Wednesday, August 31, 2011

Raya yang sangat sibuk.




Assalamualaikum..
Raya tahun ni seperti tahun yang lalu. Busy. Nak snap gambar pun tak berapa sempat.
So, ini entry cepat-cepat. Kalau aku rajin aku upload gambar. Malas nih..kena mencari usb bagai. Muaahaha..

Raya pertama, pagi-pagi balik kampung. Dah memang kebiasaan sebab kampung dekat. Mak dan ayah akan sembahyang raya di sana, ziarah kubur. Ziarah saudara-mara dan balik rumah.

Balik rumah, tak sempat 5 minit tetamu datang. Nasib baik aku ni orangnya pengemas dan rajin ( chewahh naik liff tekan sendiri, of courselahkan, tunggu korang tekankan tak naik-naiklah aku nih ). So kuih raya semua dah prepare malam raya lagi. Rumah dah totally kemas. Mak aii 6-7 keluarga sekali gus serang rumah aku. Dah memang tradisi, sebab ada saudara depan rumah aku nih..memang seluruh anak cucu dia datang ramai-ramai beraya. Tak cukup tangan aku ni. Tapi happy sebab ada tetamu datang.

Lepas mereka balik, belum sempat kemas pinggan mangkuk. Datang lagi satu keluarga. Memang ramai dalam lebih kurang 15 orang datang. Lagi tak memang tangan kena laju-laju..kemas semua pinggan mangkuk, cawan dan buat air. Korang bayangkan aku dengan mak aku sahaja prepare benda tu. Ayah aku layan tetamu.

Dah rehat-rahat, selang setengah jam kemudian. Semua mak-mak saudara, bapak-bapak sandara datang. Aku lega sebab mereka semua saudara aku. Tak ler kena prepare laju-laju hahaha.. BTW, tangan memang tak kering hehehe..

Malam pun ada tetamu datang. Rasa puas. Sebab masakan dan lemang hampir habis. Tidak membazir. Nih pun ada 2 batang lemang lagi. Tolonglah habiskan..

Raya kedua, pagi-pagi pergi Kota Baru, but not Kota Bharu Kelantan, ini Kota Bharu Perak, pergi ziarah saudara-mara belah ayah, melawat sekali kubur atuk belah ayah..Balik rumah kejap. Hari ini banyak menghabiskan masa beraya di rumah orang sampai ke petang..

Dan lepas mangrib, baru sempat update entry ni..muahaha.

Gambar? nantilah update kalau rajin. Gambar buat kek dan muffin pun still terperuk dalam hp aku nih.


Dan paling rungsing sekarang ni rasa berada di kawasan peperangan. Kiri kanan jiran aku ni terlebih happy kot. Sampai naik pekak telinga dengar mercun, meriam. Aku nih anti dengan mercun nih. Sebab aku rimas dan takuttt....rasa kecut perut woohh. Nak jer sound mereka ni. Kang biadap plak kan.. Tapi mereka yang tak menghormati jiran tetangga. Nak main mercun tu boleh, tapi jangan melampau-lampau. Tak kira pagi, malam, petang dan paling tak boleh blah bukak mata subuh-subuh pun main mercun jugak.

Kalau ikutkan nih, dalam undang-undang perbandaran ( bukak balik nota lama ), kita boleh buat report sebab menganggu gugat ketenteraman orang. Tapi rakyat Malaysia ni sporting. Kalau kau duduk luar negara, main mercun bagai orang gila..tak lama lepas itu, polis tangkap la korang. Padan muka!

Patutnya, bapak kena melarang anak-anak main mercun. Tapi aku tengok orang tua yang over plak. Beli mercun ibarat membakar duit. Kalau rasa banyak sangat tak sayang duit bakk bagi kat aku. Boleh jugak aku guna untuk sambung study aku. Kan fisabilillah tu, berjuang menuntut ilmu kerana Allah Taala.

Ok lah korang, malas nak melalut panjang-panjang. Kang aku buat thesis plak hahaha. Yang penting, jangan main mercun. Sayangilah jari dan diri anda. Ingatlah orang yang tersayang. Dan pandu cermat insyaallah selamat.


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
★ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ★
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
p/s : Tetamu ni, membawa rahmat. Layanlah mereka sebaik mungkin walaupun kita penat :) 
nahh kad hari raya tuk korang versi flash! Ambik nih Kad Raya
 

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya.

*pixca from i luv Islam.com
Assalamualaikum semua.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AIdilfitri kepada semua pembaca blog Cik Nurfarah.

Maaf dipohon dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya ada terkasar bahasa, tersentap kata dan segala-galanya yang pernah menguriskan hati kalian antara sengaja dan tidak sengaja.

Semoga Syawal ini memberi keberkatan kepada kalian semua dan boleh berjumpa Ramadhan dan Syawal seterusnya..aminnn..



p/s : Kek dah siap, muffin coklat chip pun done! sedap muffin tu rasa macam chip more versi muffin..



Tutorial 115 : Mencantikkan Scroll Bar Blog.

Assalamualaikum, alhamdulilah dah sembuh dari demam. Moga sembuh sepenuhnya. Misi hari ini nak buat cake! yeaahaaa..So lepas subuh malas nak tidur..hahaha sebab semalam lepas telan panadol. Terus pengsan tak sedar diri muahaha..

Kerana subuh ni ada mood nak tulis tutorial. So tulislah untuk korang. Ngah freekan..

Nak ajarkan korang untuk cantikkan scroll bar blog korang yang nampak biasa-biasa je tu.
Macam blog aku ni :



Tapi tutorial ini hanya sesuai dengan penggunaan GOOGLE CROME sahaja, kalau guna Mozilla korang takkan nampak effectnya. So kalau nak lihat hasilnya. Sila download dan install GOOGLE CROME anda.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!



]]></b:skin>


3. Copy code di bawah dan paste sebelum/di atas code yang dicari tadi.



::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #FF1493;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #BA55D3;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

4. Sekarang korang boleh tukar :
Warna background scroll bar : #FF1493 
Warna scroll bar : #BA55D3
More colour? Click here


5. Preview, kalau dah puas hati dan menjadi silalah tekan SAVE!


P/s : KOmen-komenlah yer lepas mencuba!





Tutorial 114 : Scroll Bar di Komen.

Assalamualaikum..
Tutorial laju-laju sebelum subuh.
Nak ajar buat scroll bar di bahagian komen untuk kemaskan lagi blog korang.
Contohnya macam blog aku :


Cara-cara nak buat sangat senang lenang.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!


/* Comments


korang akan jumpa code macam ni :



/* Comments
----------------------------------------------- */

#comments h4 {
margin:1em 0;
font-weight: bold;
line-height: 1.4em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
color: #ffffff;
}

kalau code berwarna hijau kat bawahnya berbeza seperti di atas , pastikan korang paste code baru selepas/di bawah tanda ini }
Copy dan pastekan code ini :



#comments {
height:400px;
overflow:auto;
}


seperti gambar ini.

Click untuk besarkan gambar. Faham?


3. Preview, kalau tak error save jer..buka entry korang yang banyak komen dan lihatlah hasilnya.
Selamat mencuba.. Baii ..esok raya! yeahahh..




Sunday, August 28, 2011

Demam

Badan rasa tak bermaya..
Mesti effect semalam pulun kemas rumah nih..yela dari  buang sawang, kemas kedudukan almari, sapu sampah, mop lantai, pastu angkat berat-berat..aduhh hari ini terkena effectnya. Yela, kalau hari biasa boleh minum. Nih dah la badan rasa loglai..terhidrat plak ni..Kejutan kot sebab selalunya tak buat kerja berat tapi kali nih terlebih berat.

Dah la terpaksa tangguh buat kek. Macam manalah nak buat kalau badan seram sejuk jer.. Serius rasa tak bermaya. Tapi sempat lagi update blog sambil meniarap. Memang blogger sejati kan..

Tadi cik ehem-ehem tepon, dia suruh berbuka sebab dengar suara aku yang macam orang sakit bebeno. Malas lah nak berbuka-buka lagi pun dah petang. Rasa still boleh tahan lagi.

Sedihlah macam nih, hope dapat sembuh cepat. Banyak benda kena prepare nih. Aku nih jarang demam, kalau demam..mak aii rasa semacam je.. Aduhh..


SYAFAKILAH! cik Nurfarah. Chayokkk!
*Semoga Allah sembuhkan kamu Farah.


 "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


@sumber image : I Luv Islam.com

Saturday, August 27, 2011

Tutorial 113 : Add a Gadget atas Header.

Assalamualaikum semua,

Lagi tutorial untuk korang semua!..

Sebelum ini ada tutorial letak iklan atas header. Tapi kali ini nak ajar korang Add a Gadget atas header. Fungsi? untuk korang letak iklan, status twitter dan macam-macam lagi.

Masih tak faham dengan apa yang aku perkatakan ? Tengok gambar di bawah.

Sebelum letak Add a Gadget :


Selepas letak Add a Gadget :


Nak buat? Jom ikuti cara-cara ini,

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!

]]></b:skin>
3. Dah jumpa? sila copy code di bawah dan paste di atas code yang di cari tadi.

#gadget_header{
margin:10px 0;
padding:1%;
width:100%;}

4. Lepas itu, cari lagi code ini pula,

<div id='header-wrapper'>
Kalau tak jumpa code itu, cari ini pulak:

<div id='header'>


5. Sila copy code di bawah dan paste di atas code yang di cari tadi.

 <div id="gadget_header">
<b:section class='header' id='gadgetheader' preferred='yes'/>
</div>
 6. Preview, kalau tak error. Bolehlah SAVE.

Lepas itu, korang buka dashboard > Design > Page Elements korang akan lihat jadi macam ni ye..

Add a Gadget di atas header.

baii semua!

 @ banyak tutorialkan, tengah rajin ni !

Tutorial 112 : Hilangkan Border Gambar.

Assalamualaikum w.b .t tak jawab berdosa!

Malam yang syahdu ni nak share to caring about how to remove border image in blog.
Ada banyak cara nak ajar, sebenarnya bukan cara tapi cara berbeza dengan template yang berbeza. Kalau korang semua pakai layout ( minima, denim ) senang sikit aku ajar tapi lain orang, lain selerakan..

Kalau korang upload gambar dan tiba-tiba ada border yang tak di undang muncul, rasa tak best dan  tak cun kan walaupun hakikatnya korang memang cun macam gambar nih kihkihkih..


tiba-tiba ada border yang tak di undang, kan best kalau tak ada border macam nih..

jangan tenung lama-lama kang jatuh jantung kang..
1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets

2. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!

.post img {
tukar border px dia kepada 0px. Contoh, #ingat! tukar border px sahaja!

.post img {
padding:0px;
border:0px solid #ffffff;
}


 
masih tak jumpa, cari code ini,

.post img, table.tr-caption-container {

korang akan jumpa macam ni :

.post img, table.tr-caption-container {
  padding:4px;
  border:1px solid $bordercolor;
tukar 1px kepada 0px macam ni :

.post img, table.tr-caption-container {
  padding:4px;
  border:0px solid $bordercolor;



 masih lagi tak jumpa code di atas, sebab pakai template designer, try it. Cari code ini :

 .post-body img, .post-body .tr-caption-container,
di bawah code tersebut korang jumpa code ini :

.BlogList .item-thumbnail img {
padding: $(image.border.small.size);
background: $(image.background.color);
border: 1px solid $(image.border.color);
-moz-box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
-webkit-box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
}

tukar warna biru kepada 0px, seperti ini :

.BlogList .item-thumbnail img {
padding: $(image.border.small.size);
background: $(image.background.color);
border: 0px solid $(image.border.color);
-moz-box-shadow: 0px 0px 0px rgba(0, 0, 0, .0);
-webkit-box-shadow: 0px 0px 0px rgba(0, 0, 0, .0);
box-shadow: 0px 0px 0px rgba(0, 0, 0, .0);
}





Kalau masih tak jumpa jugak code tersebut, itu memang degil tahap maksimalah

cari, (code lebih kurang)

.post img,
kalau berdekatan code tersebut ada tulis border px, korang tukar kepada 0px je. Ingat! kalau ada perkataan dekat border px sahaja, jangan gatal tukar yang lain, kang cacat template pulak.


3. Lepas dah tukar, korang preview, kalau dah OK silalah SAVE.


ok baii..

@kalau masih tak jadi, nanti aku try cara lain, penat main coding ni .. kau mampu buat macam ni? ada aku kesah hahaha ( jangan marah )

Tutorial 111 : Floating Music Box

Assalamualaikum semua.

Kotak music korang terapung disisi blog!


Tutorial lagi. Bosankan? ok tengah rajin ni. Banyak permintaan. Tengah free aku layan permintaan korang. Tengah busy i'm sorry yer..

Hari tu, aku ajar korang macam mana nak letak lagu dalam blog. Sekarang versi sama juga tapi kotak music korang terapung.

Kenapa wujudnya tutorial ni?
Sebab untuk memudahkan reader korang PAUSE lagu korang sekiranya lagu itu amat menganggu mereka. Kalau letak macam biasa ( di sidebar ) mungkin reader korang tercari-cari kotak music korang..lepas itu mesti rasa bengang kalau tak jumpa, so lastly tekan X je la. haaa...padan muka. muahaha..

Malas nak melalut lebih-lebih, ikuti tutorial ringkas ni.

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy dan pastekan code di bawah ke dalam Html/JavaScript.

<div style="POSITION: fixed; bottom: 2px; right:6px;"><div style="MARGIN-RIGHT: .1em; MARGIN-RIGHT: .1em" class="linkopacity" href="#" rel="nofollow" target="_blank" imageanchor="1"><span style="background-color:#BFA4A4;  padding: 13px 9px; border: 2pxsolid #000000;solid;color:#000000;" >CODE MUSIC ANDA</span></div></div>

3. Sila ubah suai/replace perkara berikut :

right - kedudukan kotak music - left, right, center
solid - border - dotted, dashed
#000000 - warna border, #BFA4A4 - Pilih warna clik SINI to code colour.
CODE MUSIC ANDA - letakkan code music korang. Ambik code SINI untuk letak.

4. SAVE dan menarilah sepuasnya! ok baiii!.. 




 

Tutorial 110 : Centerkan Tajuk Entry dan SIdebar.

Assalamualaikum..
Ok, oleh kerana tutorial ini permintaan ramai, maka terciptalah tutorial yang ke 110. Penat wehh sebab aku nih baru lepas mengemas rumah bagai. Waduh-waduh rasa nak tercabut tulang belakang. Tapi esok dah boleh start buat cake!

Macam mana nak centerkan tajuk entry dan tajuk sidebar macam blog aku ni?

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!

Untuk tajuk entry

 .post h3 {
 kalau tak jumpa code di atas, cari ini :

h3.post-title {
masih tak jumpa cari ini :

.post-title {
masih tak jumpa, tak jadi?

h3.post-title, .comments h4 {

 Tak jumpa jugak aku tak tahu, penat aku testing kat semua template ni. So kalau ada code post dan dekat situ ada ada code title-post jugak ( lebih kurang ), korang copy dan paste je code ini di bawah code yang dicari tadi.

text-align: center;
Preview, kalau menjadi SAVE jer..

Untuk Tajuk Sidebar

1. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!

 h2 {
 masih tak jumpa? atau dah jumpa tapi tak menjadi. Cari ini :

 .sidebar h2 {

 kalau tak jumpa juga, carilah code yang seakan-akan h2 {
Copy code di bawah dan paste di bawah code yang dicari tadi.


text-align:center;
2. Preview, kalau menjadi SAVE jer..

# Penat wei kena testing-testing bermacam-macam template sebab nak buat tutorial ni. Aku tak berapa suka just search kat google.. ambil tutorial orang dan paste je. Better buat sendiri. Try sendiri baru boleh tulis tutorial.. ini baru betul buat tutorialkan :)

P/s : Nak ambik tutorial ni silakan tapi credit for Cik Nurfarah. Ada faham?



Friday, August 26, 2011

Budak yang kuat mamam.

Kuatnya dia mamam..sesuai tengok di waktu lapar. *auum auumm

sumber : tumblr

Tutorial 109 : Border di Post Body.

Assalamualaikum..

This is hot tutorial entry!
Permintaan ramai ni..
Baru sekarang aku gagahi untuk buatkan.
Sebenarnya malas nak buat nih hehehe. Korang pun tak kisahkan?

Terlebih dahulu korang download full template ye. Nanti rosak binasa pula kalau tak jadi.

#untuk makluman tutorial ini sesuai untuk classic template dan hanya sesetengah template designer je yang boleh guna. Kalau tak jadi jangan garu kepala ye. hehehe.
Ikuti step by step untuk berjaya membuat tutorial ini.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah, Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!

/* Posts

korang akan jumpa code macam ni selepas cari:






3. Di bawah code tadi, korang akan jumpa code seperti ini ( lain template, lain code ) korang padam code je yang aku merahkan.. Padam sampai had .post blockquote {
.post blockquote { tu jangan gatal tangan usik apa-apa ye *amaran ni!
kalau coding korang tak sama macam code .post blockquote { ni, korang padamkan sebelum sampai perkataan blockquote sahaja. *asalkan ada perkataan blockquote pun tak apa




/* Posts
----------------------------------------------- */
.date-header {
  margin: 1.5em 0 0;
  font-weight: normal;
  color: $dateHeaderColor;
  font-size: 100%;
}
.post {
  margin: 0 0 1.5em;
  padding-bottom: 1.5em;
}
.post-title {
  margin: 0;
  padding: 0;
  font-size: 125%;
  font-weight: bold;
  line-height: 1.1em;
}
.post-title a, .post-title a:visited, .post-title strong {
  text-decoration: none;
  color: $textColor;
  font-weight: bold;
}
.post div {
  margin: 0 0 .75em;
  line-height: 1.3em;
}

.post-footer {
  margin: -.25em 0 0;
  color: $textColor;
  font-size: 87%;
}

.post-footer .span {
  margin-$endSide: .3em;
}
.post img, table.tr-caption-container {
  padding: 4px;
  border: 1px solid $borderColor;
}
.tr-caption-container img {
  border: none;
  padding: 0;
}
.post blockquote {
  margin: 1em 20px;
}
.post blockquote p {
  margin: .75em 0;
}



4. Gantikan tulisan yang merah tu dengan code ini, bawah code

/* Posts
----------------------------------------------- */


.date-header {
margin: 1.5em 0 .5em;
text-align: right;
background: white;
color: #000000;
line-height: 1.0em;
font-size: 16px;
font-family: verdana;
}
.post {
margin: .4em 0 2.5em;
padding-bottom: 1.5em;
border: solid #000000 3px;
background: #ffffff;
}
.post-title {
margin-bottom: 1px;
margin-top: 4px;
font-size: 18px;
font-weight: 500;
font-family: times new roman;
line-height: 1.3em;
text-align: left;
color: #000000;
background :#FC5DB4;
padding: 0 3px 3px;
}
.post-body {
margin: 0 0 .75em;
line-height: 1.6em;
padding-left: 5px;
padding-right: 4px;
}
.post-title a, .post-title a:visited, .post-title strong {
text-decoration: none;
color: #000000;
font-weight: bold;
}
.post-footer {
margin: -.25em 0 0;
color: #000000;
background :#FC5DB4;
font-size: 100%;
}
5. Sekarang korang kena tukar :



kedudukan tulisan - right, left, center
jenis font - ikut suka koranglah.
font-size - saiz font
#FC5DB4 - warna background post title dan footer, cari SINI
#000000 - warna tulisan  SINI
#ffffff - warna body entry background. SINI
border: solid #000000 3px; - solid boleh tukar kepada dotted, dashed, double. 3px - lebar, #000000 warna border.




6. Kalau korang bosan dengan bentuk petak, nak betuk lain-lain? sila letak code ini di bawah code


border: solid #000000 3px;

7. Preview, kalau menjadi sila SAVE je.


P/s : Apa lagi? tekan lah nuffnang aku beramai-ramai..! LIKE sekali!






Haram bekal, jual bebola agar-agar

 

Aku suka gila beli benda ni dulu-dulu. Habis pasu kaca aku isi benda ni.. Letak kat ruang tamu. Lepas tu letak pokok yang dalam air tu. Cantik. Tapi dah diharamkan penjualannya. Adakah ada lemak babi? oh tidak!
Budak anggap sebagai makanan

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
Sumber : Berita Harian
# Aku rasa benda ni tak bahaya sangat cuma kalau korang ada anak kecil tak usahlah letak benda ni. Kang ingat jelly plak. Kadang-kadang orang yang tak pernah jumpa pun mungkin akan makan jugak kot muahaha..
Lebih baik tanam bunga dalam pasu je.




P/s : Kan lebih elok HARAMkan penjualan rokok. Itu lebih berbahaya kepada masyarakat.



Tutorial 108 : Welcome Note Perkenalan.

Assalamualaikum selamat berpuasa! minggu depan dah raya..yehaaaa!
Kali ini nak ajar buat welcome note untuk berkenalan dengan reader. Maksudnya nak say hai la pada reader yang terjah blog kita kan..

Tutorial ini lebih kurang sama dengan tutorial berikut :

Welcome Note
Good Bye Note


Kalau korang dah sedia ada buat tutorial Welcome Note, better padam kalau nak buat yang ni.. Kot jadi sewel plak blog korang tapi trylah dulu. Aku malas nak buat experiment ni..ponatt deng!

Nak try ke? Jangan try copy cat sudah!

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script


<script type='text/javascript'>
var name = prompt("Selamat Datang! Siapa nama anda?", "Nama Anda ");
alert("Salam Perkenalan "+name)
alert("Jangan Lupa tinggalkan Komen")
alert("Jangan Copy Cat!!")
</script>


3. Tukarkan semua ucapan yang bewarna merah dengan ucapan korang.
#Nama Anda jawapan kotak jawapan seperti gambar di atas.


Kalau nak tambah ucapan, cuma tambah code :


alert("ucapan")


sebelum code </script>


4. Save dan berkenalanlah dengan reader korang! k baiii..


Wednesday, August 24, 2011

Setelah bertahun tak buka Tagged.

Assalamualaikum..

Korang ada tak akaun tagged? Aku ada..dah lama giler create. Sebab tagged dulu popular macam friendster. Friendster sekarang dah macam giler je sebab aku tengok dah berubah 100%. Macam lebih kepada games online. Gambar-gambar dulu pun dah hilang entah ke mana.

Berbalik kepada Tagged. Tiba-tiba rasa nak sign in sebab dah lama sangat tak jenguk. Dan of course hampir 90% kawan-kawan tak aktif. Al maklumlah dah ada FB.. Tagged ni aku create that mean bertahun yang lepas sebab ramai yang join dan boleh find kawan-kawan cuma yang aku tak berapa suka sebab dia terlalu bebas. Banyak yang gatal giler orang dalam tu. Macam gile seks je. Sampaikan ada orang kacau aku bagi emel yang bukan-bukan. Makin aku maki makin melampau so aku diam buat tak peduli. Dia pun diam...dia macam nak cari perempuan simpanan je..boleh plak kata dia engineer dan kontraktor yang ada banyak aset di Malaysia, konon jutawan la... fu#k la kau..kau salah orang nak umpanla.

Benda tu semua terpulang pada kita jugaklah. Kalau melayan memang dapat buruklah so ignore je orang tak bertamadun macam tu. Bila dia dah bosan sebab tak ada respon dia sendiri akan berhenti!

Stop untuk cerita lelaki gatal..miang..mereyam tu..


Bila bukak balik tagged tu rasa macam sedih je sebab tengok gambar-gambar zaman belajar di USM dulu. Rindu kat kawan-kawan la..serius rindu student life. Dan dapat balik gambar-gambar lama aku yang tak dapat diselamatkan dalam lappy semasa format dulu. So download je lah..


Ni tagged aku yang ala-ala kanak-kanak tu :



Background dia rainbow gila..sampai mata pun sakit hahahaha..



Suka dan sayang kat gambar ni. Tahun kedua at USM.



Mengedix pi shopping at Bukit Jambul Mall.



Balik dari kuliah dengan my BFF aka ex-roomate yang dikasihi!



Muka sememeh baru balik kuliah..on d way ke my kolej, Desasiswa Fajar Harapan.


Banyak juga gambar yang aku dapatkan semula kat Tagged. Nasib baik masih ada lagi. Tapi nak aktif tagged?..oh TIDAK!

p/s : Lepas raya back to student life. Doakan Cik Nurfarah dapat jadi best student dan dapat full tajaan untuk continue PHD pula :) amin..



Buat Kek je tahun ni.

Assalamualaikum semua!

Tadi shopping barang dapur untuk raya. Shopping barang-barang kering jer. Termasuk biskut raya. Malas nak menempek buat biskut.. sorang-sorang plak tu membuatnya. hahaha.. kalau nak buat, kena buat waktu siang..malam dah malas sebab perut pun dah kenyang haha. Jadi seperti hari raya yang lepas-lepas ( ala bulan tak raya pun sama ) aku buat kek dan muffin sahaja.. Mak saudara aku pun dah booking suruh aku buatkan kek untuk mereka. Sedap kot kek yang aku buat tu hahaha..

Dah lama juga ketuhar ni tak bekerja. Dulu selalu buat kek. Al maklumlah baru beli ketuhar. Tiap kali balik kolej mesti buat kek untuk kawan-kawan. Sampaikan buat pizza sekali. Bukan pizza segera yer tapi piza buatan sendiri. Tapi serius la, buat pizza lagi rumit berbanding buat kek sebab pizza ni kena tunggu tepung naik, kena perap, kena buat sos, kena gentel, topping dan banyak kerja hooii..tapi bila makan sangat la sedap ( naik lif kena tekan sendiri yek ) sampaikan adik saudara aku kata boleh bukak kedai pizza sendiri hahaha.. Tak kuasa aku sebab it just suka-suka..jangan sebut pasal pizza lama-lama..perut aku nih macam dah nak menjerit :)

@sumber google

cutenya cake ni !

teringin nak buat cup cake yang comel-comel..tapi macam ne???tulun ajar.. :)

Aku akan start buat kek Sabtu ni.. oh yes!




Tuesday, August 23, 2011

Stop to Copy Cat Sayang!




Assalamualaikum korang.

Masa aku check nuffnang aku, aku check sekali rujukan pautan dan aku serbula blog-blog yang ada link aku.

Tup tup tup terjumpa la blog ni. Serius! 100% tutorial yang aku tulis dengan penat lelah nihh telah di copy cat 100% oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Daripada tutorial pertama sampai 100+ telah di salin bulat-bulat dan no credit for me!...nasib baik gambar sebagai bukti kerana aku letak water mark.

Aku izinkan korang nak copy all tutorial tapi sila give credit for me sebagai tanda penat lelah aku buat tutorial, print screen dan bagi penjelasan untuk korang semua faham. Tapi dia mengaku seolah-olah diri sendiri yang create. Kalau memang korang nak buat tutorial untuk put in their blog silalah buat tutorial dengan cara sendiri. That mean, ayat sendiri, gambar sendiri dan gaya sendiri bukan ambil hak orang lain tapi mengaku diri sendiri yang punya!

Aku malas nak letak link blog dia disini walaupun memang nak sangat letak. Biar korang serbu blog dia. Tengok sendiri! tapi aku malas nak buat kecoh sebab dia tu pun baru belasan tahun..sekolah lagi..not matured. Tapi kat FB dah terletak sorry yer.. ( tu pun private FB aku )

Kepada adik yang copy cat tu, akak tak marah yer..cuma put for credit for me yerr..

k baii..

# Siapakah yang hari-hari stalking blog aku untuk COPY CAT itu? jangan ingat aku tak tahu yerr..anda diperhatikan dari jauh.




Tips elakkan kecurian, dirompak dan dirogol di rumah.




 Assalamualaikum..

Aku terbaca tips ini. So share is caring!

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

# Semoga kita selamat dari bala bencana ..amin :)

Tutorial 106 : Drop-Down Menu.

Assalamualaikum..

Rasa sangat semak dan berterabur blog?
Rimas tengok blog orang lain kemas tapi blog korang banyak semak samun.
Jom kemaskan blog korang dengan membuat Drop-down menu. Korang jangan terkeliru kerana dia bukan drop-down tab menu tapi drop-down menu. Perlu tahu ye..

 Tengok contoh di bawah.



Okey, jom try this tutorial :

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script



<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">
<option selected>Tajuk</option>
<option value="Link 1">Tajuk Link 1</option>
<option value="Link 2">Tajuk Link 2</option>
<option value="Link 3">Tajuk Link 3</option>
</select>

3. Tukar :
Tajuk - untuk tajuk dalam drop menu
Link - alamat link/url korang
Tajuk link - tajuk link korang

4. Kalau nak tambah lagidrop-down menu korang cuma tambah code

<option value="Link">Tajuk Link</option>

sebelum code    </select>



5. Save jer bila dah siap.

bai..



Tutorial 105 : Button Show-Hide

Assalamualaikum dan selamat berpuasa..
Bersua kita di slot tutorial.
Kali ini nak ajar korang macam mana nak buat button show hide macam nih..


Korang nak tengok kucing comel aku?






http://2.bp.blogspot.com/-Li-_BloknfE/TlNH0R8UctI/AAAAAAAABtM/HHmls-Zcnfo/s1600/Image0191.jpg
Nama dia Manja..nih gambar dia masih kecikk..sekarang dah beranak 3 dah..


Nak buat? senang jer..
Widget ni korang boleh letak kat entry, sidebar atau kat mana-mana korang nak letak.

Copy dan paste dimana-mana anda suka:

<div><div style="margin: 5px;">
<div style="margin-bottom: 2px;" class="bigfont"><input style="margin: 0px; padding: 0px; width: 95px; " value="CLICK HERE" onclick="if (this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')[1].getElementsByTagName('div')[0].style.display != '') { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')[1].getElementsByTagName('div')[0].style.display = ''; this.innerText = ''; this.value = 'Tutup'; } else { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')[1].getElementsByTagName('div')[0].style.display = 'none'; this.innerText = ''; this.value = 'CLICK HERE'; }" type="button"/>
</div>
<div style="border: 0px inset ; margin: 0px; padding: 6px;" class="alt2">
<div style="display: none;">

Masukkan Code JavaScript/Gambar/Text Di sini

</div></div></div></div>

# Cari code ini, untuk tukar kepada ayat korang. maaf tak highlight sebab taknak ubah fungsi dia.

CLICK HERE - perkataan dalam button show-hide *pastikan dua-dua sama
Masukkan Code JavaScript/Gambar/Text Di sini


done! Save dan lihat hasilnya.

baiii!

Perkara yang aku benci semasa di pasar.



Assalamualaikum..

Korang tahu tak pasar sari, pasar tani, pasar malam, pasar minggu dan termasuk bazar Ramadhan semua itu diketegorikan sebagai PASAR! bila penjaja-penjaja berkumpul dan berjual beli pun orang akan panggil Pasar!

Pergi pasar ni memang best, ada sesetengah orang jugak akan rasa lemas dan rimas kerana ditengelami manusia. Kehebatan pasar ialah kita dapat membeli dengan harga yang murah dan boleh tawar menawar. Dan..paling best banyak pilihan!

Tapi aku tak suka kalau berada di pasar sebab :

Pi gosip kedai kopi ye bang..


1. Bersembang tengah jalan.

Aku bukanlah anti sosial tapi aku rasa sangat tidak syok kalau ada makcik-makcik atau akak-akak yang berkumpul tengah jalan ( kawasan pasar ) bersembang. Sangat menganggu perjalanan yer.. Nak sembang, nak bergosip, pergi ajak ke rumah minum-minum tea, makan-makan kuih barulah masyukk nih sembang dan menghalang orang lain lalu lalang. Kasi traffic jem jer.. Kalau kejap tak per nih lama bebeno..ketepi sikit kak..boleh?

Susah wei kalau bawa budak degil macam nih!


2. Bawa anak tak reti nak jaga.

Anak kalau ada 10 orang, 20 orang yang di angkut bawa ke pasar. Berlari sana sini. Maknya sibuk memilih barang, anaknya macam anak terbiar je, memekik memekak..macam kat baby sister jer... Amat menganggu yer. Nak bawa anak silalah jaga dengan baik. Jangan sampai orang lain pun kena langgar dengan anak kau yang macam cacing kepanasan tu. Pastu main sepak-sepak orang tua. Nasib tak sepak aku, kalau tak aku bagi penampar jepon kang ( garang gile muahahaha ). Kang anak hilang kang menangis air mata darah pun belum tentu dapat jumpa. Better tak payah bawa la budak-budak kecik kalau kita tak boleh nak control mereka. Orang lain tengok rasa panas je. Bikin ribut je wehh..

Kan elok berbaris macam ni beli makanan baru moral masyarakat Malaysia tinggi.

3. Potong giliran.

Adalah some day ni. Mak aku nak beli roti jala..lama hoi minta kat penjaja tu..dia tak layan-layan..sudahnya kami blah je. Aku sampai 3x tanya kat orang tu. Asyik cakap "kejap"..tapi layan orang yang lain yang datang lewat dari aku. So, aku blah je la..mak aku kata "depa tu tak nak berniaga kot" ..padan muka kau..hilang pelanggan. Lepas tu peragai segelintir masyarakat yang kurang moralnya. Masa nak bayar, dah tahu orang lain tunggu giliran yang kau mencedokk terus suruh cepatkan barang kau untuk bayar apahal? dah tahu orang lain lama tunggu ..sabarlah kak oii..bermoral sikit boleh? nak aku lecture kau? kot malu nanti...aku memang suka laserkan orang tak bermoral macam nih!




4. Berhimpit-himpit

Kadang-kadang suasana di pasar sangat berhimpit-himpit tapi tak ler seteruk gambar di atas. Kalau macam tu lebih baik aku shopping online je. Aku tak suka giler suasana yang terlalu sesak macam tu. Memang potong mood aku. Tambah-tambah kalau ada yang suka tolak-tolak orang. Kang kot makan penampar free. Macam tadi, ayah aku cerita..ada mak cik tua tu terjatuh sebab sesak sangat..


setakat ini je lah..malas nak bebel lagi..kang ter carut kang berdosa plak kan..

so berhati-hati di pasar..bukan sahaja sesak dengan pembeli tapi penyeluk saku dan perompak pun ada..macam-macam ada!

k baiii!

Monday, August 22, 2011

Tutorial 104 : Cara Guna Ctrl F



Assalamualaikum korang!

Simple tutorial for new blogger.
Ada yang tanya apakah bendanya Ctrl F.

Ok, aku explain sikit, benda ni fungsi untuk find something just like coding, perkataan atau ayat.

 1. Mula-mula korang kena tekan Ctrl dan selepas itu tekan F tapi jangan lepaskan.

 2. Bila dah keluar kotak find lepaskanlah..


3. Bila dah keluar  Find seperti di atas, masukkan perkataan yang nak di cari ke dalam kotak dan tekan Enter.

4. Kalau perkataan yang korang cari sama seperti yang korang taip, dia akan keluar ( dihighlightkan perkataan itu ) tapi kalau tak sama dia tak keluar macam ni :


*Phrase not found


Senangkan.. Benda ni bukan sahaja boleh digunakan untuk cari coding tutorial yang aku sediakan tapi untuk korang buat kerja pun senang. Tak payah cari satu persatu, gunalah ==========>




ok baiii semua!



Saya Tahu Saya Tak Cantik.



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai dan melamar saya serta menerima saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik disisi ALLAH s.w.t Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak...


Credit to : Jom Tutup Aurat dan Jaga Akhlak

#Biarlah tak cantik asalkan hatimu cantik..



Sunday, August 21, 2011

Tutorial 103 : Letak Music Youtube Autoplay.

Assalamualaikum..
Bagi memenuhi permintaan reader yang nak letak music dalam blog. Aku tunaikan..
Kali ini kita belajar cara untuk buat music autoplay. Selalunya kalau letak music biasa dia akan memekak je. Tak boleh nak stopkan tapi dengan letak autoplay senang je nak stop tak ler memekak je kan..

1. Mula-mula korang pergi ke Youtube, pilih lagu yang korang suka. Search je lagi senang..banyak sangat pilihan.

2. Lepas korang pilih gambar yang korang suka tu. Click Embed, tick pada Use Old Embed Code dan copy code tersebut seperti gambar di bawah.



3. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript


# pastekan code yang korang copy tadi:


<object width="560" height="345"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/9fKVNb-dYVc?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/9fKVNb-dYVc?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="345" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>


Korang kena tukar benda ni.


width 560 tukar kepada 200

height 345 tukar kepada 25

rel=0 tukar kepada &autoplay=1

contoh selepas ditukar:


<object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/9fKVNb-dYVc?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/9fKVNb-dYVc?version=3&amp;hl=en_US&amp;&autoplay=1" type="application/x-shockwave-flash" width="200" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
Contoh perlu diubah.


4. Dah siap semua tu, bolehlah SAVE.


Best ke shooping last minute?

Assalamualaikum,,hai korang pe khabar?


Semalam aku terpaksa menshoppingkan diri aku. Bukan shopping raya yer tapi shopping saja-saja. Malas nak shopping raya cuma nak beli tudung je minggu depan..tudung raya? tuuuutttttttt! hahha..

Tapi bila musim perayaan mak hoii ramai giler orang sampai bersesak-sesak.. Memang rasa sesak sangat. Yang tua muda, semuanya sibuk nak shopping. It better kalau shopping sebelum puasakan sebab boleh la minum ke makan ke ..opps..

Semalam walupun tak berapa nak shopping tapi barai gak duit aku..
Apa yang aku beli ek?

beg lappy sebab aku lebih suka yang sandang belakang berbanding sandang di bahu.


Aku pilih red sebab pink dah habis, yang model lain ada tapi sampai ratusan hengget..ohhh kena save bajet la..katakan tidak pada pembaziran!

2 helai blous hahaha ..

lebih kurang macam nihh..

Malas nak ambik gambar kang korang dapat cam aku dari jauh..almaklumlah banyak stalker yang suka baca blog aku, pastu jadikan bahan..i loike!

Set cadar single bekalan untuk jadi student. Bukannya shopping semalam tapi dah lama.. Ini semua pengaruh katalog yang tunjuk cadar comel-comel..kalau beli kat kedai maybe boleh dapat 3 pasang atau 4 pasang. muahaha..pilik corak flora. cadang nak beli kartun-kartun tapi macam tak matang sebab umur dah 2* tahun :(..




Untuk kecantikan dalaman. Just for try..elok untuk peredaran darah sebab aku ni kadang-kadang cepat bulan mengambang kadang-kadang lambat. Jadi saja nak try .muahaha.. Tapi memang elok untuk kulit. Kulit aku memang dah sedia kala haluss hahaha :)


Itu je shoppingnya tapi duit macam air habisnya..

Ok baii..

#kasut belum beli lagilah hoii..minggu depan shopping kelengkapan harian untuk masuk u plak..pau duit ayah la,,


Tutorial 102 : Welcome Image dalam Blog.

