Wednesday, August 24, 2011

Buat Kek je tahun ni.

Assalamualaikum semua!

Tadi shopping barang dapur untuk raya. Shopping barang-barang kering jer. Termasuk biskut raya. Malas nak menempek buat biskut.. sorang-sorang plak tu membuatnya. hahaha.. kalau nak buat, kena buat waktu siang..malam dah malas sebab perut pun dah kenyang haha. Jadi seperti hari raya yang lepas-lepas ( ala bulan tak raya pun sama ) aku buat kek dan muffin sahaja.. Mak saudara aku pun dah booking suruh aku buatkan kek untuk mereka. Sedap kot kek yang aku buat tu hahaha..

Dah lama juga ketuhar ni tak bekerja. Dulu selalu buat kek. Al maklumlah baru beli ketuhar. Tiap kali balik kolej mesti buat kek untuk kawan-kawan. Sampaikan buat pizza sekali. Bukan pizza segera yer tapi piza buatan sendiri. Tapi serius la, buat pizza lagi rumit berbanding buat kek sebab pizza ni kena tunggu tepung naik, kena perap, kena buat sos, kena gentel, topping dan banyak kerja hooii..tapi bila makan sangat la sedap ( naik lif kena tekan sendiri yek ) sampaikan adik saudara aku kata boleh bukak kedai pizza sendiri hahaha.. Tak kuasa aku sebab it just suka-suka..jangan sebut pasal pizza lama-lama..perut aku nih macam dah nak menjerit :)

@sumber google

cutenya cake ni !

teringin nak buat cup cake yang comel-comel..tapi macam ne???tulun ajar.. :)

Aku akan start buat kek Sabtu ni.. oh yes!




1 comment:

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.