Friday, December 30, 2011

Kerja Lapangan ke Melaka.

Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Penat membuat tugasan sampai ketensionan maka kita penuhi dengan aktiviti meng update blog.
Agak lambat sedikit nak update blog kerana kesuntukan masa.
Entry ni ala-ala report tak rasmi la, report rasmi dalam proses on the way dan jangan lupa untuk summit kepada lecturer pada 5 Januari 2012 ini. Chayokk! Ingat ye kawan-kawan 5 Januari 2011.


Kerja lapangan ni di bawah course Pembangunan Ekonomi Lokal. Ada 6 orang classmate. Sangat sedikit kan? Ok kami ke Melaka 5 orang untuk kerja lapangan pada 19 dan 20 December 2011. Bertolak dari UKM lebih kurang pukul 11 pagi dengan kereta. Destinasi pertama kami sampai ialah Zoo Melaka. Kami kena cari 140 responden yang terdiri dari pelancong ( kaji selidik from lecturer) , 40 penduduk, 40 peniaga dan 40 pelancong. Banyakkan kena pulun?


Di zoo Melaka, cuba cari seberapa banyak responden untuk borang soal selidik. Agak sukar nak cari yang benar-benar sporting tapi alhamdulilah mereka bagi kerjasama. Lupakan sebentar akan beban kerja yang membebankan itu, mari kita melawat sekitar zoo Melaka.


Masa ni aku tengah sengugut, tapi bila berjalan di sepanjang zoo Melaka, hilang sakitku. Maybe dapat lepaskan tension melihat haiwan yang comel-comel dan rasa sangat teruja!


Serius! kuda ini sangat manja. Bila dipanggil dia datang dan sangat suka bila kita pegang dia. Comel! kalau dapat bela seekor pun jadi. Sangat best!

Pandai raja rimba ini posing. Handsomelah!

Lepas jalan-jalan seluruh zoo, kaki pun rasa sangat letih, maklumlah kami berjalan kaki, bawa laptop plak tu kat belakang dan borang soal selidik yang bertimbun itu. Lepas habis pusing zoo Melaka, pergi makan kat gerai dan check in resort..kami memilih D'Village Resort, ambil set family chalet. Lepas berehat-rehat, lepas Asar kami bertolak ke Ayer Keroh ke Taman Buaya.

Taman Buaya Melaka.

Smile!


Memandangkan sudah lewat petang, tak ramai pelancong yang ada. Cuma peniaga je ada, so bagi peluang kat another group untuk soal selidik peniaga di kawasan tersebut dan kami menjamu selera di McD yang bersebelahan Taman Buaya Melaka. Sebab tekak memang nak makan mekD pun :)


3 Mc Chicken untuk 3 orang gadis comel. Nyam nyam nyam..

Wajah teruja si pemakan kentang! hahaha..

Si penulis yang sentiasa cool. Muka penat tapi happy :)

Malam tu lepas singgah minum bagai kami ke Melaka River Cruise. Pemandangan waktu malam memang cantik menarik dan tertarik!


Kami naik River Criuse, sangat best cuma Rm10 seorang, puas keliling sungai. Melihat perkampungan Mortem di waktu malam. Best wohh..nak rasa silalah ke Melaka :)


Dalam river cruse.

Pemandangan sangat cantik di waktu malam disirami cahaya lampu yang bergemalapan..

Selepas keliling sungai. Kami pulang ke resort untuk merehatkan badan yang kepenatan. Dan esoknya selepas sarapan di resort kami ke Pantai Klebang untuk mendapatkan responden dari kalangan penduduk setempat.


Ini adalah pantai Klebang. Sebahagian kawasan daratan sudah ditambak. Macam padang pasir je tapi ada laut.

Kami ke kampung yang berdekatan dengan Pantai Klebang, Kampung Batu 3 Batang 5.

Muka happy nak balik kampus.
Lepas penat keliling kawasan Klebang untuk mencari responden, lepas Asar kami bertolak balik ke KL. Dan alhamdulilah sampai UKM pukul 8.30 malam. Penat tapi inilah suatu kepuasan. So sekarang tengah siapkan mini thesis untuk report kerja lapangan ni.

Ok sampai di sini sahaja report bergambar ke Melaka. Rasa nak pergi lagi je. Memang best! Ok bye.. Tak sabar nak habis exam. Hope kerjaku siap sebelum tahun baru 2012 sebab nak fokus pada exam.

3 comments:

  1. zoo melaka bukak sampai malam. aieh. lamenye tak g sane :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak , Izzah tag akk kat sini taw ! http://nurizzahzr.blogspot.com/2011/12/contest-blog-paling-comel.html

    ReplyDelete
  3. best la pegi melaka...boleh tolong?..saya ngah nak cari komen di blog, tapi saya lupa adress blog tu..camne ek nak padam komen kat blog tu...ada cara x?

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.