Memiliki Perfumes Original Britney Spears- Fantasy EDP

Asslamualaikum dan selamat hujung minggu kepada kekawan sekalian alam.

Terasa nak share minat about perfumes. Selalunya aku guna perfumes cap murah-murah, ala-ala nak ambil bau. Aku ni minat perfumes juga. Banyak juga dah try perfumes. So sedikit sebanyak tahu juga bau perfumes kecintaan dan bau perfumes kesakit kepalaan.

Aku memang nak merasa pakai perfumes original, tapi tak mampu nak beli sampai 300-400 hengget. Boleh beli benda lain dengan benda tu. So dalam aktiviti berblog ni, ada members blogging suggest online shop yang jual perfumes original, bukan gred AAA dan bukan reject perfumes dan bukan juga perfumes made in Dubai. Original 100%. So ada kesempatan ni aku merembat sebotol perfumes yang best seller kat situ iaitu Britney Spears- Fantasy EDP. Aku sell my old camera kat my honeydew, so ada balance yang belum pay, so aku gunakan kesempatan suruh dia pay kat online shop and I get this perfumes. Sama juga tukan, ala suruh dia beli aka bayar hutang yang balance tu hahaha. Aku beli kat Shah Fragrance, di facebook beliau. If kalau korang serius nak beli je pm tau, kalau main-main better tak payah nak menyibuk..tengok je. Memang good servis, you pay today, tomoorrow mereka post dan lusa dah sampai dalam tangan. Entry ini ala promote la, tapi no sebarang payment tau. Mula-mula ragu-ragu juga original ke tidak sebab harga jauh berbeza dengan supermarket. Tapi bila dah pakai bau dia tahan lama, semalam aku guna sampai ke malam baunya. Melekat beb.




Bau perfumes ni sangat sweet dan feminin. Halus tapi menarik. Suka 1000x. 100ml bersamaan dengan? Try tengok FB pembekal.

Selain tu, aku ada perfumes lain yang dipakai hari-hari tapi tak lama tahannya, kejap je, serupa dengan kualiti. Masa sembur je semerbak pas tu terus silent baunya haahaha.. Yang ni aku beli gred cap ayam je.


Baunya sweet juga tapi tak tahan lama sebab bukan original.

Aku juga peminat perfumes Avon, so guna juga yang ni.









Baunya sangat segar.

Dan perfumes ni paling lama tahan, bukan bau tapi tak habis-habis lagi, beli masa kat Madinah, kenangan umrah.


Ok sampai disini je kemerepekan. Beli perfumes bukan nak suruh orang lain bau tapi kepuasan diri sendiri hahaha..Boleh minta bakal suami hadiahkan 2 botol perfumes masa tunang? ehh merepek pulak.

# Aku minat yang perfumes yang sweet sweet, so boleh hadiah pada aku.

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH