Tuesday, November 15, 2011

Minggu Otak Kepenatan

Assalamualaikum,
Masih lagi bergelumang dengan kerja-kerja sarjanaku.
Penat perah otak, perah sampai kering, menelaah segala jurnal, artikal, buku-buku termasuk muka buku untuk melempiaskan rasa tension ni. Serius otak aku penat rasa sangat tersekat-sekat.. aduhh parahh.

Ingatkan boleh settle cuti seminggu masa kat kampung tapi tak settle sepenuhnya. Perlu lagi bergelumang dengan kerja ni..dan kerja lain pun macam ombak rindu datang menerpa. Ketensionan makin melanda. Opss tak boleh cakap tension tapi tuah!

Otak aku selalu mengigatkan aku bahawa perlu bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian. Doa mak ayah sebagai pengiring, sebagai motivasi agar tidak rebah macam hangat-hangat tahi ayam je kan..

Nak sambung kerja tapi otak macam jem je nih. Memang date hantar kerja ni lambat lagi tapi masa tak boleh dilewat-lewatkan. Masa itu sangat berharga. Banyak lagi tugasan baru beratur..aduhhh kusutnya.

Aku rasa situasi aku macam gambar di atas, otak semak dengan paper work yang makin berantai-rantai dan bertali arus. Kena juga luahkan dalam blog nih.. luahkan luahkannnn...

Ok good nite korang, aku tengah fikir sama ada nak tidur atau nak cari ilham lagi. Kopi dah ditegukk satu kole! tapi otak masih beku  nihh mungkin banyak sangat fikir..

Bangun Farah! usah bermimpi! kau kena kuat! kuat! kuat! kuat!!!! pandang ke hadapan!!!!!
Semoga Allah memudahkan segala urusan Cik Farah, aminn...
*aminnkan ramai-ramai ye.

1 comment:

  1. ummi myra datang singgah...alo-alo sian nye...sabar ye :)

    farah,akak nak ajak support join contest ni http://www.amirastudios.com/2011/11/contest-my-top-referral-by-amira-studio.html tengs

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.