2 Benda Seram Berlaku Hari Ini.

Assalamualaikum.

Tajuk agak pelik tapi inilah berlaku di depan mata aku hari ini.

Kejadian Petang Tadi.

Dalam keadaan yang mengembleng otak, minda dan tenaga menyiapkan segala tugasan yang terbengkalai..terdengar bunyi bedetummmmmmm memang rasa amat terkejut monkeylah masa tu, almaklumlah tengah fokusss.. Aku menjengukkan diri kat tingkap aparment mewahku, dan terlihatlah kemalangan yang hampir maut ohh tidak.. kemalangan antara kereta dan motor. Memang nampak serius la kecederaan kereta itu tapi orangnya nampak oK tapi tak tahulah effect lepas tu kan. Aku sempat snap gambar tu dengan camera tapi malaslah nak publishkan. Perempuan yang bawa kereta tu nampak panic gila la sebab penunggang motor tu terpelanting kat tepi dan motor terperuk masuk bawah kereta. Pada pandangan aku kedua-duanya tu yang salah sebab laju dan dua-dua nak masuk simpang yang sama dah la waktu tu baru lepas hujan. Baraii gila bumper bawah kereta tu, iskkk memang seram la hoiii.


Kejadian Senja Tadi.

Lepas aku beli makanan, dalam pukul 6.40 petang terus nak masuk shower nak mandi. Roomate pun sama mandi. Selalunya kalau sorang mandi, sorang ada kat bilik. Kami mandi dan memang bawa kunci bilik sama-sama. Of courselah aku siap dulu sebab aku mandi cepat hahaha, bukan mandi kerbau ye.. Dah la time tu berkembam je..nak bukak pintu bilik..jenuh pusing kiri pusing kanan tapi pintu tak boleh buka. Masuk ke shower minta akak roomate kunci dia..tapi still tak boleh bukak. Jam dah pukul 7 malam ni of courselah pejabat kolej zaba dah tutup. Aduhh, terus ke shower bagitahu dia pintu tak boleh buka. Memang kalut sangat, pergi ke bilik ampaian ambil baju bagai..siap..gasakje lah walupun baju tu tak kering lagi. Dia try pun still tak boleh buka lagi. Jiran pun macam kalut je tengok kami..memang pucat juga muka sebab takut giler kalau pintu still tak boleh buka. Try try masih tak boleh..tiba-tiba alhamdulilah boleh buka. Pelik sangat sebab macam ada something yang tahan dari dalam..ahh lantaklah malas fikir benda pelik-pelik. Janji dan boleh bukak! Alhamdulilah.



Bila difikirkan, perkara paling aku risau ialah tertinggal kunci dalam bilik dan pintu lock, kunci bilik tak boleh bukak..kalau ada roomate sekali perkara tu berlaku boleh tahan lagi. Kalau sorang-sorang, balik kelas waktu malam dan roomate tak ada..pastu kunci pintu tak boleh bukak..macam mana????


seramkan?



Harap sangat perkara ini tak berulang lagi. Pucat wehh. Ok bai. Nak sambung kerja nih. :)

8 comments

  1. Kak , yang pintu bilik tak boleh bukak tu menyeramkan lah O.O

    ReplyDelete
  2. @Hanis Nizam

    memang tersangat seram..dahla waktu senjakala plak tu ishkk

    ReplyDelete
  3. ta dapat imagine kalo diri sendiri terkunci macam tuh . :-/

    ReplyDelete
  4. @syalyn

    tambah2 tengah berkemban waktu mandi, roomate balik kampung..dan waktu itu di malam hari..ohhh sangat seramm kepala lutut..

    ReplyDelete
  5. uuuuuu ..pe tuh...huuuuuuuuuu
    macam kes mas gak..hihihi

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH