Monday, January 31, 2011

Kalaulah Ada Mesin Masa

Salam..
Selamat hujung minggu. Korang buat apa ye? keluar dengan bf/gf ke?
Sedihnya kalau tak ada bf depan matakan..kalau tak boleh pau mengepau? muahahaha.
Tak tak baik buat gitukan..

Mimpi 1
Hari itu aku bermimpi. Aku kembali ke sekolah. Tapi aku masuk form 6 semula.
Dalam mimpi tu aku bersiap-siap nak pergi sekolah.
Dah lewat sangat ni. Tercari-cari mana baju sekolah..hahaha..tapi had itu je kot..

Mimpi 2
Amat pelik sebab ada tawaran masuk form 6 semula...aku pun join. Banyak sangat kawan-kawan lepasan u pun join....pelik-pelik..

Memang banyak kali aku mimpi masuk form 6 semula..yang pelik form lain tak masuk pula. Mungkin aku rindukan masa form 6..kat USM pun aku rindu sesangat.

Aku rasa selain campus life..form 6 la yang paling happy buat aku.
Masa aku scan semua sijil-sijil aku..terdetik pula nak scan gambar lama-lama masa form 6.
Kalau korang nak tahu. Masa form 6 aku lagi gumukk la..haha..tapi bila dah masuk U..badan pun ramping sikit..tak banyak hahaha..

Masa 6 Rendah.. Mana aku ye?
Teka mana aku? Ni masa jadi super senior. 6 atas

Kebanyakkan budak-budak perempuan dalam kelas aku. Mereka dah kahwin. Dah jadi bini dan mak orang pun hehehe..aku je belum. Mungkin nak tunggu Putera Raja kot.

Huduhnya muka aku masa tu..gemukk sangat masa tu hahaha..dari kiri Yati, Ana, aku ( baju biru ) dan Koru.
Serius aku bagitahu lepas habis exam 2006. Aku tak jumpa mereka ni. Koru selalu juga jumpa sebab dia satu kawasan dengan aku. Budak berdua ni memang tak jumpa. Yati masuk UPSI dan Ana dah kahwin..

Aku rindu sangat kat korang. Happy sangat masa kita form 6 dulu.

Ini adalah big Boss!! Muka skema..badan pula gemuk masa tu..tapi chomel kan.. RIndu kat kelas ni. Walupun tingkat 3..penat naik tangga tapi kami tetap happy!
Kenangan indah : Lawatan ke Parlimen. Semua budak tingkatan 6 Atas wajib join. Best sebab berperluang masuk Parlimen.

Walaupun masa itu aku tak memiliki camera digital tapi gambar tetap tip top dengan mengunakan kamera murah.. Sayang kamera itu.. ( tak ada motif )

Aku rasa, aku amat kerdil apabila berdiri di sebelah si tinggi lampai ni..Fiza..miss u so much!

2005-2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Shah sentiasa dalam ingatan.
Jasa guru-guru tak akan dilupakan kerana anak didikmu berjaya ke menara gading.
Kalau ada mesin masa nak rasa kembali pada zaman dulu-dulu heheheh :)
Kehidupan mesti diteruskan tapi kenangan lalu takkan luput diingatan.


Apa-apa pun korang tetap dalam ingatan. Walau masa sudah berlalu tapi aku masih seperti dulu ;)

daaa...

Sunday, January 30, 2011

Kepala Dimamah Ulat Akibat Makan Sushi

Salam.
Hari ini aku nak kongsi info yang amat penting untuk korang.
Kepada peminat sushi, korang kena baca info ini. Amat penting untuk korang.
Begitu juga kepada yang nak belajar-belajar makan sushi tu. Maklumlah sesetengah rakyat Malaysia ini mudah terikut-ikut budaya luar. Konon nak bijak macam orang Japan. Setahu aku kalau nak bijak key wordnya kena rajin bukan terikut-ikut budaya orang. Yang baik boleh diikut yang buruk janganla..takkan orang nak makan bangkai korang pun nak tumpang dua kaki. pehal ni?

Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 tahun, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktr yang merawatnye menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).



Aku harap korang ambil ikhtibar dari pendedahan ini. Ada sesetengah orang Japan, Cina dan Mat Salleh mereka akan minum wain selepas makan sushi untuk "memasakkan" sushi ini. Tapi korang jangan buat macam itu terutama sekali yang beragama Islam.

Kepada yang rasa dan cakap " Eh, ni mesti tipu"..lantak korang la. Sesetengah manusia ini tidak boleh ditegur dan di nasihati mulala nak menyeringa macam singa!..kalau rasa it better for u oll teruskanlah..kalau dah tekena..sendiri tanggung la beb!
 

Saturday, January 29, 2011

Aku dan USM ( PART 1 )


Salam.. semua.
Kerana banyak sangat kenangan yang perlu diabadikan aku akan tulis serba sedikit pengalaman aku semasa belajar di USM. Masa dulu aku tak buat blog so tak ada la aku share tentang semua ini.
Masa first ada blog dulu pun aku memang tak update apa-apa pun.

Sebenarnya pilihan utama aku bukanlah Universiti Sains Malaysia. Usm merupakan pilihan ke-6 aku sebenarnya. Aku lebih minat kos pendidikan. Empat pilihan teratas aku semuanya pendidikan. Memang aku layak menduduki ujian mtest untuk pendidikan..then ujian berjaya..tapi temuduga aku sangkut. Mungkin masa itu aku tak bersedia dengan baiknya. Tapi itu semua kuasa Tuhan. Bukan rezeki aku. Aku dapat penemuduga yang skema. Tapi alhamdulilah aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke USM untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Sebenarnya aku tak berminat belajar kat USM dan tak suka Penang..aku target UKM. Tapi tak kenal maka tak cintakan..dah kenal bukan je jatuh cinta tapi rindu, sayang, kasih semua ada. Kawan aku yang sama temuduga pendidikan tu juga pun dapat USM juga..sama kos lagi. Dia pun dapat penemuduga yang sama dengan aku. Memang dah nasib kami kot kantoi masa temuduga..hahaha..

Masa aku tahu keputusan UPU tu..aku tak la excited sangat. Tapi aku kecewa. Orang lain kecewa tak dapat masuk U tapi aku kecewa sebab yang aku target tak dapat..Tapi alhamdulilah sangat...


Nanti aku continue Part 2.. Apa aku rasa masuk first menjejaki kaki ke Pulau Pinang? Masa first di USM?

p/s : Malam ini mood untuk update terkurang..rasa gantuk sangat. Ok bye.

Friday, January 28, 2011

Adat Bila Nak Buat CONTEST


Salam.
Selamat petang. Hari ini rasa nak tulis something yang aku rasa penting kepada penganjur contest.
Korang yang berhajat nak buat contest. Tak kiralah contest "beruk paling handsome" sekali pun. Jom datang dekat-dekat baca apa yang patut. Aku ini nak kata pernah buat contest memang tak pernah. Tapi join contest tu memang pernah..Ga memang berlambak aku join tapi itu bukan kisah aku nak kepoh kat sini. Kepada sesiapa yang nak cuba buat contest untuk memeriahkan blog korang baguslah. Mungkin ini cara terbaik untuk tarik reader dan follower ke blog korang. Tapi jangan asyik fikir untuk tambah follower dan reader semata-mata, hakikatnya contest yang korang buat macam KURENG je. Seolah-olah melepaskan batuk di tangga je. Silap haribulan orang boikot korang punya blog sebab kekurangan profesional korang dalam menganjurkan contest. Betul tak? Korang jangan fikir orang lain buat contest..eh aku pun nak buat juga. Itu adalah SALAH!

http://1.bp.blogspot.com/_giI4290f0_o/THKd4pye4II/AAAAAAAAAKw/_fWqn8XP8B8/s1600/judge.jpg


1. Pemilihan Pemenang

Dalam menentukan pemenang ada beberapa cara yang digunakan oleh penganjur. Tak kira la cara apa sekalipun. Di sini aku nak bagitahu antara cara popular yang digunakan oleh penganjur contest dalam memilih pemenang.

Undian
Undian sebenarnya tidak sesuai untuk contest. Melainkan contest blog paling popular. Kalau blog paling popular memang relavan la korang nak buat undian. Sebab reader yang perlu pilih blog siapa yang paling popular dan gojes. Tapi kalau setakat nak buat contest kucing paling comel memang tak sesuai langsung nyah!. Undian sebenarnya tidak sesuai untuk contest. Sebab kemungkinan ada unsur penipuan yang akan dibuat oleh peserta. Contohnya, peserta sendiri yang undi atau sebagainya. Lagipun penyertaan pembaca untuk mengundi pun ciput je. Jadi macam tak adil la untuk mengangkat sesuatu blog itu sebagai pemenang. Selain itu, tidak adil untuk blogger yang baru sebab blogger baru semestinya follower pun sedikit, reader pun tidak tahu kewujudan blog itu dan sewaktu dengannya. Yang tengelam akan terus tengelam dan yang timbul akan karamkan yang tengelam. Betul tak? Korang faham tak apa yang aku tulis ni? Ok aku kasi faham. Contohnya, blogger popular bertanding dengan blogger hingusan yang tak sampai 100 follower..sudah semestinya yang blogger popular tu yang menang. Walaupun blogger hingusan itu  lebih baik karyanya/penyertaannya dari yang popular. Faham?


Juri
Cara pemilihan dengan mengunakan juri aku rasa memang sesuai sebab di pilih oleh penganjur sendiri. Tapiiiiiiiiiiii..kenapa panjang sangat tapi tu ? Mai sini aku habaq kat hang. Kadang-kadang juri ini pilih bulu. Nak yang sebulu dan yang serumpun dengan dia. Maknanya di sini dia pilih pemenang bukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan tapi sebab kawan-kawan dia je. Aku bukan nak mencemuh ke apa. Tapi ada blogger yang buat contest, yang pilih kawan-kawan dia juga. Bila check semula memang kawan-kawan rapat blogger dia juga pemenang walaupun ramai lagi yang memang selayakkan menang. Bila kita tengok hasil nurkilan contest yang dipertaruhkan oleh pemenang-pemenang contest yang dipilih juri bias/pilih bulu itu sebenarnya tak cantik mana pun, tak bagus mana pun ..dan bila dicompare dengan peserta yang lain banyak yang lagi tip top dan bagus. Jadi benda ini akan mengundang ketidakpuasan peserta yang lain. Jom aku bagi contoh lagi, korang minta kerja dan korang ada result gempaq+pengalaman. Tapi tup tup tup yang dapat kerja yang gagal 10 kali dalam exam dan yang paling mangkorr sekali bak kata orang Perak. Nampak sangat la ketidakadilan di situ kan... Pada pendapat aku la, kalau nak bagi kawan-kawan terdekat menang lebih baik tak payah buat contest..buang masa blogger lain je. Lagi bagus ko bagi free gift kat kawan ko tu…kan bagus.. Lepas ni jangan kecoh kalau orang tak nak join contest korang kalau korang buat perangai macam ni. Seelok-eloknya jujurlah dalam memilih pemenang. Dah adat pertandingan mesti ada yang kalah dan menang tapi kalau yang menang tu macam “hampas” memang la orang akan berbunyi tapi kalau yang terbaik itu menang. Orang pun senang hati.

Pemilihan Rawak
Pemilihan rawak atau cabutan bertuah ni memang tak sesuai untuk contest tapi sesuai kalau korang buat Give aways atau lucky draw. Nak buat pemilihan rawak pun boleh juga tapi untuk contest “ Siapa paling bertuah” hahaha. Walauapa sekalipun kejujuran amat penting. Jangan cabut-cabut nombor terkena blogger yang paling korang tak suka. Lepas itu korang mula nak tukar nombor lain..haa itu memang tak baik la korang buat macam itu. Yang penting JUJUR!

http://www.vees.com.my/cms/img_ed/Terms.gif

2. Syarat 

Kalau korang nak buat contest ni kena la bagi syarat yang jelas untuk peserta menyertai dengan jayanya. Contonhnya, apa kriteria yang korang akan pertandingkan untuk menang contest korang. Kalau korang buat contest blog paling  serabai. So apa kriteria serabai yang korang maksudkan..  Contohnya, korang buat blog senyuman paling comel. Tiba-tiba blogger ni letak gambar dia bertiga dengan rakan-rakan. Tapi korang reject sebab dia bergambar dengan kawan dia. Di situ Nampak sangat korang tak professional sebab syarat penyertaan tak dinyatakan dengan jelas apa yang korang pertandingkan… Kalau aku terkena macam itu..aku blahh je. Confirm lepas ni tak join lagi contest korang. Hahaha kan padan muka. Selain itu, nak bagi syarat tu kena la berpada-pada. Ohh mentang-mentang engko anjurkan contest sukati kepala lutut ko je ye nak bagi syarat yang merepek. Contoh syarat merepek, kena promote blog korang selama sebulan atau buat sticky entry/entry melekat berbulan-bulan lamanya. Apa ingat DIVA ke kena buat macam itu. Kalau korang terdetik nak buat macam itu. SINI aku sound “HENTIKANLAH”..itu meyeksa namanya. Kalau korang itu diva popular yang ada berjuta follower mungkin boleh demand tapi AKU TAKKAN JOIN LA WOI..


http://www.treehugger.com/daylight-saving-time-costs-billions.jpg 

3. Masa

Kalau korang nak orang join contest korang kena la bagi masa yang dinamik. Contoh dalam dua-tiga bulan untuk penyertaan. Kalau korang bagi seminggu atau dua minggu sudah tentu penyertaan pun sikit.  Lepas itu jangan la terlalu lama sampai setengah tahun ke atas. Nanti basi pula contest korang melainkan korang bagi BMW , Mac Notebook dan seangkatan dengannya. 


http://www.swintalk.com/wp-content/uploads/2008/05/swintalk_gift_trolly.jpg

5. Hadiah


Hadiah untuk contest ni ikut kepada kemampuan penganjur juga la. Tak kisah la korang nak bagi apakan.. Tapi tips dari aku, kalau korang nak orang berpusu-pusu join contest korang apa kata bagi hadiah yang “baik punya”…ala macam laptop apple sebijik ke..confirm tak payah di tag aku akan join dengan muka tak malunya..muahaahaha!. Tak kisahlah hadiah apa..janji korang ikhlaskan. Jangan bagi hadiah merepek taik ayam tahi itik dah la.

http://voice-software.org/wp-content/uploads/2009/01/promote-software.jpg

6. Promote

Haaa ini paling penting. Kalau korang nak ramai lagi yang join contest korang tolong jangan berat tangan untuk pergi blogwalking ke blog orang lain. Kena la promote sikit. Kalau rasa tak nak iklankan kat TV atau surat khabar kena la rajin cik kak oii.. Aku cadangkan korang pergi ke Blog Larian untuk mencari blogger-blogger untuk di blogwalking sebab kat sana berlambak-lambak link blog yang sudi diterjah. Kalau korang hanya mengharap blogger datang join contest korang dengan sendirinya memang susahlah. Lepas itu kena la rajin-rajin promote kat Facebook, Twitter dan seadik-beradik dengannya.

Sekian Wassalam…

p/s : Kalau ada tips lagi. Rajin-rajinlah kongsi ye.. Tak rugi kongsi. Hanya orang kedekut je yang haloba nak share opinion. Komenlah..penat aku perah otak buat entry ini..haa..kalau ada yang terasa dan terkunyah cili api tu..sorry ye sebab aku tak tuju kat sesiapa. Jangan marah nanti cepat menopause .

Sumber Gambar : Google

Wednesday, January 26, 2011

Dapat BABY baru.

Salam
Yes, dapat baby baru yang sangat comel.
Baby tu kembar empat..semua sihat-sihat dan montel belaka.
Sebenarnya Rubi aku dah beranak untuk yang kedua kali.
Selepas balik kampung iaitu denda untuk peristiwa lalu
Rubi bunting lagi..almaklumlah kat kampungkan banyak boyfriend so hasil dari sosialnya inilah hasilnya hahaha.
23/1/2011 Rubi selamat melahirkan empat ekor anak yang comel-comel.

Rubi yang tengah membuncit. Sangat malas. Makan tidur je. Bila anak-anak Rubi yang besar tu dekat dengan dia..dia akan marah..aaauummm. Maybe dia marah anak dia nak menyusu lagi walaupun dah besar gedabak.

Rubi suka tidur atas katil aku. Kadang-kadang dia siang malam nak tidur kat katil aku. Tak aci..lawan tokeh nampak.

Muka Rubi yang sakit bersalin
Gambar istimewa dari aku. Ini masa dia meneran anak-anak dia. Beranak atas katil pulak tu. Tapi nasib baik bukan katil aku. Nasib dia beranak dalam bilik yang tiada penghuni. Akibatnya aku terpaksa membasuh tilam itu sebab mak aku membebel..almaklumlah kucing kesayangan..:"( Takut tengok kucing bersalin. Air nifas dia memancut-mancut macam air paip..yekk!

Ada empat ekor anak Rubi. Semuanya cute. Muka gembira Rubi dapat baby baru. Kucing aku pun sayang anak dia..tapi manusia sanggup tikam anak baru lahir. Masuk syaitooon ke ?
Haa nak booking ke? Kawan aku dah booking seekor. Dia kata nak anak kucing ni bila dah besar. 
Kalau masuk anak kucing ni dah 8ekor kucing aku.

Anak-anak dia sudah diletakkan di dalam kotak. sungguh comelkan..semua colour hitam putih tapi dominan putih.



Dan di atas ini gambar anak rubi yang first dulu. Tapi tinggal 3 ekor je sebab seekor dah mati sakit cacing. 
Tinggallah Manja, Pokpok dan Sitam.


Inilah anak-anak Rubi yang first. Dah sama besar macam mak dia je..

Award Follower ke- 400

Alhamdulilah dalam merangkak berblog dapat follower 400+
Sempena nombor bertuah itu aku nak bagi award kepada follower bertuah ni iaitu..
APIT

Blog apit ni comel tau..


Kalau korang nak tahu lagi tuan blog ni..sila ke blog BELIAU..

Ini award untuk apit. Sila ambil ye.. :)



Thank kepada semua yang follow blog Miss Farah.

Sayang korang!

Award Follower ke- 300

Salam.
Sorry sangat-sangat sebab lambat nak bagi award untuk follower ke-300
Sebenarnya tertangguh-tangguh nak wish award ni :)
Follower yang ke-300 ialah AWIN

Jom review blog Awin


Dan ini award untuk awin..thank jadi follower cik Farah ye..
Harap Awin ambil award ini ye..
Kepada sesiapa yang nak kenal dengan beliau boleh melawat ke blog dia
Jangan lupa follow cik Awin ni :)


p/s : Thank pada follower yang lain :)

Tuesday, January 25, 2011

Tutorial 40 : Senarai Tutorial Adobe Photoshop yang Tip top




Salam.
Banyak sangat reader tanya macam mana nak buat header transparent, macam mana nak guna photoshop, macam mana nak edit gambar dan macam-macam pertanyaan lagi. Ok di sini aku nak senaraikan link-link untuk tutorial photoshop yang terbaik. Korang boleh pilih mana-mana web ni untuk belajar tutorial. Sangat-sangat berguna. Aku pun bukan pakar sangat dalam photoshop. Baru junior lagi. So korang boleh belajar pada yang pakar seperti web-web yang aku linkkan ni ok. Aku memang tak larat nak buat tutorial photoshop. Sebab malas nak print screen bagai. Korang layan je ni k.

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Abduzeedo

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif PSD Tuts+

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Hvdesigns

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif 10 Steps.SG


http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Tutzor

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Photoshop Roadmap

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Planet Photoshop

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Photoshop tutorials

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Grafpedia

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif PSD fan

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Photoshop Star

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif My Ink Blog

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif PS Hero

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Photoshop Lady

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Photoshop Girl

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif PSD Learning

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1066/1066995icqty57xhw.gif Lorelei Web Design


Kalau korang ada lagi tutorial photoshop yang best boleh la share sini.
Lepas ni korang buat la tutorial ni sampai lebam ok.. :)

Monday, January 24, 2011

Kanak-kanak pun dah pandai buat seks!!!

Salam semua.
Hari ini aku nak bertindak sebagai wartawan untuk mendedahkan perilaku kanak-kanak masa kini.
Aku letak gambar ini bukan untuk tujuan porno atau apa tapi cuma kongsi budaya terlampau yang semakin berleluasa pada masa kini. Hujung tahun lepas ( 2010 ) kita dikejutkan dengan paparan berita video seks dua beradik yang melakukan seks di motel murah. Sekarang ini kanak-kanak yang mungkin bawah 7 tahun yang sudah pandai beraksi seks.. Walaupun benda ini bukan berlaku di Malaysia tapi sedikit sebanyak mencerminkan bahawa bukan sahaja remaja yang banyak terlibat dalam perkara ini tapi kanak-kanak juga sudah mula berjinak-jinak mencuba perkara yang di larang. Sebagai bukti aku sertakan gambar skodeng yang di rakam oleh kaki skodeng.. Gambar ini dari emel..












 
Sebenarnya aku rasa sedih tengok benda macam ini walaupun mereka masih budak-budak lagi tak ada akal untuk fikir baik buruk tapi selaku ibu bapa anda harus awasi anak-anak anda. Jangan dah terlambat baru menyesal. Kepada ibu bapa yang tidur bersama dengan anak-anak. Jangan la buat adegan 18sx depan anak-anak. Sebab kanak-kanak mudah meniru apa yang dilihatnya. Contohnya kalau si ibu suka mencarut semasa di rumah..automatik anak-anak pun akan terikut. Kanak-kanak ibarat kain putih, ibu bapalah pelukis untuk mencorakkan kain itu sama ada cantik atau tidak. Internet dan media massa pun merupakan medium utama kepada pembentukkan minda anak-anak. Sekarang budak tadika pun dah pandai buka internet. Budak darjah satu pun dah ada blog. Jadi tak hairanlah budak-budak kecil pun dah tahu apa itu SEKS. Mak bapak kena pantau..jangan bagi sepenuh kepercayaan kepada mereka. Pendidikan yang terbaik bermula dari rumah.

 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.