Friday, November 18, 2011

Air air air air..

Assalamualaikum.

Wahh ketensionan melanda. Air kat kolej tak ada pula. Dah la hari ni ada kuliah, lepas tu air tak ada. Wahhhhhhh rasa nak berlari balik kampung je, huhh. Cepatlah air ada, tak tahan ni. Kalau elektrik tak ada atau wifi masalah masih boleh tahan lagi tapi bab AIR TAK ADA nih yang rasa macam hilang punca..bukan hilang punca apa...tapi punca air lah hahaha.


Gambar paip tu adalah setitik dua air..nihh langsung tak ada air wooo..macam mana ni? Nak balik kampunggg tapi kerja berlambak, kalau tak ada kerja memang dah balik dah.

Itulah bila ada air, korang kena berjimat cermat tapi bila dah tak ada baru macam cacing kepanasan. Susah sangat weii. Baru sekejap Allah tarik nikmat dah rasa macam nikan.. .

Tengah cari alternatif nih, nak ambik air dari tingkat bawah, makk aii dah la duk tingkat atas sekali. Kalau ada liff tak apa jugak haha. Cepat-cepatlah ada air..

Harap pihak pengurusan bertanggungjawab dengan baik. Sekurang-kurangnya bagi notis, senanglah kami simpan stock air.

6 comments:

  1. agak2 dah mandi ke belum ni ye? hehehehehe

    ReplyDelete
  2. kolej saye 3 weeks xd air...lagi sakit hati..dah macam duduk dekat setinggan je....

    ReplyDelete
  3. @*cik keyna*

    La dasyatnye..kalau saya mahu mengamuk seluruh kolej hehehe

    ReplyDelete
  4. ; jadi, bersama lah kita menjimatkan air :)

    ReplyDelete
  5. hehehe . siannye tadek air , sabau ye :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.