Semua Pink.

Assalamualaikum semua.

Huh blog dah berhabuk tak berupdate-update sebab busy dengan masalah negara.
Semalam amat sibuk. Nak study pun tak sempat ececece alasan ler tuh. Semua nak uruskan PTPTN yang semakin ketat dan lekat. First, print out surat tawaran ptptn, then isi segala tanda tangan, kepilkan lampiran. Pergi pejabat pos beli setem hasil. Pergi pusat pengurusan siswazah. Check semua dokumen. Dia nak saksi dari fakulti. Lepas itu kena print out sijil degree sebab ada silap cop. Kena pergi fakulti semula ambil segala cop lecture. Pergi PPS semula nak check dokumen. Waktu dah rehat. Pejabat tutup. Pergi lunch..kul 2.30 pergi PPS semula. Tunggu giliran hampir berjam-jam. Check dokumen oleh pagawai ptptn. Slip akaun bank ada kesilapan cop. Parah lagikk..nasib pegawai tu kata dia akan copkan sebab itu small matter lagi. Dan alhamdulilah dokumen diterima dan akan dibawa ke pejabat ptptn untuk prosedur seterusnya. Wahh rasa nak pengsan oii ke sana ke sini. Kalau dekat tak pe nih dari pps ke fakulti macam kutub utara dan selatan nasib ada transport kawan. Harap lepas ini semua dokumen itu diluluskan. aminnn.... Seharian weii nak uruskan benda itu sahaja.

Muka penat nihh..


Ok back tu my title entry yerr. Penat kalau cerita hal semalam rasa nak tercabut kaki ke hulu hilir..


Seperti yang korang tahu if korang mengikuti blog comot ni aku memang gilakan colour pink. Mak ayah, kawan-kawan, saudara rapat dan orang terdekat memang tahu my peberett colour is PINK. Sampaikan lappy pun nak colour pink juga. Memang kalau ada choice pink..pinklah pilihan. Kalau tak ada prefer green and red.


Waktu sangat penting. Kita kena selalu tengok jam. Warna pink juga.


Aku sudah tidak memakai xperia mini pro aku sebagai hp utama ( jadi second hp ) setelah membeli cover E72 berwarna pink. Sangat stailoo.. 



Bekas make-up still pink-black. Suka main angry bird dan suka burung comel yang tengah marah itu. Beli as keychain untuk my key room. Angry bird tu set couple. So yang warna blue bagi kat tutttt..hahaha..


Drinking bottle pun pink dan tak boleh blah buku pun cover pink juga walaupun buku akedemik muahaha.


Highlight mesti ada colour pink also note book!




Laptop kita pun of course colour pink jugakkan..


Muka happy setelah urusan ptptn selesai..yehhh opp tetiba pulak. 

P/s : Malasnya nak basuh baju, dah sebaldi tu kalau kat rumah cik mesin basuh je yang buatkan. Cuma pergi jemurkan sahaja..nih a-z kena cuci tangan. Dah kasar dah tangan nih..ada sesiapa rajin tolong basuhkan?? keh keh keh!






6 comments

  1. lawa nye laptop akak warne pink <3
    hehe ;D

    ReplyDelete
  2. wow pink mmg cantik n seksi =)
    suke sgt2...=)

    ReplyDelete
  3. wahh.. semua pink!! akak mmg pencinta pink la niy? mesti org nye feminin & lemah lembut kan3? sayer lak obses ngan warne biruuuu... heheh... pantang nampak warne biru, semua cantik di mata & hati.. tp xde kne mgena bab politik laa... hahaha...

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH