8 Perkara Tentang Aku

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini mood untuk menulis segar-bugar pula. Tak tahu semangat apa yang menjentik. Maybe semangat sasterawan kot muahahaha.. Kang aku tulis pasal politik kang masuk ISA plak hahaha..ok abaikan @___*
Aku rasa nak tulis biodata versi point-point gitu. Korangkan nak kenal cikgu tutorial yang comel lote ni ken.. Walaupun aku blogger suam-suam kuku tak se femes blogger pupular lainken.. Tapi tetap nak menulis nak mantapkan penulisan..nanti senang aku nak tulis thesis :) jangan sia-siakan bakat menulis. Maklumlah BM spm A1..( opps jangan riak orang lain dapat berpuluh A..baru dpat 4-5 bijik A dah nak bangga! piraaahh )

Sebelum aku merepek ( almaklumlah ideal banyak ni ) aku bagi tahu serba sedikit tentang aku.




1. Pendiam


Aku akui aku seorang yang pendiam tapi pendiam pada orang-orang asing yang baru kenali tapi akan menjadi kecoh bila aku dah mula sesuai kawan dengan korang. Aku ni diam-diam ubi berisi tau..bukan tong kosong..kecoh je lebih tapi habuk pun takdakk. Pada pendapat akula, aku tak pandai nak ceria melampau..macam gedik nak mampus tu.. Tak pandai la wei nak macam tu. Aku tetap aku, tak tahu nak hipokrit berlagak mesra melampau padahal....

Hambik kau semuanya pink!

2. Suka Pink

Aku sangat sukakan pink. Tapi selain pink i also love green and red! Rasa semua nak pink. Laptop pun nak beli pink colour. Dulu tak suka pink tapi sekarang tersuka colour pink. Korang tengoklah design blog aku yang pinky ni. Sweetkan macam ownernyer.. :)

Kucing gedixku


3. Suka Pet

Aku memang suka bela pet. Pet yang aku pernah bela kucing dan hamster. Sangat sayangkan haiwan-haiwan. Orang kata kalau nak tahu seseorang itu penyayang atau tidak tengoklah dia suka binatang ke tak. Kalau dengan binatang pun dia sayang..apatah lagi dengan manusia lagilah penyayang. Amat sesuai buat calon menantu muahahaha. Sekarang aku ada 3 ekor kucing dan 3 ekor kucing liar yang sentiasa di take care. Kau ada?

Eh eh tiba-tiba gambar harimau!

4. Panas Baran sikit.

Aku ada sedikit panas baran tapi aku sangat cepat sejuk. Kawan aku pun ada cakap macam itu tapi dia kata aku sangat sweet sebab cepat sejuk macam ais. Panas baran aku taklah macam sesetengah orang yang suka hempas barang-barang. Aku memang tak suka hempas barang sebab nanti aku jugak yang susah. Aku akan hempas je orang yang aku marah tu ( tipu ). Sebenarnya aku just silent je, aku akan cuba berdiam diri kerana berfikir dahulu lebih baik dari bertindak melulu. Bila kita marah syaitan akan menjadi raja dalam hati kita so kena hati-hati. Maybe sebab aku lahir tengahari kot tapi hari Jumaat di bulan Ramadhan. Barakah! dan nama aku pun Cahaya Kegembiraanku..hidup kena cool plus happykan :)

Kalau dapat beg tangan $3.8juta ni aku jual je.


5. Citarasa Tinggi.

Mungkin ini hint untuk Encik bakal suami. Takut eh.. Aku akui tease aku tinggi. Nak something mesti nak yang brand je. Sejak dulu lagi. Kalau shopping dengan aku jangan terkejut. Aku memang bukan jenis mata rambang shopping selalu tapi sekali aku shopping jangan mengelek kepala ye. Adik aku mengeleng kepala tengok aku beli wallet ratusan hengget walaupun dah diskaun 70%. Tapi aku tak pakai prinsip "biar papa, asal bergaya"..kalau tak ada duit ko diam-diam je ek..jangan banyak bunyi kang makan penampo hahaha. Ini buat mak ayah aku tak nak aku pilihkan barang untuk shopping. Contoh kalau beli mesin basuh baru..aku ambil yang paling meletop!

Nak capai bintang boleh?



6. Apa yang nak, mesti dapatkan.

Ini juga hint untuk my future husband. Hati-hati ye..Aku ni jenis apa yang aku nak, aku akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan. Nanti tak boleh tidur ( tipu ) Aku punyai prinsip dan cita-cita dalam hidup so aku kena tanamkan semangat dalam diri aku untuk mendapatkanya. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika kita takkan mengubahnya. Banyak plan aku dalam hidup ini. Harap apa yang aku rancang diredai Allah dan dimakbulkan amin.

7. Tegas

Aku jenis perempuan yang tegas. Jangan cari pasal dengan aku eh. Aku tak suka orang memperkotak-katikkan aku. Pada aku maruah itu sangat penting. Banyak duit sekali pun maruah tak boleh dijual beli. Ludah jangan dijilat-jilat. Apa yang diperkatakan hari ini mesti dikotakan kalau berjanji. Ayah aku selalu ingatkan jangan jadi MUNAFIK! Jangan takut pada sesiapa tapi takutlah pada Allah. Dunia bukan kekal untuk selamanya.


8. Kaki Blogger.

Aku start blogging tahun 2009. Tapi tak aktif. Blog penuh sawang sebab tak berupdate. Lepas itu aku delete blog dan buat blog pasal hamster. Maklumlah aku bela hamster masa tu. So sweet. Lepas itu awal tahun 2010 aku create blog ini dan aku aktif semula berblog. Aku memang suka menulis. Tambah-tambah kalau ada some isu yang menarik nak diperkatakan. So jangan tersentap baca blog aku yang mungkin lagi bisa dari biasa :)


Penatlah sayang oii..cukup 8 je la.. Rasa nak letak sampai 9000 about me tapi kang juling pula mata korang hehehe..next time aku update pasal aku eh..

2 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH