Hari-Hari Shopping.

Assalamualaikum..

Selamat malam semua warga alam. Esok tak sabar nak balik ke hometown kecintaan.
Sepanjang minggu ni asyik shopping je tapi bukan shopping yang terlalu kehendak tapi terasa juga macam air duit mengalir. Memang hidup sebagai seorang pelajar duit adalah perkara penting. Of courselah, yuran pengajian pakai duit, yuran kolej pun guna duit, beli buku pun guna duit cuma rm200 je guna voucher, makan minum pun sememangnya duit..duit duit duit..dimanakah engkau duit?

Dalam minggu ni banyak juga terasa duit mengalir dengan lancar dan turun macam air terjun. Hari Isnin dalam minggu ni, lepas discussion dengan kawan-kawan pasal agsimen, tiba-tiba kawan call cakap buku kaedah penyelidikan (buku 2 ) dah ada stock. Macam kilat kami ke Pusanika untuk merebut buku tersebut, sebab tinggal 5 buah je buku tu. nak suruh belikan dulu, buku tersebut agak mahal..murah kalau satu, mahal kalau belikan 3 sekaligus. Kami ke Pusanika. Semua set buku tu dah ada cuma buku 2 sahaja yang sudah habis stock.


Buku 2 adalah seperti pisang goreng panas. Kebanyakkan kedai buku kehabisan untuk buku 2, maka dengan ini boleh tersenyum sedikit *tak boleh senyum lebar sangat sebab kerja makin menghimpit hehehe. kerana dah ada semua set buku penyelidikan. Lepas ni jom ler kita buat research sampai lubang cacing.


Mampu berasa sekuman lega selepas ada semua set kaedah penyelidikan. Kena rajin-rajinlah tuan buku ini membaca ye. Jangan malas! Lepas kelegaan sebentar mengulurkan wang RM40 untuk memiliki buku 2 kaedah penyelidikan ini, singgah ke kedai buku UniKeb. Tengok-tengok buku penerbit universiti ( other university ) kat situ. Memang adore pada satu buku tu sebab tersangat suka dengan isi kandungan dan artikal. Jumpa je terus ambil, tak kira lagi..terbang RM 55.60. Tapi memang berbaloi-baloi. Isnin tu habis RM95.60 untuk 2 buah buku kesayangan.

Adore pada buku ni. Best sebab aku suka yang berkaitan alam sekitar. Kau milikku.
Kat Pusanika sekarang memang meriah dengan jualan tudung, baju, pakaian, telekung, buku, semua ada..cuma bawa sahaja duit berkepuk-kepuk. Pasti anda boleh merembat semua benda yang diimpikan dan aku beli 2 pasang telekung untuk diri sendiri dan untuk mama kesayanganku. Beli sebab nanti boleh minta kelim berganda-ganda hehehe..


Memang lama giler pilih telekung ni. Last-last pilih corak cream pink. Telekung Paris cotton, sangat lembut dan sejuk kainnya. Harganya sangat berbaloi-baloi. Sukeee :)

Telekung sulam untuk mama. Cadang nak ambil sulaman warna hijau tapi bahagian muka terlalu besar so pilih biru je la. Hope mama suka dengan pilihanku ni.
Semalam keluar ke kedai buku Penerbit UKM sebab nak temankan kawan beli buku include beli telekung pink aku di atas. Cadang memang nak temankan je. Tapi memang suka beli buku tapi bukan ulat buku. Rembat 2 buku Penerbit UKM. Tapi memang lama dah nak beli buku ni. Dapat juga beli semalam. Harga  RM40.25 untuk 2 buah buku. Best sebab dapat diskaun...Maka belilah di Penerbit UKM yang memang mengeluarkan buku-buku best di alam fana ini.

Buku yang dibeli.

Stop untuk semalam, maka kita bercerita untuk hari ini. Kepada warga Kolej Pendeta Zaba UKM tahukah kamu ada hari ICT kolej Pendeta Zaba. Tak tahu, mai aku promote banner ini.


Yang bukan warga Zaba pun boleh serbu hari ICT ini. Jom serbu ramai-ramai. Tapi aku tak dapat join sebab balik kampung. Kerana kecintaan dan sayangku kepada UKM, inilah buktinya :


Pakat dengan kawan beli baju ni, cuma RM20 sahaja. Boleh didapati masa hari ICT, di foyer cafe. Terbaik! I Love UKM.

Tadi masa nak tunggu kelas Globalisasi dan Pembangunan, lepak jap temankan kawan bershopping sakan dan ternampak tafsir al Quran. Dan beli sebuah untuk rawatan rohaniah.


Sangat best, kecil dan mudah di bawa kemana-mana. Best, semoga rajin membacanya selalu wahai Cik Farah.

Dan paling kena save duit sebab ada :



Memang tengah cari keluaran buku penerbit universiti. Jom beli beramai-ramai. Tak rugi beli buku kerana di dalamnya ada ilmu. Jadilah masyarakat yang rajin membaca! *jangan kau orang baca buku merepek lak.

Sekian terima kasih membaca coretan kalbu ni, aku nak packing barang dan esok balik kampung!!!

2 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH