Thursday, June 23, 2011

Awas! Teknik Penipuan Baru..

http://baltyra.com/wp-content/uploads/2010/05/penipu.jpg


Assalamualaikum..
Hari ini, sedang aku duduk-duduk atas buaian tiba-tiba datang sebuah van depan rumah aku. Aku pun terus cabut la masuk dalam rumah. Kot ada penculik ke apa ke? Risau la beb sebab sekarang ni macam-macam boleh berlaku.


Lepas itu aku terus pergi bilik mak aku bagitahu dia. Orang tu pun bagi salam dan cakap nak buat kaji selidik. Dia nak ambil masa aku 20 minit dari UKM Bangi. Aku sebenarnya bukan tak nak bagi kerjasama tapi kebanyakkan kes rompak masa kini menggunakan alasan ini sebagai teknik baru merompak. Seriously la aku memang faham tugas seorang pelajar. Memang nak cari respondan untuk buat penyelidikan, aku pun dulu pernah laluinya tapi aku terpaksa menolak untuk langkah berhati-hati. Sorry eh! ( tu pun kalau betul nak buat research ) tapi pelik pula bila ayah aku balik dari masjid tadi mereka terus blah je.. Kalau betul kenapa tak datang ke ayah aku dan tanya??


Kes 1

Cerita ini diceritakan oleh kawan kepada ayah aku. Masa berlaku awal tahun 2011. Dia tinggal sorang-sorang kat rumah sebab anak dan cucunya tak ada. Tiba-tiba datang 2 orang yang tidak dikenali dia kata dari Kementerian Kesihatan Malaysia, nak check kawasan luar rumah dan dalam rumah kot ada tempat pembiakan Aedes. Pak cik tu bagila orang tu masuk dalam rumah sebab bercaya akan surat yang ditunjuk oleh orang itu ( sekarang ni banyak boleh dipalsukan ). Lepas itu pak cik itu di ikat dan rumahnya digeledah.. Bukan je nyamuk aedes je licin tapi segala bapak tok aedes habis... Anaknya balik tengok semua barang berharga hilang termasuk tv LCD yang baru dibeli 2 hari lepas..


Kes 2

Ini pula kes pukau. Ada mak cik kat kampung nenek aku kena pukau. Mula-mula ada 2 orang perempuan. Konon nak buat banci penduduk. Of course la kita akan bercaya sebab memang musim banci masa tu. Lepas itu tiba-tiba dia rasa macam pening-pening dan ikut je cakap 2 orang perempuan tu. Dia bagi semua emas dan wang yang dia ada. Lepas beberapa jam selepas itu baru dia sedar yang dia di datangi 2 orang wanita dan semua barang berharga sudah tiada.


Kadang-kadang penipu ni dah pandai dia takkan datang merompak secara mengejut tapi mereka sudah "rob smart than hard" so korang jangan mudah percaya. Tapi kita susah nak bezakan antara palsu atau benar. Mereka ni dah terlebih canggih..semua boleh buat tiruan.. Berdoalah agar kita terhindar dari bala bencana..amin..

P/S : Pelik kenapa dia tak buat kaji selidik rumah orang lain?..dia terus blah bila ayah aku balik. Maybe tadi dia nampak aku duduk sorang-sorang dia ada niat lain. Susahnya sekarang, nak isirehat depan rumah sendiri pun dah bahaya belum lagi aku ke taman-taman permainan berjongging sendirian ( tetiba je )..

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.