyarah terbaik pun tak juga cuma pensyarah biasa je. Pensyarah yang first aku jumpa lagi terbaik sebab dia pensyarah kanan dan pernah jadi timbalan dekan tapi dia cuma pensyarah senior yang cuma ada masters sahaja. Aku bukan nak merendah-rendahkan dia cuma sikap dia sahaja yang membuatkan orang "tidak selesa" dengan dia. Dia seolah-olah angkuh dengan student dia. Memang kebanyakkan budak kos aku berasa "kurang selesa" dengan dia sebab sikapnya yang begitu. Dia patut mengalakkan student dia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan memberi layanan yang kurang sopan takhala memohon sokongan dia untuk melanjutkan pelajaran. Walaupun adik aku tak pernah kenal dia..tapi adik aku sendiri boleh mengetahui sikap dia melalui caranya. Segan juga aku..sebab mungkin adik aku fikir "ohh orang-orang berpendidikan tinggi ( mean golongan pro ) memang sombong ye" lagi pun dia pensyarah aku..kalau korang di tempat adik aku pun akan berkata sedemikian. Padahal hanya kerana nila setitik rosak susu sebelangga.. Pernah juga suatu ketika, aku dan kawan aku dilantik untuk uruskan kelas tutorial di bawah kelolaan dia. Dia sendiri suruh kami datang jumpa dia untuk penerangan yang lanjut...kami datang..bila kami masuk bilik dia, boleh dia tanya kenapa? lepas itu marah-marah kami pula..dan paling tak boleh blah dia cakap " you have to go!!"..kami terkesima..masa tutorial pula marah kami sebab tak bincang dengan dia tajuk seterusnya..padahal?? memang cakap serupa keling..tapi ada keturunankan..?? Agsimen..of course semua pelajar kena buat semula sebab dia tak puas hati..padahal semalam cakap lain esok lain pula yang dia nak!!...sabar jelah..tapi itu semua 1001 pengalaman yang mengajar aku erti hidup!!

Borang-borang Master yang siap diisi berserta salinan sijil.

Tak jamin sampai esok..lusa, tulat..

Untuk pengetahuan semua aku apply di UKM..untuk Masters Sains Pembangunan.. Aku harap sangat permohonan aku berjaya. Sekiranya diizinkan Allah...insyallah bulan 9 tahun ini aku akan bergelar student.. Teringin sangat nak study ni!! Semangat sudah berkobar-kobar.

10 comments:

  1. yg pnting kita sndiri xsombong...
    *annoying la cursor bunga ni.

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    betoll..tak guna sombong2..cursor ai mganggu? sorry ye hehehe..

    ReplyDelete
  3. awk school mana kt usm tu? school art ke?

    ReplyDelete
  4. ohh ok2 ingt school art..neway selamat ber-master :P

    ReplyDelete
  5. Ble status permohonan tu kuar?sy pn ad apply tp xtau status prmhonan tu cmne

    ReplyDelete
  6. @Anonymous

    Saya dapat tahu kemungkinan hujung bulan 7 atau awal bulan 8 ni..

    ambikk koss apa?

    ReplyDelete
  7. ok tq..
    sy kos kimia..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.