Saturday, September 17, 2011

Amaran!! Jangan curi template orang lain!



Assalamualaikum.
Tadi check stats kat blog nak tengok backlink yang bagi link kat blog ni.
Lepas itu, nampaklah di cari gold. Wahh perbincangan bertajuk :

Macam mana nak blog macam http://bicarafarah.blogspot.com/ ?
Terkejut giler wehh bila blog kita dijadikan forum sebagai bahan sembangan. Siap nak curi code template aku lagik kan..

Kalau korang nak blog cantik pleaselah design sendiri. Tapi kalau tak tahu sangat cari pakar yang pandai design blog dan tempah pada beliau. Jangan nak cari jalan mudah mencuri, menciplak hasil kerja orang lain untuk kepentigan diri sendiri.

Aku pun design blog ini dari zero sampai jadi sekarang. Belajar sikit-sikit edit guna photoshop, teknik-teknik baru dan macam-macam. So kalau nak hasil elok kena la mula dari bawah. Baru kerja smooth dan kemas.

Serius aku cakap, kalau korang guna template designer dan pandai edit mana yang patut berpandukan tutorial yang aku bagi, colour match dan kemas. Blog korang akan menjadi cantik. Tapi kalau korang pandai main code html tapi tak pandai nak match colour..serius aku cakap blog korang kelihatan sangat serabut! dan sangat bad!

Bagi tempahan, SORRY aku tak boleh bukak tempahan sebab life aku sangat sibuk. Walaupun class tak full tapi sebagai pelajar master setiap subjek yang aku ambil sangat berat. Bukan macam degree dulu, 20 unit still go on lagi nak enjoy tapi sekarang susah sikit. Enjoy tetap enjoy untuk tak terlalu stress tapi nak ambik komitmen untuk design blog aku minta maaf ye.

Aku ambil master bukan setakat nak LULUS tapi nak CEMERLANG. So aku kena study hard and smart.
Aku pikul harapan mak dan ayah.

ok baii, aku bukak tempahan masa cuti semester jer. Masa tu korang buatlah tempahan reramai yerr.

p/s : korang google je, template blog. Sure, berlambak laman web bagi template percuma tapi jangan remove credit pada designer, kot-kot nanti "see you in court"  kalau designer tu jenis "ambil kisah". Hormatilah hak orang lain.

7 comments:

  1. Ya ke? Jahatnya! Sabar jelah kak fara! Kite sokong akak!

    ReplyDelete
  2. Cik Farah..td ada org tya sy mcm mn nak buat tab menu...jd sy bg dy link tutorial yang cik farah buat..maaf cik farah..:(maaf x minta izin awl2..

    ReplyDelete
  3. hmmmm... actually credit tu utk ape ae??huhu...sy nie bdk bru..xfhm sgt...

    ReplyDelete
  4. Betul betul. Bab meremove credit tu yang pernah terjadi kat sy. Geram jugak. Haha

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.