Permohonan Bantuan RM500 Mulai 10 Dis.

KUALA LUMPUR – Pendaftaran permohonan bagi mendapatkan bantuan secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.

“Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh itu di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

“Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012 dan bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bantuan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Ahamd Husni seterusnya berkata, isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

Jelas beliau, ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

“Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,” jelasnya lagi.-mynewshub

1 comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH