Thursday, April 28, 2011

Aku Bangga Dengan Kekasih Aku..Ada Aku kesah??

Cinta-cinta..
Kadang-kadang manusia ni lebih mengagungkan cinta kepada manusia berbanding PENCIPTANYA.
Serius aku cakap golongan perempuan adalah terlebih mengedik kalau bercinta. Aku bukan bermaksud semua tapi sebilangan besar. Aku bukan nak mengata cuma nak bagi teguran membina sahaja. Kalau korang tak suka tak payah la korang ambil pusing! Apa yang aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku.
Contohnya..

FACEBOOK

http://mochammadyusa.files.wordpress.com/2010/12/facebook-status.jpg

Status Up date

Di Facebook memang ketara menunjukkan kegedikan bercinta. Contohnya, setiap minit mesti status asyik bertukar.. Status itu menyebabkan terasa ingin memuntahkan semula yang apa yang di makan tadi. " Hanya sayang yang baby cinta " "Ayang dah tak tahan nak jumpa Abang" "Hari-hari merindui abang".........semuanya mesej-mesej jiwang yang menjelikkan.. Kalau nak berjiwang sampai karat marat lebih elok engkau sms sahaja bf/gf kau tu. Memanglah Facebook kau suka hati engkau tapi ingatlah wei ramai mata yang memandang..mana nilai MALU korang sebagai orang ISLAM? Berbangga-bangga dengan apa yang dilakukan..

http://2.bp.blogspot.com/_9FraxZRIYAI/ShljhjOQzMI/AAAAAAAABFQ/TIfqPX7EUBY/s400/asal+usul+perkataan+%27TERKEJUT+BERUK%27.jpg
Kera pun terkejut tengok gambar ni,,kalau tengok gambar korang beraksi 18sx lagi la dia terkejut..

Gambar


Makk aii gambar asyik gambar kekasih hati korang je. Bila belek-belek mana gambar orang yang melahirkan dan membesarkan korang..harammm ada.. Tapi jantan yang baru kenal sehari dua dah bersepah gambar dalam facebook korang. Kalau gambar molek sikit tak apa tapi gambar macam nak bercium, peluk peluk, laga-laga pipi..tangan berlaga dada..oppps.. Sampaikan lovebite pun bangga nak tunjuk kononnya bf korang pernah hisap leher dan dot-dot korang.. Hampeh!! Kalau suami isteri tu maybe ok tapi MALU juga orang lain tengok la..takkan nak hisap dada isteri pun nak kasi orang tengok..tu memang spesis kemaluan tak ada la tuhh!! Kalau dah rasa bahagia sangat tak perlulah nak selak kain kasi tengok seluruh dunia.. Putus cinta semua yang manis jadi pahit. Status mengalahkan orang meroyan gila talak!!


BLOG

Entry Up date

Setiap kali mengupdate blog memang tak sah kalau tak cerita pasal buah hatinya. BF potong rambut pun nak kecoh. Ada jerawat seketul pun nak canang cik abang dia ada jerawat batu. Kalau boleh semua luar dan dalam nak kasi tahu yang dia sangat-sangat mengenali kekasihnya. Blognya ibarat diary cinta mereka seperti cinta sampai mati tapi belum mati lagi dan putus mulalah meraung dan meroyan bahawa hatinya sakit seperti ditoreh dengan pisau tumpul..muahaha.. Memang tak salah kalau nak share tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai meluat orang membacanya. Memanglah kalau ditegur mereka akan kata, tak suka jangan baca tapi orang akan baca juga kalau dah namanya blog. Melainkan kalau korang privatekan sahaja blog korang tu..kan senang, Tulis sendiri baca pun sendiri. Taklah jadi fitnahkan...


Itu sahaja..nak tambah lagi silakan. Kebanyakkan perkara-perkara yang berlaku di atas sebenarnya dilakukan oleh gologan HAWA..tapi tak semua.. Kadang-kadang aku sungguh bersimpati dengan kaum wanita yang dimaksudkan. Mereka sahaja yang terover gedik. Tapi bila tengok facebook teruna itu ( bf mereka ) haramm ada gambar si gadis itu cuma yang di tag sahaja ada. Blog? tak ada langsung entry cinta untuk si gadis. Sadisss...

Kalau korang ada yang terasa dan amat-amat hot..Janganlah marah-marah ye. Aku tak tujukan untuk sesiapa cuma untuk saling ingat mengingati. Yang baik jadikan teladan..
Jom Tengok VIDEO ni

Ada aku kesah?? Korang kena ambil "kesah" semua ni!

Friday, April 22, 2011

Hamster Bukan Tikus, Tiada Istilah Kencing Tikus Pada Hamster


Hamster kesayangan tapi mereka sudah tiada :(

ENTRY REPOST FROM HAMSTER BLOG



Assalamualaikum..
Dah lama sangat tak update my second blog. Ramai yang inginkan pendedahan pasal hamster.
Mungkin masih ramai yang "jakun" lagi pasal hamster. Mereka menganggap bahawa hamster seperti TIKUS. Kepada yang tidak ada pendedahan tentang hamster mesti mengatakan bahawa HAMSTER sama seperti TIKUS iaitu pembawa penyakit tambah-tambah pula kemunculan virus kencing tikus yang dikatakan boleh meragut nyawa.

Perbezaan :

!. Ukuran hamster dan tikus jauh berbeza. Bahagian belakang tikus lebih panjang berbanding hamster.
2. Hamster tidak boleh hidup di tempat berair/ lembab tapi tikus boleh bermaksud boleh hidup tempat lembab.
3. Ukuran tubuh hamster lebih kecil berbanding tikus.
4. Hamster mudah jinak dengan manusia tapi tikus? try la bela..jot-kot mengigit je kerjanya.
5. Hamster lebih pembersih dari tikus.

Di sini jelaslah bahawa banyak beza antara tikus dan hamster. Walaupun mereka dari golongan pengerat tapi mereka serupa tapi tak sama!!
Kencing tikus berpunca daripada jankitan kuman dari kencing tikus. Ok.. tikus suka mencari makanan di tempat-tempat tercemar seperti sisa sampah dan hidup di kawasan yang berpotensi tinggi penularan penyakit seperti kawasan kumbahan dan tempat yang kotor ( kawasan sampah sarap ) tapi hamster sentiasa diberi makan dengan teratur..hidup di dalam cage dan bersih.. Jadi banyak bezanya. Lagi pun hamster sangat sensitif dengan persekitaran yang kotor dan mudah mati kalau tak take care dengan baik..

Info lain sila ke KOSMO

dan bahaya kencing tikus di BERITA HARIAN


Kalau inginkan lagi info jangan segan silu google..jangan risau hamster merupakan haiwan kesayangan yang bersih sama seperti kucing. Masa mula-mula aku bela hamster ayah aku pun berpendapat seperti itu iaitu hamster sama seperti tikus tapi bila dah lama bela dia pula yang sayang.. Ternyata apa yang difikirkannya TIDAK SAMA SEPERTI YANG DIJANGKAKANNYA.. Hamster haiwan yang bersih, HAMSTERS is PET not RAT..

http://4.bp.blogspot.com/_wGCq5-udNl8/S7yeMMz17PI/AAAAAAAAFWk/EB4_3-SWTgk/s400/tikus.jpg
Gambar dari Google
Ini baru tikus..hambikk kau bela la tikus ni!!

p/s : Setiap kali aku update blog hamster aku..aku akan repost ke sini plak..

Tuesday, April 19, 2011

Tip Berjimat dari Cik Farah

Assalamualaikum
Duit? Semua orang memerlukan duit, nak berak dan kencing pun pakai duit...jadi duit amat penting untuk hidup tapi jangan jadi hamba duit ye.
Kerana keprihatinan aku, aku nak kongsi serba sedikit tip berjimat yang aku rasakan relavan melalui pemikiran aku dan pemerhatian aku. Tadi aku belek-belek surat khabar Utusan Malaysia aku terbaca artikal tak cukup duit walaupun gaji 2, 3 k ke atas. Memang aku akui hidup di bandar memang amat mencabar..semua pakai duit cuma kentut je tak kuar duit tapi keluar angin dan mungkin bau aroma yang kurang menyenangkan..
Tip-tip dari aku :
http://farm3.static.flickr.com/2178/2231700862_305d2cd9ed.jpg

Bawa Bekal ke Tempat Kerja 

Aku sarankan korang yang bekerja sarapan di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja. Cuba korang fikir kalau sarapan pun korang makan di kedai..Mungkin paling kurang RM5..lepas itu makan tengahari dalam RM10 paling kurang..kalau hari-hari macam mana? dalam RM400 untuk makan sarapan dan lunch. Tapi itu kalau minima RM10 dan RM5 kalau lebih ? ( aku tahu korang makan mesti lebih, belum masuk berpoya-poya dihujung minggu lagikan )  Mesti alasan korang tak sempat nak prepare semua tu kan..sebenarnya alasan itu untuk orang-orang yang PEMALAS je. Kalau sekali sekala korang lepak makan kat luar tak apa..ni kalau hari-hari boleh botak bulu ketiak. Contoh kalau korang prepare mee goreng dari rumah..1 bungkus mee tu boleh sumpat 3-4 tekak..Kalau beli mamak..RM4 pun korang tak ada kepuasankan (maklumlah kemuntahkandarah)..  Kalau mee basah (mentah) tu cuma RM1.50 ke 2.00 je. Nampak tu jimatkan.. Kalau korang tu rasa nak senang korang cuma blender cili siap-siap dan simpan dalam peti sejuk..then nak masak senang je. Jangan lupa bawa air dari rumah. Aku pergi kerja bawa bekas minuman paling gedabak sekali. Pahduli apa orang nak kata. Malu? Kalau tak pakai kain memanglah malu..kalau bawa bekal engkau rasa malu memang selayaknya ko pi duduk dengan monyet la.


http://4.bp.blogspot.com/-nqjC2Y2f268/TXCkT5eiFjI/AAAAAAAAAFM/Cp6Na0eKzzI/s1600/karena%2Bmenabung.bmp

Belajarlah Menabung

Menabung bukan sahaja digalakkan kepada anak-anak tetapi kepada semua peringkat umur. Anak-anak suruh menabung tapi mak bapak haramm nak menabung bukankah seperti ketam mengajar anak berjalan? Contohnya kalau korang ada gaji RM1000..apa kata korang simpan RM200 atau 100 sebulan? Paling kedekut korang simpan RM50 je.. Jangan gaji 10ribu korang lanyak semua gaji pergi shopping memanjang. Nanti kalau tersakit dan memerlukan kos perubatan yang tinggi kan susah nak mencari duit..motifnya menabung untuk masa depan..

http://2.bp.blogspot.com/-FdLlp9EwXAE/TVbDVef8dYI/AAAAAAAAADc/_mTF4xZr34E/s1600/cara-menabung-mudah.jpg

Simpan Duit untuk Anak

Pada pemerhatian aku ramai pasangan kahwin pada usia yang muda. Kebarangkalian untuk penghasilan anak pun tinggi. Sekiranya isteri korang atau korang tetiba mengandung haruslah korang mengambil inisiatif untuk melipat gandakan amalan menabung korang. Korang patut membuka akaun khas untuk masa depan anak korang. Jangan nanti nak bayar yuran sekolah pun terpaksa meminjam ah long atau ah gah.. @____@ last-last hancur family korang. Jadi fikirlah masa depan anak korang sejak dalam kandungan lagi! Bayangkan kalau korang simpan RM100 masa bini korang prenant lagi untuk your baby..kalau umur dia 18 tahun nak masuk universiti mungkin simpanan korang dah mencecah dalam RM21600 dan dicampur usia korang start simpan masa pregnant dah 22500..banyakkan..:) So merancang itu penting untuk masa depan.


http://2.bp.blogspot.com/_X8NpKEU_Dc4/SxV4SXWxcHI/AAAAAAAALpo/XK5fmgX6YoY/s1600/bride_1530986c.jpg

Ukur Baju di Badan Sendiri

Kalau tersalah ukur mungkin terjadi seperti gambar di atas. Dah saiz cup D korang hambik saiz A kan dah tersembul..melainkan korang memang suka fesyen macam inikan.. Gambar ini terlucah sedikit tapi korangkan open minded.. Semua itu hanya perupamaan sahaja. Kalau korang nak berbelanja seharusnya memikirkannya terlebih dahulu sama ada kepentingan atau nafsu semata-mata. Janganlah ikut hidup orang lain, orang lain tukar kereta tiap 2 kali satahun korang pun nak jugak. Kalau duit berkepok-kepok tak pe la...tapi kalau sengkek usahlah yeop oii..nanti makan biskut keringla korang. Jadi kena tahu kemampuan diri sendiri. Jangan jadi bayang-bayang ye..sedar diri engkau hanya bayang-bayang bukan realiti..tak faham? sila hempok kepala dengan penyapu..

http://jamalrafaie.com/wp-content/uploads/2011/01/akaun.jpg

Rancang Perbelanjaan Bulanan

Korang jangan ingat kalau buka bisnes je nak kena buat akaun bagai. Korang pun harus mendebit kreditkan sumber kewangan korang terlebih dahulu untuk mendapatkan bajet yang sistematik untuk korang. Contohnya masa awal gaji korang kena asingkan duit rumah, kereta, bil-bil terlebih dahulu. Jangan nanti dah kena halau dari rumah dan kereta di tarik baru nak ternganga. Dan baki yang selebihnya barulah korang plan untuk perbelanjaan lain, menabung atau bershopping. Dan paling penting kalau nak shopping kenalah listkan barangan yang perlu dibeli. Kalau nak shopping tanpa batasan seharusnya korang kena ada berguni-guni wang kertas RM100 barulah boleh nak shopping..so berfikirlah dengan bijak...


Itu sahaja tip yang ingin di sampaikan oleh aku. Harap serba sedikit dapat membantu korang dalam menguruskan sumber kewangan dengan lebih efisen. Tapi keberkatan itu amatlah penting. Kalau setinggi gunung pun gaji korang tapi tak berkat memang takkan cukup.. Kalau nak berkat kenalah tunaikan tanggungjawab pada Allah, jujur dan amanah masa bekerja dan ikhlas!!

Imej Sumber dari Pakcik Google

Monday, April 18, 2011

Tetiba rasa nak buat Give away

Assalamualikum dan selamat malam sayang-sayang sekalian..

Hajat di hati memang ada nak buat give away ni tapi tak tahu bila??

Dalam kepala hotak aku ni ada ker orang nak join??

Hadiahnya aku tak bagi barang tapi


HADIAH UTAMA

5 PEMENANG UTAMA AKAN DI HADIAHKAN TEMPLATE PERCUMA YANG KORANG SENDIRI TENTUKAN + HEADER + BANNER

5 HADIAH SAGUHATI HEADER DARI AKU..KORANG TENTUKAN NAK MACAM MANA.


TAPI BELUM RASMI LAGI LA. MUNGKIN TAMBAH LAGI NEXT TIME!!

DALAM PERANCANGAN ..

Tutorial 49 : Burung Twitter Terbang Melayang

http://2.bp.blogspot.com/-09X_qmv3wro/TZAM2VGPItI/AAAAAAAAAN0/eEVcuaQglj8/s1600/burng+twitt.png 


Burung twitter sangatlah comel.
Lagi comel kalau dia terbang.
 Seperti di bawah. 

http://cdiqlife.com/wp-content/uploads/2011/03/birdsprite.png

 Dan lagi comel kalau dia berada di dalam belog. Rasa nak picit-picit saja burung twitter itu..
Dan kerana itu aku nak ajar korang meletakkan burung twitter chomel ini di dalam belog.
Kalau korang nak tengok demo sila la menekan tangan di SINI 

Langkah-langkah :

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script

<script type="text/javascript" src="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/tripleflap.js"></script>
<script type="text/javascript">
var birdSprite="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png";
var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span");
var twitterAccount = "http://twitter.com/fara_idola";var tweetThisText = "Twitter - techGyo http://www.techgyo.com/";tripleflapInit();
   </script>
<a id="theBird" href="http://twitter.com/fara_idola" target="_blank" style="display: block; position: absolute; width: 64px; height: 64px; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; z-index: 947; left: 0px; top: 587px; background-position: 0px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>
<a id="theBirdLtweet" href="http://twitter.com/home?status=Twitter%20-%20techgyo%20http%3A//www.techgyo.com/" target="_blank" title="tweet this" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 30px; z-index: 951; left: 49px; top: 583px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>
<a id="theBirdLfollow" href="http://twitter.com/fara_idola" target="_blank" title="follow me" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 20px; z-index: 952; left: 54px; top: 613px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px -30px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>
3. Sebelum korang SAVE perlu diingatkan korang perlu mengubah perkataan yang di merah dan tukarkan kepada username twitter korang... ( ada tiga perkataan ( fara_idola ) yang perlu korang ganti ke username korang )

4. Lepas itu bolehlah SAVE dan tengoklah burung twitter terbang gembira di blog korang.

5. Tak faham jangan malu-malu arnab untuk bertanya kalau tak korang sesat dalam hutan.


p/s : Jangan malas nak LIKE kalau suka...

Sunday, April 17, 2011

Bersalin kulit selepas bersembunyi di dalam gua..

http://2.bp.blogspot.com/-_LBGlXplhSY/Tar5I97GOpI/AAAAAAAABAc/T1AlsANtpEU/s1600/header%2Bternew.png
Header Terbaru


Assalamualaikum..
Apa Khabar?
Korang tengoklah perubahan blog aku...sudah bersalin kulit..wahwahwah macam ular la pula..
Sebenarnya dah lama nak design yang baru sebab aku ni memang inginkan perubahan je...tapi tak ada masa busy dengan kerja then hujung minggu ni aku luangkan banyak masa depan laptop..dari tengah hari asyik godek-godek dan main code html..pening tapi alhamdulilah menjadi.. AKu ubah dalam 70% je..yang lain next time kalau rajin..

Theme still PINK sebab itu warna yang paling aku suka tapi aku buat pembaharuan aku mixkan dengan HIJAU..sebab PINK dengan HIJAU sangat secocok..macam couple sehati sejiwa hahaha..

Peranan warna amat penting untuk menampakkan ia lebih ceria..
Semoga korang berasa lebih ceria dan gembira bila melangkah masuk ke belog ini..

p/s : Esok kerja..cepat je rasa cuti :(.. Penat mata dan penat otak mendesign blog..

Saturday, April 16, 2011

CABUTAN BERTUAH DARI SAY.MY ..KALAU BERTUAH DAPAT I PHONE, MAC BOOK DAN BANYAK LAGI..JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!


=======@@ ENTRY MELEKAT, SILA KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU @@======

http://3.bp.blogspot.com/-5nkK9UvhFjs/TaZ5sp88YfI/AAAAAAAAE0Q/v3sVgkeYtXw/s400/says.jpg



Assalamualikum dan selamat hari Jumaat. Sempena hari Jumaat yang berbahagia ni aku nak share berita baik untuk korang!
Korang nak tak hadiah menarik seperti I phone, notebook, kamera, ipad dan banyak lagi hadiah yang menarik dan tertarik memang daboomm..
Siapa nak bagi oii hadiah mahal  macam tu..benda yang murah pun orang berkira nak bagi ini kan pula yang mahal-mahal deboomm macam itu...
Syaratnya sangat mudah korang kena ada twitter dan facebook je.. Kalau korang tak ada akaun tu korang daftarlah cepat-cepat..
Korang boleh pilih hadiah yang korang suka..aku memang dah pilih yang best-best seperti di bawah. Korang boleh pilih 10 hadiah..5 hadiah untuk Grand Prizes Wishlist



dan 5 hadiah untuk My Consolation Prizes Wishlist


Semuanya best-best..mana tahu korang berjaya mengondol semua hadiah tersebut.. Tuah ayam nampak di kaki dan tuah manusia siapa yang tahu kan...
Mana tahu rezeki korang ada di antara salah satu hadiah yang ditawarkan :)
Kalau nak hadiah jom ke SINI
Itu hadiah pilihan aku..so korang boleh pilih hadiah korang nanti..
INGAT KALAU NAK MENANG JANGAN MALU-MALU PERGI DAFTAR DI SINI 
Chayokk!!

Thursday, April 14, 2011

Kalau Korang nak add aku kat Facebook addlah tapi...

http://www.socialmediaguy.com/wp-content/uploads/2009/12/unfriend-300x300.jpg

Assalamualaikum..
Rasa sedih..
Malu..
Menyesal.. dan semuanya menjadi satu :(
Mungkin aku terlalu tak kisah..aku add dia di Facebook sebab aku kenal dia..
Niat aku cuma nak as friend je..
Tak ada niat apa-apa pun tapi........
Dia dah accept aku as friend kat Facebook dan selepas beberapa minit..dia unfriend aku..
Thank ye..
Tapi aku nak bagitahu satu benda je..
Add as friend kat facebook bukan bermakna aku suka..bukan bermakna fall in love..jangan nak perasan k..
Lepas ni kalau korang nak add aku silakan..insyallah aku accept tapi kalau nak aku yang add maybe kalau betul-betul rapat sahaja aku add..

Aku add sebab aku minat kau? ok sorry naik lori ye..
Otak kalau "hulu" sangat memang susah...

p/s : Teringat masa sekolah dulu..aku tolong dia ikhlas tapi dia ingat aku suka kat dia..dia asyik senyum kerang je bila jumpa aku..blah la aku tolong sebab kau kawan aku bukan aku jatuh hati kat kau,,,
Wahai lelaki perasan tolong simbah asid kat muka masing-masing!

Ok bye..aku tahu kau tak suka relationship aku dalam facebook kan.. :)

Saturday, April 9, 2011

Dah Sebulan saya kerja

http://2.bp.blogspot.com/_cW7ee-0Admc/TLR2gTRmYUI/AAAAAAAABes/SFXHyrqrn58/s1600/uncategorized-work.jpg

Assalamualaikum..
Terasa rindu nak update blog comot dan berhabuk ni..
Jelez tengok orang lain update blog hari-hari.
Saya pun nak jugak!! tapi saya malas..ohh no aku tak malas cuma penat je nak update macam dulu-dulu.
Kepada adik-adik yang nak tutorial tu nanti bila kerajinan mengatasi segalanya akan diupdate tapi bila kemalasan mengatasi segalanya terbengkalailah blog ni.
Sebab blog ni jadi "rumah tinggal" sebab tuan punya blog ini sudah berkerjaya.
Dulu memanglah rajin mengadap laptop dan blogwalking tapi sekarang MAAP sesangat ye.
Aku kerja hari Isnin sampai hari Sabtu..8.30 pagi sampai 5.30 petang .. Walupun waktu bekerja office hour tapi badan dan otak aku memerlukan rehat untuk kekal pintar dan jelita muahaha..
Rasa macam tak bercaya pula dah sebulan aku kerja. Nasib baik aku tak buat hal..iaitu lari ..
Lari bukan bermaksud aku melarikan diri dengan jejaka Lombok untuk bernikah..bukan dan bukan sama sekali dan semoga dijauhkanlah.. Lari bermaksud meninggalkan pekerjaan itu kerana tekanan mental..hahaha..tapi kerja aku ni memang tak stess dan happy je. Aku bertindak sebagai Akauntan syarikat je. Cuma bermain dengan nombor je.. Aku memang suka matematik walaupun matematik aku cuma dapat B je dalam SPM..
Gaji pertama? Alhamdulilah dah dapat. Next gaji kenalah belanja seseorang sebab dah janji hahaha..
Aku fikir nak simpan ketat-ketat duit gaji aku sebab aku nak beli laptop baru untuk Masters nanti insyaallah. Simpan sikit dan yang selebihnya mintalah ayah support hehehe :)
Nak laptop warna PINK!!

http://allaboutnica.files.wordpress.com/2011/01/pink-apple-mac-laptops.gif

Nak laptop Apple tapi kena setahun kerja tanpa mengunakan gajilah hahaha...

http://www.laptopsarena.com/wp-content/uploads/2009/11/pink-laptop2.jpg
 Sony pun ok juga :)

http://pinklaptopscheap.com/images/dell-inspiron-pink-laptop.jpg

Dell aku tak suka brand dia tapi kalau ada orang sudi hadiahkan ON je :)


http://www.laptopsarena.com/wp-content/uploads/2011/01/acer-aspire-pink-laptop-computer-used.jpg

Acer? Laptop aku sekarang pun Acer..nak tukar angin tapi Acer is good la.

 Tak kisahlah apa..tapi nak PINK laptop cap ayam I tak mau ye..:))


ok baii..nak laptp 1000gb dia punya space ..ada ker? ofcourselah adakan..sebab nak letak gajah dalam laptop tu hahaha!!

Wednesday, April 6, 2011

Kalaulah Berlaku Gempa Bumi / Tsunami Besar di Malaysia?

Assalamualaikum dan selamat petang!
Sebagai tanggungjawab sosial aku sajikan informasi yang mungkin penting  di hari mendatang. Mungkin cara ini boleh meyelamatkan diri tapi perlu diingati bahawa kita merancang Allah yang menentukan. Mungkin sebagai ikhtiar untuk menyelamatkan diri dari gempa bumi tapi ajal dan maut semua di tangan Allah.
Mungkin kita terfikir di mana kita perlu menyelamatkan diri dari gempa bumi. Mungkin ini salah satu cara terbaik ...so layan...
Lupakan saja bersembunyi dibawah meja atau di pintu, mungkin ini pembuka mata yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

Pendapat seorang bernama Doug Copp dari artikel “Kehidupan dari Segitiga” Ketua Penyelamat dan Pengurus Bencana dari American Rescue Team International (ARTI) yang amat berpengalaman didunia. Infomasi dari artikel ini munglin boleh menyelamatkan nyawa.

Tip untuk keselamatan semasa gempabumi:

Tanpa mendengar dan membaca dengan hanya melihat pada gambar anda akan tahu bagaimana meyelamatkan diri apabila berlaku bencana.  Sumber : Emel ( Sumber sebenar tidak diketahui )



Tapi kalau ikut cara di atas ada logiknya juga tapi kalau tetiba je benda tu that mean runtuhan tu betul-betul landing atas kita...of courselah kena ucap syahadah je.. Apa-apa pun itu cuma teori/kajian sahaja. Semua terserah pada Allah.. Bermohon sahaja kita dijauhkan dari bencana..amin..


Monday, April 4, 2011

Cik Farah yang lebih muda dari usia!!

Assalamualaikum..aku tengah menyapu-yapu habuk di blog aku yang semakin berhabuk ni. Al maklumlah sudah bekerjaya sekarang ini nak update blog pun amat berkira kerana perlu mengambil rehat yang banyak untuk merehatkan diri..penatlah sangat!! padahal kerja duduk je..
Okeh aku nak kepo sikit..tak sangka pula aku ni muda dari usia..sungguh!! Sebenarnya benda ni memang dah lama aku sedari..muahahaha! Contohnya masa kenduri kat rumah aku..orang kampung still kata aku ni adik..wahhal..akulah kakak..adik aku yang beza umur 5 tahun dari aku pun still orang ingat aku adik.. dia kakak..dah aku rasa amat-amatlah muda ..hahaha..

OK aku sertakan bukti ni..adik ni (kawan facebook) pula ingat aku ni masih sekolah lagi..hahaha..

Ha nampak tu..aku tak tipu kan kan..
Macam budak tingkatan weh..mudanya I..

Aku redha semua itu ececece...rasa amat bertuah kerana wajahku muda remaja..nampaknya boleh berlakon macam budak sekolah lah ni...Tapi yang aku tak boleh lupa masa pergi picnic Kolam Air Panas Sungai Kelah..Masa tu aku pergi dengan sepupu aku..then jiran dia pun join sekali la..masa aku mandi manda..boleh pula anak jiran dia tanya aku darjah berapa?? memang aku terkejut masa tu..padahal aku first year kat USM masa tu..Aku bagi tahu aku dah habis sekolah dan bagitahu umur aku. Dia kata aku nampak muda dan macam budak sekolah lagi...haaa apa??Memang aku akui aku nampak tak matang kalau aku without make up terutama sekali kalau tak pakai eyeliner dan lipstick.


Aku yang sentiasa muda..nak rahsia? bagi pengkeras dulu?

biar muda dari usia..jangan tua sebelum usiakan...

Maybe gambar ini sebaya dengan usia aku...atau muda juga?


Ok sampai disini sahaja entry gedix yang tak berapa gedix...nak tidur ni..esok aku kena keja..nikmat tidur itu sangatlah penting untuk mengekalkan kemudaan aku..muahahaha..

baiiii....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.