Wednesday, August 31, 2011

Raya yang sangat sibuk.




Assalamualaikum..
Raya tahun ni seperti tahun yang lalu. Busy. Nak snap gambar pun tak berapa sempat.
So, ini entry cepat-cepat. Kalau aku rajin aku upload gambar. Malas nih..kena mencari usb bagai. Muaahaha..

Raya pertama, pagi-pagi balik kampung. Dah memang kebiasaan sebab kampung dekat. Mak dan ayah akan sembahyang raya di sana, ziarah kubur. Ziarah saudara-mara dan balik rumah.

Balik rumah, tak sempat 5 minit tetamu datang. Nasib baik aku ni orangnya pengemas dan rajin ( chewahh naik liff tekan sendiri, of courselahkan, tunggu korang tekankan tak naik-naiklah aku nih ). So kuih raya semua dah prepare malam raya lagi. Rumah dah totally kemas. Mak aii 6-7 keluarga sekali gus serang rumah aku. Dah memang tradisi, sebab ada saudara depan rumah aku nih..memang seluruh anak cucu dia datang ramai-ramai beraya. Tak cukup tangan aku ni. Tapi happy sebab ada tetamu datang.

Lepas mereka balik, belum sempat kemas pinggan mangkuk. Datang lagi satu keluarga. Memang ramai dalam lebih kurang 15 orang datang. Lagi tak memang tangan kena laju-laju..kemas semua pinggan mangkuk, cawan dan buat air. Korang bayangkan aku dengan mak aku sahaja prepare benda tu. Ayah aku layan tetamu.

Dah rehat-rahat, selang setengah jam kemudian. Semua mak-mak saudara, bapak-bapak sandara datang. Aku lega sebab mereka semua saudara aku. Tak ler kena prepare laju-laju hahaha.. BTW, tangan memang tak kering hehehe..

Malam pun ada tetamu datang. Rasa puas. Sebab masakan dan lemang hampir habis. Tidak membazir. Nih pun ada 2 batang lemang lagi. Tolonglah habiskan..

Raya kedua, pagi-pagi pergi Kota Baru, but not Kota Bharu Kelantan, ini Kota Bharu Perak, pergi ziarah saudara-mara belah ayah, melawat sekali kubur atuk belah ayah..Balik rumah kejap. Hari ini banyak menghabiskan masa beraya di rumah orang sampai ke petang..

Dan lepas mangrib, baru sempat update entry ni..muahaha.

Gambar? nantilah update kalau rajin. Gambar buat kek dan muffin pun still terperuk dalam hp aku nih.


Dan paling rungsing sekarang ni rasa berada di kawasan peperangan. Kiri kanan jiran aku ni terlebih happy kot. Sampai naik pekak telinga dengar mercun, meriam. Aku nih anti dengan mercun nih. Sebab aku rimas dan takuttt....rasa kecut perut woohh. Nak jer sound mereka ni. Kang biadap plak kan.. Tapi mereka yang tak menghormati jiran tetangga. Nak main mercun tu boleh, tapi jangan melampau-lampau. Tak kira pagi, malam, petang dan paling tak boleh blah bukak mata subuh-subuh pun main mercun jugak.

Kalau ikutkan nih, dalam undang-undang perbandaran ( bukak balik nota lama ), kita boleh buat report sebab menganggu gugat ketenteraman orang. Tapi rakyat Malaysia ni sporting. Kalau kau duduk luar negara, main mercun bagai orang gila..tak lama lepas itu, polis tangkap la korang. Padan muka!

Patutnya, bapak kena melarang anak-anak main mercun. Tapi aku tengok orang tua yang over plak. Beli mercun ibarat membakar duit. Kalau rasa banyak sangat tak sayang duit bakk bagi kat aku. Boleh jugak aku guna untuk sambung study aku. Kan fisabilillah tu, berjuang menuntut ilmu kerana Allah Taala.

Ok lah korang, malas nak melalut panjang-panjang. Kang aku buat thesis plak hahaha. Yang penting, jangan main mercun. Sayangilah jari dan diri anda. Ingatlah orang yang tersayang. Dan pandu cermat insyaallah selamat.


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
★ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ★
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
p/s : Tetamu ni, membawa rahmat. Layanlah mereka sebaik mungkin walaupun kita penat :) 
nahh kad hari raya tuk korang versi flash! Ambik nih Kad Raya
 

1 comment:

  1. cik nurfarah..mcmmane nak buat blog title mcm awk ek "blog cik nurfarah"?? leh kongsi x cara nak buat..blog sy skema je..bosan pulak.. :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.