Jom Makan-makan di Nasi Lemak Ayam Golek

Assalammualaikum dan selamat hari Khamis..
Pe khabar semua? Alhamdulilah rezeki datang mencurah-curah.. Tapi tak tahu nak pilih apa? Harap pilihan aku diredhai Allah.. Allah maha pemurah selepas hilang satu benda dia bagi 10 ganti..syukran.. :)

Kali ini nak buat entry makan-makan sambil menambah berat badan hahaha.. Last week lalu aku dan my mak su dan paksu serta adik-adik sepupu pergi meronda-ronda ke Ipoh..

Selepas penat-penat meronda dan menshoppingkan diri kami pun mencari destinasi untuk makan petang aka makan malam :) So tempatnya Nasi Lemak Ayam Golek.. Err betul ke nama kedai tu? Ke aku makan banyak sangat junk food sampai dapat penyakit lupa? Ok abaikan yang penting nama tempat makan itu memang ada ayam bergolek golek hahaha..

Restoren itu nama sahaja Nasi Lemak Ayam Golek tapi dia bukan special to nasi lemak only.. Banyak menu yang lain yang disediakan.. bermacam-macam..engkau pilih je mana yang sesuai kenn.. Dan kami memilih Set Pakej....memang puas hati makan di situ..harga berpatutan dan layanan pun bagus. Korang seeloknya datang ke situ bila perut kosong je sebab dapat licinkan semua makanan yang dihidangkan,  lepas itu balik rumah timbang berat badan hahaha :)

Konsep restoren itu macam biasa cuma dia ada sediakan pondok khas untuk makan bersila. Jadi kami memilih pondok sebagai tempat makan sambil bersila.. Rasa macam main pondok-pondok pulak tapi best!


Sebelum pergi makan kenalah posing dulu..hahaha.. Dalam masjid pun sempat lagi..waduh waduh..


 Muka moody je yang baju oren tu..mesti lama tunggu makanan kenn.. hehehe..

 Sebelum makan perlulah capture picture dulu... 1, 2, 3 action! opss oopss senyum lebar sikit!


Gadis comel yang memakai tudung kelabu itu sesangatlah chomel kenn ( kah kah kah )

Jom kita zoom makanan pulak..lapar pula aku tengok.. ish tak boleh kena diet ni sebab badan dah macam belon hahaha :)


Makanan pembuka selera :)

Ikan Siakap masak 10 rasa eh 3 rasa daa... Rasa not bad 3 star aku bagi.



Nama lauk ni aku tak tahu..Ok mai sini aku bagi.. Ayam Cincang siam.. sedap juga.. nyam nyam..


Ini adalah sutun eh sotong paprik.. rasa macam paprik so i call that paprik..


I loike that.. Benda hijau ini eh sayur ini ialah kailan ikan masin.. suka cuma tak suka batang kailan yang gedabak besar..suka daunnya je,,hehehe ..


Mula-mula aku ingat benda ni ayam yang disalut tepung tapi rupanya cendawan mix tepung. Sedap kalau dia goreng satu per satu cendawan.. Kalau goreng gini sedap juga tapi tunggu perut aku kosong..aku akan ngap sampai licin. ( anak dara siapakah ini? hauhuahua.. )


 Tomyam sea food.. semua benda ada...sotong, udang, kepah dan haiwan yang bukan sea pun ada iaitu ayam. Rasa not bad cuma kepekatan tomyam kurang sikit. Ewah-ewah bila masa aku jadi pengkritik makanan ni?





 Siap untuk dimakan.. baca doa dulu..

 
Dah habis makan perlulah mengucapkan alhamdulilah sambil mengurut perut..dan perlulah kreatif sebagai tanda kami sudah makan di sini dengan meninggalkan plak jalan-jalan cari makan oopp straw jejalan makan-makan.. ( perhatikan gambar di atas )



 Ini gambar sebelum di make over dan di atas selepas di make over oleh Pak usu hahaha.. Rasa nak pecah perut aku ketawa .. Title is Ikan merokok kah kah kah @_____@ stop gelak tak sopan *)

 Dah makan perlulah peace no war..tetiba plak..



 Ini mesti dah lebih kenyang sampai gigit straw ..


Apa pun we enjoy this time.. Thank for my sweet Mak Su because belanja makan pada hari ini. Next time boleh belanja lagi ehh.. @_________@
Ok daaa..

8 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH