Berbaloi Ke Guna Mac Book?



Assalamualikum.. 
Ce korang tengok Mac book aka Apple kat atas tu? Aku sangat teruja dengan benda alah ni..terutama sekali PINK colour.
Sebenarnya macam ni, tadi pergi jalan-jalan dengan mak dan ayah. Mak nak pergi bank, aku dan ayah pusing-pusing cari parking. Lepas itu aku kata kat ayah "eh ada kedai laptop baru"..then ayah kata jom kita pergi tengok sebab nak belikan laptop sebijik kat adik saudara aku. Then server segala apa yang ada kat kedai tu..aku cadangkan ayah aku beli lenovo notebook.. Aku yang pilihkan..hahaha.. Aku pilih paling berpatutan tapi kalau untuk aku of course la paling meletops aku pilikan ( keji betul kahkahkah) Ah lantaklah, duit bapak aku bukan bapak kau kenn..
Akhirnya aku pilihkan notebook lenovo warna biru, cantik juga ada design gitu. Lepas itu bagitahu ayah..ok ke kalau aku nak beli sebijik lagi sebab acer aku ni dah semput maklumlah hampir 4 tahun berbakti kepada tuan yang terlalu aktif menggunakannya. Tapi aku tak minta sekaranglah..aku bagitahu maybe masa nak continue study! Ayah bagi green light! excited sangat hoii!.. Ayah aku tanya nak jenama apa?? cepat-cepat bagitahu nak APPLE @ macbook!.. Ayah say yes! bajet dalam 5k. Tengok katalog wauu waauu aku nak pink!!


Tapi tadi masa aku cari mencari about mac book..terbacalah yang mac book memang superbbb tapi benda ini kena fikir dulu eh, jangan main ikut nafsu je nanti hancurz:

1. Ada some software kena beli yang original version. Non- cetak and rompak atau lanun-lanun hacker. Engkau ingat murah ke harga software tu?? 500-600 hengget tau untuk satu software. Lebih baik aku guna untuk shopping!
2. Tak semua software biasa yang digunakan di microsoft sesuai dengan macbook. Kena cari version macbook punya. Satu keja pulak aku kena mencarinya dah mahal sampai ratusan hengget.
3. Susah nak cari kedai yang pakar dalam mac book ni kena pergi store dan servis dia yang benar-benar macbook punya. Contohnya, repair, format..kang aku hantar kedai yang tak bertauliah..jahanam macbook aku kang!
4. Mahal? bukan aku yang bayar tapi aku ada belas ehsan..lebih duit tu boleh beli benda lainkan.
5. Kos lain yang mahal..
6. Macbook ni macam pakai mecedec benz..brand lain apa? proton? produa?  hahaha faham-faham je la..

Aku ni pula jenis suka design dan suka sumbat software. Nanti payah plus susah lak.
Apa-apa pun aku tengah skodeng laptop yang bagus.. Tapi tak mau la ambil mac book. Maybe sony, lenovo, dell or tashiba but not acer!

Korang apa lagi..bagilah pendapat..

P/s : Ikut hati nak macbook je sebab ada dah ada green light tapi kena jadi pengguna bijak kann..

7 comments

  1. wahhh nanti dh beli, jgn lupe share . haha

    ReplyDelete
  2. thanks 4 info..
    sama la mcm sy..tgh survey nk beli lptp br jgk ni...sy pn jenis kne guna byk softwares y bkaitan ngn bioinformatics..
    tgh consider sony o acer je ni..
    erm.. -.-

    ReplyDelete
  3. kwn akak mmg wakil penjual mac dikelantan

    ReplyDelete
  4. ecah nak sangat macbook air ni. pink lagilah.. huhu. kena kumpul duit byk2 ;')

    ReplyDelete
  5. Knapa ngan acer..xbagus ke..tgh survey jgak ni.mcm2 benda blh buat ngan benda alah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acer ok, cuma suka meragam dan kena banyak kali format..sekarang pakai lenovo je..alhamdulilah 4 tahun tak pernah format..

      Delete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH