Lappy Pink Buat Hal.


Assalamualaikum semua,
Pagi-pagi dah update blog padahal tak la pagi sangat.
Semalam memang rasa tersangatlah cuak, takut, risau dan macam-macamlah.

Al kisahnya begini, semalam nak transfer nota dari pen driver ke lappy. Mula-mula scan dulu tiba-tiba lappy aku jadi hang. Risau beb..terus cabut pen driver tu. Memang ada virus. Mungkin sebab terlalu cuak aku terus cabut pendriver tu. Tiba-tiba semua software dan file tak boleh buka. Dia kata ada malware masuk dalam program window. Lagi la cuak sebab slide presentation aku ada dalam tu. Semua bahagian aku, semua dah taip. Sedih wooo.. Tapi masa tu tetap scan guna antivirus. Nasib antivirus berfungsi sebab memang semua program error bila click.

Terus pergi bilik kawan, buat slide presentation baru, taip balik bahagian aku yang baru sebab terlalu risau, hari ni ada presentation lak tu. Balik bilik semua dan tengok lappy, berasa sangat bersyukur kepada Allah sebab laptop dah ok semula. Alhamdulilah. Kalau tak macam-macam perkara terlintas difikiran aku ni. Yela, tengah kerja berlambak tiba-tiba buat hal mestila risau beb!

Ini yang buat aku setia dengan kaspersky. Dah masuk tahun ke-4 guna kaspersky. Memang puas hati walaupun buat pelaburan sedikit. Ok bai.

p/s : Perut meragam, kena ambil pil cilketeon ler.

8 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH