Sunday, August 7, 2011

Revolusi Handphoneku.

Assalamualaikum dan selamat malam.
Hari ini just want to share about handphone.
Entry ni bukan menunjuk-nunjuk tapi sekadar memory yang perlu di simpan. Kalau tak diabadikan dalam blog mesti lupa.
Ini pun dah lupa model dia kena cari balik kat google..uhh..

Kita start dengan handphone pertama aku. Pemberian dari ayah selepas result SPM yang tak full 20A..haha.. First handphone aku ialah Nokia 2600 screen colour.

Rindunya kat hP Nokia 2600 first aku ni.

Lepas itu, aku tukar Nokia 6600. Orang panggil hp sabun.
Hp sabun aka Nokia 6600

Takhala pakai hp ini sanggat rasa seronok sebab pada zaman awal kemunculan hp ini..pemiliknya akan kelihatan stylo dan cool kerana ramai masih memakai hp hitam putih.

Nokia 3230
Selepas megalami gegaran hebat hp sabun aku tu, Sebab aku terlalu lemah lembut..hp sabun ku terhempas dan LCD dia rosak. So aku terpaksa memakai hp ayah aku iaitu Nokia 3230. Aku sebenarnya tak suka hp ni sebab bateri cepat habis. tapi terpaksa guna sebab masa tu aku tahun 1 di USM. Lepas itu, ayah aku nak beli telifon baru. Dia bawa aku sekali pergi beli. Sebenarnya nak bodek ayah aku, yang aku nak hp baru tu dan nak bagi balik hp nokia 3230. Ayah aku diam je..pujuk-pujuk ayah aku bagi la aku Nokia 6300 ni.
Nokia 6300

Masa ni awal keluaran. Harga dia Rm750..tapi kawan aku beli first keluar Rm1000 sekarang mungkin jauh lebih murah. Aku beli masa tahun 1 semester 2 di USM awal 2008. Best sebab gambar dia clear.
Lepas setahun guna handphone ni aku bagi kat ayah aku pakai, sebab hp Nokia 3230 dia tercicir sebab dia jatuh motor akibat di langgar dari belakang oleh manusia binatang. Sumpah, kau tak selamat sebab langgar bapak aku pastu kau lari. Ayah aku belikan aku Nokia Express Music 5130 dan aku bagi dia pakai Nokia 6300 sebab dia lebih kurang dengan Nokia 3230

Nokia Express Music 5130
Memang best sebab sound dia kuat wooo...siapa yang pekak boleh pakai. Dengar lagu pun sedap woo..tapi aku bukan pekak so kadang-kadang rimas volume kecik pun kuat jugak. Kau tengokkan semuanya Nokia. So aku ni nak jugak try Sony Ericsson juga. So aku beli Sony Ericsson W395 tapi someone bagi bajet sikit hehehe...
Sony Ericsson W395

Bunyinya memang gempaq dan best giler kalau main music tapi yang tak best dia tak ada theme yang boleh download. Theme dia kena pakai yang sedia ada je. lepas tu cepat sangat beteri kong. Sehari je dah boleh zero! Jadi sidia bagi handphone dia dan aku bagi handphone ini tapi masa ni aku pakai 2 hp. Express music dan yang ini. Sidia tukar hp dia Sony Ericsson W910 i dan aku bagi SE W395 ni.

SE w910 i tapi dia punya colour black
Hp SE W910i ni memang best. Bukan je sound gempaq tapi gambar clear giler. Screen pun luas tapi tang nak taip mesej tu aku tak suka sebab macam tak selesa. Pastu, aku macam kasar je buak slide dia..dan dia ambil hp ni dan tukar kepada Sony Ericsson K770i yang aku idamkan sebab gambar dia cantik dan cyber shoot!

Sony Ericsson K770i

Setakat ini aku pakai hp SE k770i dan Express Music 5130. Dan,lepas konvocation aku di USM, aku dapat hp idaman aku iaitu e72.. Thank ayah sebab hadiahkan. Walaupun mencecah 1k lebih tapi aku sangat puas. Sayang giler kat E72. dan express music aku bagi kat ayah..

Dan teringin nak HP ni jugak.. ohhh tulunnnn........


Temanku sekarang E72 dan SE k770i. Cadang nak trand in SE k770i dan nak Xperia ni..


p/s : Ohh nafsu pergilah jauh-jauh!

9 comments:

  1. kawan atin dah pakai xperia tuh . luckily , dia jumpa . huhu

    http://synopsisofme.blogspot.com/2011/08/alhamdulillah-selamat-sampai.html

    ReplyDelete
  2. dah macam2 hset dah akak pkai. bleh mntak suggestion nie kalu nk tukar hset :)

    ReplyDelete
  3. adik kite pakai xp tu..hihi..tapi x puas haha..
    k770 jugak bes..

    ReplyDelete
  4. @cik najihah

    aah mcm tak puas sebab touch screen tapi tgk mcm best..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.