Sunday, July 10, 2011

Selamat Hari Lahir Mak

Selamat hari lahir yang ke tuuutttt ke mak kesayangan aku pada 10 Julai 2011..
Semoga mak diberi kesihatan yang baik, panjang umur, cergas, murah rezeki melimpah-limpah dan semua yang terbaik untuk mak.
Sayang mak sangat-sangat.
Dan aku akan cuba untuk menyenangkan hati mak dan membuatkan mak berasa sangat bahagia..
Hari ini cuma buat makan-makan je sempena besday mak. Mak nampak happy je. Hadiah? opps aku beli esok je la sebab esok ada peluang untuk beli something for my lovely mama..
Mak memang harap sangat aku continue study di peringkat yang lebih tinggi. Kalau boleh sampai PHD.. ( ohh macam ne ni..otak penat hahaha ) Harap sangat aku dapat continue Masters nanti :)

Masa hari konvokesyen aku, memang terpancar bahagia di raut wajah mak. Aku harap sangat mak dapat tengok aku gengam segulung masters..dapat kerja bagus, dapat menantu yang baik (my future husband), dapat cucu yang comel.. dan yang penting jadi anak yang solehah pada mak dan ayah. Nak mak rasa sangat bertuah dapat anak macam aku..nak jadi yang terbaik. Taknak kecewakan dia. Nak jadi anak yang TAAT..

Serius, aku sanggup hilang boyfriend daripada hilang mak dan ayah. Mak dan ayah ibarat nyawa aku..sumber kekuatan aku dan segala-galanya bagi aku. Sedih la bila tulis macam ni ( sambil lap air mata ). Aku taknak kehilangan mereka..semoga Allah panjangkan umur mereka dan mereka sentiasa sihat waalafiat. Amin

Bila tengok mereka sakit..rasa aku rela tanggung sakit mereka.. Tak sanggup tengok mereka macam itu. Semoga kesihatan mereka berkekalan.


Kalau di izinkan Allah, nak jaga mak dan ayah sampai nafas terakhir aku. 


Cukup, sedih pula tulis panjang-panjang..ni pun dah nagess..nasib baik mak dan ayah dah tidur.. Kalau tak mesti nak sorok muka hehehe :) taknak nages depan mereka.

P/s : Sayang sangat kat mak dan ayah..  Sayang mereka lebih dari segala-galanya..

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.