Hamster Bukan Tikus, Tiada Istilah Kencing Tikus Pada Hamster


Hamster kesayangan tapi mereka sudah tiada :(

ENTRY REPOST FROM HAMSTER BLOG



Assalamualaikum..
Dah lama sangat tak update my second blog. Ramai yang inginkan pendedahan pasal hamster.
Mungkin masih ramai yang "jakun" lagi pasal hamster. Mereka menganggap bahawa hamster seperti TIKUS. Kepada yang tidak ada pendedahan tentang hamster mesti mengatakan bahawa HAMSTER sama seperti TIKUS iaitu pembawa penyakit tambah-tambah pula kemunculan virus kencing tikus yang dikatakan boleh meragut nyawa.

Perbezaan :

!. Ukuran hamster dan tikus jauh berbeza. Bahagian belakang tikus lebih panjang berbanding hamster.
2. Hamster tidak boleh hidup di tempat berair/ lembab tapi tikus boleh bermaksud boleh hidup tempat lembab.
3. Ukuran tubuh hamster lebih kecil berbanding tikus.
4. Hamster mudah jinak dengan manusia tapi tikus? try la bela..jot-kot mengigit je kerjanya.
5. Hamster lebih pembersih dari tikus.

Di sini jelaslah bahawa banyak beza antara tikus dan hamster. Walaupun mereka dari golongan pengerat tapi mereka serupa tapi tak sama!!
Kencing tikus berpunca daripada jankitan kuman dari kencing tikus. Ok.. tikus suka mencari makanan di tempat-tempat tercemar seperti sisa sampah dan hidup di kawasan yang berpotensi tinggi penularan penyakit seperti kawasan kumbahan dan tempat yang kotor ( kawasan sampah sarap ) tapi hamster sentiasa diberi makan dengan teratur..hidup di dalam cage dan bersih.. Jadi banyak bezanya. Lagi pun hamster sangat sensitif dengan persekitaran yang kotor dan mudah mati kalau tak take care dengan baik..

Info lain sila ke KOSMO

dan bahaya kencing tikus di BERITA HARIAN


Kalau inginkan lagi info jangan segan silu google..jangan risau hamster merupakan haiwan kesayangan yang bersih sama seperti kucing. Masa mula-mula aku bela hamster ayah aku pun berpendapat seperti itu iaitu hamster sama seperti tikus tapi bila dah lama bela dia pula yang sayang.. Ternyata apa yang difikirkannya TIDAK SAMA SEPERTI YANG DIJANGKAKANNYA.. Hamster haiwan yang bersih, HAMSTERS is PET not RAT..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLdp0FD9tc3chzmKlc-HDf1aW_AZDWdyew13dkhHAICB3v2QNbZ9y1re5HysrXFCuvk9XrGu4Svz3FIxU3DgPpP-NTHleEjirL8p1CtReYsesX_JOYenDfc2MrzPbtoyjoNJjc5Tjn1SI/s400/tikus.jpg
Gambar dari Google
Ini baru tikus..hambikk kau bela la tikus ni!!

p/s : Setiap kali aku update blog hamster aku..aku akan repost ke sini plak..

6 comments

  1. Aigoooo... bela tikus? earkkk...

    eh.eh. minat hamster eh? eee same arrr...dulu pun ada hamster tp dah mati :(

    masa dia mati, mmg nangis mcmorg kehilangan anak. hehe...hamster comel kan? pastu nakal and menghiburkan :)))

    ReplyDelete
  2. @Nini Hartini

    yess...memang best sangat bela hamster..tapi sekarang dah tak bela lagi :( sebab semua dah mati :"((

    ReplyDelete
  3. hai...saye pon peminat hamster...hamster yang color hitam tu spesis ape?

    ReplyDelete
  4. @nohoho =)

    jenis cambell black..
    jenis cambell macam kucing jugak kalau beranak pelbagai colour yang kuar

    ReplyDelete
  5. kalau tikus belanda tu baru betul tu spesis tikus

    ReplyDelete
  6. Kalo hamster ni bkn tikus sekalipun, menatng ni ttp bole jd penyumbang kepada penyakit kencing tikus... Penyakit kencing tikus atau leptospirosis ni bkn berpunca dr tikus je, tp ayam, kuda dan segala jenis binatang...

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH