Friday, December 30, 2011

Kerja Lapangan ke Melaka.

Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Penat membuat tugasan sampai ketensionan maka kita penuhi dengan aktiviti meng update blog.
Agak lambat sedikit nak update blog kerana kesuntukan masa.
Entry ni ala-ala report tak rasmi la, report rasmi dalam proses on the way dan jangan lupa untuk summit kepada lecturer pada 5 Januari 2012 ini. Chayokk! Ingat ye kawan-kawan 5 Januari 2011.


Kerja lapangan ni di bawah course Pembangunan Ekonomi Lokal. Ada 6 orang classmate. Sangat sedikit kan? Ok kami ke Melaka 5 orang untuk kerja lapangan pada 19 dan 20 December 2011. Bertolak dari UKM lebih kurang pukul 11 pagi dengan kereta. Destinasi pertama kami sampai ialah Zoo Melaka. Kami kena cari 140 responden yang terdiri dari pelancong ( kaji selidik from lecturer) , 40 penduduk, 40 peniaga dan 40 pelancong. Banyakkan kena pulun?


Di zoo Melaka, cuba cari seberapa banyak responden untuk borang soal selidik. Agak sukar nak cari yang benar-benar sporting tapi alhamdulilah mereka bagi kerjasama. Lupakan sebentar akan beban kerja yang membebankan itu, mari kita melawat sekitar zoo Melaka.


Masa ni aku tengah sengugut, tapi bila berjalan di sepanjang zoo Melaka, hilang sakitku. Maybe dapat lepaskan tension melihat haiwan yang comel-comel dan rasa sangat teruja!


Serius! kuda ini sangat manja. Bila dipanggil dia datang dan sangat suka bila kita pegang dia. Comel! kalau dapat bela seekor pun jadi. Sangat best!

Pandai raja rimba ini posing. Handsomelah!

Lepas jalan-jalan seluruh zoo, kaki pun rasa sangat letih, maklumlah kami berjalan kaki, bawa laptop plak tu kat belakang dan borang soal selidik yang bertimbun itu. Lepas habis pusing zoo Melaka, pergi makan kat gerai dan check in resort..kami memilih D'Village Resort, ambil set family chalet. Lepas berehat-rehat, lepas Asar kami bertolak ke Ayer Keroh ke Taman Buaya.

Taman Buaya Melaka.

Smile!


Memandangkan sudah lewat petang, tak ramai pelancong yang ada. Cuma peniaga je ada, so bagi peluang kat another group untuk soal selidik peniaga di kawasan tersebut dan kami menjamu selera di McD yang bersebelahan Taman Buaya Melaka. Sebab tekak memang nak makan mekD pun :)


3 Mc Chicken untuk 3 orang gadis comel. Nyam nyam nyam..

Wajah teruja si pemakan kentang! hahaha..

Si penulis yang sentiasa cool. Muka penat tapi happy :)

Malam tu lepas singgah minum bagai kami ke Melaka River Cruise. Pemandangan waktu malam memang cantik menarik dan tertarik!


Kami naik River Criuse, sangat best cuma Rm10 seorang, puas keliling sungai. Melihat perkampungan Mortem di waktu malam. Best wohh..nak rasa silalah ke Melaka :)


Dalam river cruse.

Pemandangan sangat cantik di waktu malam disirami cahaya lampu yang bergemalapan..

Selepas keliling sungai. Kami pulang ke resort untuk merehatkan badan yang kepenatan. Dan esoknya selepas sarapan di resort kami ke Pantai Klebang untuk mendapatkan responden dari kalangan penduduk setempat.


Ini adalah pantai Klebang. Sebahagian kawasan daratan sudah ditambak. Macam padang pasir je tapi ada laut.

Kami ke kampung yang berdekatan dengan Pantai Klebang, Kampung Batu 3 Batang 5.

Muka happy nak balik kampus.
Lepas penat keliling kawasan Klebang untuk mencari responden, lepas Asar kami bertolak balik ke KL. Dan alhamdulilah sampai UKM pukul 8.30 malam. Penat tapi inilah suatu kepuasan. So sekarang tengah siapkan mini thesis untuk report kerja lapangan ni.

Ok sampai di sini sahaja report bergambar ke Melaka. Rasa nak pergi lagi je. Memang best! Ok bye.. Tak sabar nak habis exam. Hope kerjaku siap sebelum tahun baru 2012 sebab nak fokus pada exam.

Wednesday, December 28, 2011

LaTahzan. Insyaallah Saya Tidak Bersedih Lagi.

Assalamualikum,
Korang mesti rindukan aku sebab lama tak update blog?
Rindu ler tu hehehe..
Ok, sebenarnya aku busy sangat dengan tugasan. Ada 2 agsimen kena hantar dan lepas tu ada exam ler pula. Kali ni nak ucapkan thank kepada Mr. H sebab bagi kita buku ni, dia memang ulat buku..suka pergi kedai buku dan kita pun sama. Ok, buku tu bertajuk La Tahzan, iaitu Jangan Bersedih Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan.


Thank banyak-banyak, lepas habis exam kita akan habiskan baca buku tu. Macam tahu je aku ni cepat sedih, cepat tension dan cepat marah hahaha..sememangnya dia yang jadi mangsa. Ok akan cuba jadi yang baik, akan cuba kawal perasaan jika tertekan dengan pengajian. Insyaallah aku tak bersedih dengan perkara remeh. Dan menjadi insan yang lebih memahami :) Aku belum lagi baca buku ni cuma selak-selak tengok kandungan. Buku ni macam motivasi untuk tidak bersedih dengan apa masalah yang berlaku dalam dunia ni. Lebih kepada keagamaan dan mendidik jiwa. Sangat best dan kalau korang ni tengah sedih, bermasalah, tension dan kalau happy pun eloklah kita baca buku ni. Banyak hadis dan surah yang boleh kita amalkan. So La Tahzan sayang! Tak rugi beli buku macam ni.

Dan memang hajat semalam nak beli kamus. Kamus sosiologi khas untuk pengajian aku. Kamus ni memang susah nak dapat di kedai buku khasnya kat Malaysia ni. Kena order dari oversea baru boleh dapat tapi tak mustahil. Ada juga kedai buku yang jual tapi tak semua, so kena pandai carilah. Sangat sesuai untuk bidang Sains Pembangunan dan Sosiologi. Harga asal RM49.90 sebuah dan dapat diskaun, cuma RM45 sebuah.



Memang susah juga nak cari semalam, sebab kamus kat situ macam-macam ada. Tapi alhamdulilah ada 2 buah yang terakhir memang rezekila. Aku beli untuk kawan aku sebuah, dia pesan. Nasib baik ada 2 lagi..memang nasiblah :) Kalau tak kena pusing KL cari kamus ni. Tak semua kedai buku ada kamus ni ye. So, sesiapa yang ambil bidang Sains Pembangunan dan Sosiologi, cepat-cepatlah dapatkan kamus bagus ini. Amat terhad!

Muka happy dapat La Tahzan dan kamus idaman hahaha. Tak ada motifkan? Ok next entry nak update pasal field work 2 hari 1 malam di Melaka. Kena kumpul semua gambar, baru best uploadkan? Kepada Mira dan Dayah, tunggu saya kumpul semua gambar nanti saya bagi kat korang ye. Ok, kerja banyak ni. Nak teruskan usaha dengan senyuman. Bai! La Tahzan !

Monday, December 26, 2011

Doa Pendekat Jodoh



Putus CInta? Doa Putus Cinta

Sunday, December 25, 2011

Saya Sangat Busy! Tolong Faham.

Assalamualaikum,
Maaf kalau tak balas komen korang satu per satu. Serius sangat busy dalam menyiapkan segala report, tugasan dan preparation untuk exam.

Ramai yang bagi komen tak kira di FB, blogspot dan emel. Ramai bertanyakan tutorial, servis edit blog dan sabagainya. Tapi serius aku tak ada komitmen tentang benda itu sekarang kerana aku sedang tumpu kepada study aku yang sangat penting buat aku. Aku harap korang faham..

Kebanyakkan pertanyaan korang, ada dalam blog tutorial. Please take time untuk lihat semua tutorial itu. Takkan semua aku nak bagitahu..sampaikan link pun aku kena suapkan pada korang satu persatu. Berdikarilah. Aku bukannya SOMBONG, kalau sombong aku tak publish komen korang, tak tunaikan permintaan tutorial dan tak approve korang kat fb? so what?

Kalau nak minta tolong orang bukan ini caranya, beradablah..jangan bertindak macam tak ada akal. Faham?

Dan aku tak ambil servis free edit blog. Dan jawapan macam mana nak edit blog? ikuti segala tutorial. Jangan MALAS!

Ok, nak buat tugasan yang berlambak ni.. baii..

Friday, December 16, 2011

Try Produk Bio-Essence

Assalamualaikum, hari tu kecoh nak try produk Bio-Essence dan alhamdulilah tercapai membelinya, aku beli 2 produk iaitu Bio-Essence Face Lifting Cream dan Bio-Essence Deep Cleanser Pone Pollen rabak juga duit hampir RM80 :)..


Dah guna dalam 2 minggu, Bio-Essence Face Lifting Cream aku gunakan sebagai cream malam. Nak tidur of course guna tapi stay setia dengan OLAY dan Bio-Essence Deep Cleanser Pone Pollen sebagai pencuci muka guna sekali dengan OLAY CLENSER CREAM




Bio-Essence Deep Cleanser Pone Pollen


Bio-Essence Face Lifting Cream




Kulit rasa sangat tegang, lembut dan kenalah tunggu aku habiskan satu botol produk ni baru lah boleh bebel banyak-banyak!.

Sebenarnya guna produk  Bio-Essence Face Lifting Cream ni saja nak shapekan muka je. Muka bam bam sangat kan. hehehe. Perempuan mestilah nak kulit cantik, mulus, lembut tanpa sebarang noda dosa hitam. hehehe. :)



Tapi muka makin tegang jer. Bangun pagi mesti nampak fresh je! Ok kalau ada berita baik or perubahan aku update ler.


P/s : Aku ni jenis pemalas nak pakai cream waktu malam, tapi kena rajin le, rugilah beli produk tu kan kalau tak pakai... ok baiiiiiiiiiiiiiiiiii! korang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.