Hot tutorial today..
Korang perasan tak ada some blog dia letak image..then bila click baru keluar blog dia.

Korang nak try this tutorial. Sungguh chantek yer..

contohnya macam ni :

ok itu my design..contoh jer hahha.. Nak try tak my honey-honey sekalian?? jom get ready!


Penting!!!#untuk langkah keselamatan sila download full template korang. Kang tak boleh jadi tak ler jahanam template korang kan :)

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html >

2. Cari code di bawah, Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!


]]></b:skin>
3. Bila korang dah jumpa code di atas, copy code di bawah dan pastekan di atas code yang dicari tadi.



</style></head>
<script language="javascript" type="text/javascript">
/* toggle() checks to see if the images has already been faded
or not and sends the appropriate variables to opacity(); */
function toggle(el,milli) {
// Get the opacity style parameter from the image
var currOpacity = document.getElementById(el).style.opacity;
if(currOpacity != 0) { // if not faded
fade(el, milli, 100, 0);
} else { // else the images is already faded
fade(el, milli, 0, 100);
}
}
/* changeOpacity() uses three different opacity settings to
achieve a cross-browser opacity changing function. This
function can also be used to directly change the opacity
of an element. */
function changeOpacity(el,opacity) {
var image = document.getElementById(el);
// For Mozilla
image.style.MozOpacity = (opacity / 100);
// For IE
image.style.filter = "alpha(opacity=" + opacity + ")";
// For others
image.style.opacity = (opacity / 100);
}
/* fade() will fade the image in or out based on the starting
and ending opacity settings. The speed of the fade is
determined by the variable milli (total time of the fade
in milliseconds)*/
function fade(el,milli,start,end) {
var fadeTime = Math.round(milli/100);
var i = 0; // Fade Timer
// Fade in
if(start < end) {
for(j = start; j <= end; j++) {
// define the expression to be called in setTimeout()
var expr = "changeOpacity('" + el + "'," + j + ")";
var timeout = i * fadeTime;
// setTimeout will call 'expr' after 'timeout' milliseconds
setTimeout(expr,timeout);
i++;
}
}
// Fade out
else if(start > end) {
for(j = start; j >= end; j--) {
var expr = "changeOpacity('" + el + "'," + j + ")";
var timeout = i * fadeTime;
setTimeout(expr,timeout);
i++;
}
}
}
</script>
<div class="input" onClick="javascript:toggle('wise', 3000); this.style.display='none';
document.getElementById('june').style.display=''">
<center><img src="URL IMAGE ANDA"
style="opacity:0.4;filter:alpha(opacity=40)"
onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100"
onmouseout="this.style.opacity=0.7;this.filters.alpha.opacity=40"/></center>
</div>
<div id="wise" style="filter : alpha(opacity=0); -moz-opacity : 0; opacity : 0;">
<div id="june" style="display : none;">
<body>


4. Tukarkan URL IMAGE ANDA dengan korang punya url/link gambar kesukaan korang. Nak design sendiri pun boleh :)

5. Preview, kalau menjadi SAVE sahaja!

Nak gambar comel-comel? nahhh ni dia khas untuk korang. Aku design sendiri tahu..pilihlah yang mana berkenan di hati nurani korang...

http://4.bp.blogspot.com/-8FqXpCWHjpY/TlCafQj23LI/AAAAAAAABr4/Kc-bxGXKYAw/s1600/ciknurfarah1.png
http://4.bp.blogspot.com/-QywGewn7lDk/TlCag6-yAfI/AAAAAAAABr8/FGyuT2XCp0s/s1600/ciknurfarah2.png

http://4.bp.blogspot.com/-LSuvXKTMWgY/TlCaiNTG1WI/AAAAAAAABsA/5H1J7LbWXoY/s1600/ciknurfarah3.png
http://1.bp.blogspot.com/-8dkuBVer3ik/TlCamv7sktI/AAAAAAAABsE/6qgZxzm_ouw/s1600/ciknurfarah4.png

http://3.bp.blogspot.com/-PagUkG0ZC0A/TlCanrfHMII/AAAAAAAABsI/EUbyXBqDwHM/s1600/ciknurfarah5.png


# semuanya girly-girly..ikut citarasa I la bila I yang design..uolls nak citarasa sendiri sila design sendiri yer sayang sekalian.. :)

k baiii @___________________@

P/s : kalau nav bar korang jadi semacam..turun ke sidebar, try tutorial ini
http://bicarafarah.blogspot.com/2011/07/tutorial-73-delete-navigation-bar.html

# Kalau sebarang masalah ketika mencuba tutorial ini saya tidak bertanggungjawab yer..kan dah kata suruh download full template ( sebab this widget maybe tak sesuai dengan some template, harap maklum )



Tutorial 101 : Bentuk-bentuk Border

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu?
Dah shopping raya? huhh sangat penatkan kalau shopping last minute!

Hari ini nak ajar bentuk-bentuk border. Dan tutorial ini boleh di aplikasikan dengan

Tutorial 21 : Menambah border dan background di tajuk post.
Tutorial 22 : Membuat Background di sidebar dan border.

So, kalau nak guna bentuk-bentuk border boleh rujuk tutorial di atas yer..fahamkan dulu tutorial tersebut baru tahu nak letak benda ni di mana :)

-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;
-moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;
-moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;
-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;




-moz-border-radius: 2em;  
        -webkit-border-radius: 2em;
                border-radius: 2em; 






-moz-border-radius: 0 50px 50px 0;
       border-radius: 0 50px 50px 0;
}





       -moz-border-radius: 40px 10px;  
            border-radius: 40px 10px;





# tanya kalau pening lalat yerr..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.