Perkara yang aku benci semasa di pasar.



Assalamualaikum..

Korang tahu tak pasar sari, pasar tani, pasar malam, pasar minggu dan termasuk bazar Ramadhan semua itu diketegorikan sebagai PASAR! bila penjaja-penjaja berkumpul dan berjual beli pun orang akan panggil Pasar!

Pergi pasar ni memang best, ada sesetengah orang jugak akan rasa lemas dan rimas kerana ditengelami manusia. Kehebatan pasar ialah kita dapat membeli dengan harga yang murah dan boleh tawar menawar. Dan..paling best banyak pilihan!

Tapi aku tak suka kalau berada di pasar sebab :

Pi gosip kedai kopi ye bang..


1. Bersembang tengah jalan.

Aku bukanlah anti sosial tapi aku rasa sangat tidak syok kalau ada makcik-makcik atau akak-akak yang berkumpul tengah jalan ( kawasan pasar ) bersembang. Sangat menganggu perjalanan yer.. Nak sembang, nak bergosip, pergi ajak ke rumah minum-minum tea, makan-makan kuih barulah masyukk nih sembang dan menghalang orang lain lalu lalang. Kasi traffic jem jer.. Kalau kejap tak per nih lama bebeno..ketepi sikit kak..boleh?

Susah wei kalau bawa budak degil macam nih!


2. Bawa anak tak reti nak jaga.

Anak kalau ada 10 orang, 20 orang yang di angkut bawa ke pasar. Berlari sana sini. Maknya sibuk memilih barang, anaknya macam anak terbiar je, memekik memekak..macam kat baby sister jer... Amat menganggu yer. Nak bawa anak silalah jaga dengan baik. Jangan sampai orang lain pun kena langgar dengan anak kau yang macam cacing kepanasan tu. Pastu main sepak-sepak orang tua. Nasib tak sepak aku, kalau tak aku bagi penampar jepon kang ( garang gile muahahaha ). Kang anak hilang kang menangis air mata darah pun belum tentu dapat jumpa. Better tak payah bawa la budak-budak kecik kalau kita tak boleh nak control mereka. Orang lain tengok rasa panas je. Bikin ribut je wehh..

Kan elok berbaris macam ni beli makanan baru moral masyarakat Malaysia tinggi.

3. Potong giliran.

Adalah some day ni. Mak aku nak beli roti jala..lama hoi minta kat penjaja tu..dia tak layan-layan..sudahnya kami blah je. Aku sampai 3x tanya kat orang tu. Asyik cakap "kejap"..tapi layan orang yang lain yang datang lewat dari aku. So, aku blah je la..mak aku kata "depa tu tak nak berniaga kot" ..padan muka kau..hilang pelanggan. Lepas tu peragai segelintir masyarakat yang kurang moralnya. Masa nak bayar, dah tahu orang lain tunggu giliran yang kau mencedokk terus suruh cepatkan barang kau untuk bayar apahal? dah tahu orang lain lama tunggu ..sabarlah kak oii..bermoral sikit boleh? nak aku lecture kau? kot malu nanti...aku memang suka laserkan orang tak bermoral macam nih!




4. Berhimpit-himpit

Kadang-kadang suasana di pasar sangat berhimpit-himpit tapi tak ler seteruk gambar di atas. Kalau macam tu lebih baik aku shopping online je. Aku tak suka giler suasana yang terlalu sesak macam tu. Memang potong mood aku. Tambah-tambah kalau ada yang suka tolak-tolak orang. Kang kot makan penampar free. Macam tadi, ayah aku cerita..ada mak cik tua tu terjatuh sebab sesak sangat..


setakat ini je lah..malas nak bebel lagi..kang ter carut kang berdosa plak kan..

so berhati-hati di pasar..bukan sahaja sesak dengan pembeli tapi penyeluk saku dan perompak pun ada..macam-macam ada!

k baiii!

1 comment

  1. hahah sangat betul kak..
    memang hangin nak2 yang anak2 tu..ase nak bagi je

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH