Kegilaan terhadap Perfumes menjelma lagi.

Ohhh rasa macam tak bercaya aku beli lagi perfumes original. Tak sampai 5 bulan beli Britney Spears Fantasy EDP terus nak beli Jennifer Lopez Live Luxe original perfumes. Macam ala-ala artis pulak semua nak pakai perfumes jenama selebriti antarabangsakan. Okey, memang dah lama adore pada perfumes ni.


Memang gila la kat perfumes hahaha. Nanti dah dapat dalam tangan aku review ye. (tu pun kalau rajin menaip entry huehuehue)

Sebenarnya aku tak pernah cium pun bau perfumes ni, entah apa bau nya pun aku tak tahu. Tapi aku terpikat sebab perfumes ni popular sebabbbbbbb SASA BEST CELEBRITY FRAGRANCE 2009.

Rasa teruja nak try.  

Selain itu aku nak share perfumes yang penah aku pakai kat korang that mean jenama antarabangsa ni. Memang dari dulu minat perfumes. Suka wangi-wangi sebab aku kan wangi hahaha.

 Aku suka perfumes masa aku degree kat USM dulu. Banyak juga merembat perfumes. 

Aku first time beli perfumes tapi tak la original cuma gred AAA je tu pun harga rm45 sebotol tapi tahan 8jam uolls.

 Aku terpikat dengan perfumes ni, masa tu ada akak senior jual perfumes.

Serius wooo memang suka gila kat perfumes ni Idole d'armani. Tapi sayang seribu kali sayang, masa aku nak ambil baju, entah macam mana perfumes ni jatuh ke lantai, pecah botolnya. Sedih sangat sebab banyak lagi. Tak sampai separuh pakai dah pecah! Bau dia halus sangat dan sexy, makin lama pakai makin menyegat bau dia. Memang serasi dengan aku. Kalau ada rezeki lebih nak try beli yang original pula. 

Lepas tu aku tukar pak we eh perfumes, bukan nak curang dengan Idole d'armani tapi nak test mana yang terbaik akan dijadikan teman hidup hehehe. Aku try pulak Lancome Hypnose pun gred AAA. Beli kat akak senior yang rajin datang ke bilik berniaga (masa tu di USM). Serius lepas tester terpikat nak beli yang ni.


 
Bau dia ni fresh je. Very sweet,sexy and musky. Rasa bertenaga je pakai. Tak terlalu keras baunya. Sebotol licin dipakai sampai habis. syukrannn..


Lepas tu aku terhidu kawan aku pakai minyak wangi di bawah ni, terus rasa macam comfortable nak try.

Walaupun nampak tak berapa gempaq tapi serius 2 botol aku dah pakai perfumes ni. Sunflowers Elizabeth Ardin baunya memang tak jemu, dia tak sepekat EDP sebab dia ketegori EDT tapi memang bau dia ringan, sweet, fresh dan rasa diawangan. Memang suggestkan pada pengemar bau yang nature! Anda pasti teruja. So apa lagi kasi la hadiah hari raya kat aku tahun ni.

Ni pula aku teruja nak cuba DKNY - Fresh Blossom EDP, aku beli yang miniature perfumes ( yang kecil tu tapi original perfumes) kecil sangat tapi harga RM40. Aku tak berapa suka, entahlah kenapa. Jadi aku bagi akak aku je, sebab aku tengok dia pakai brand DKNY. Baunya wangi juga tapi macam strong sangat kat aku. Kalau orang lain tak tahu la. Test aku kot bukan macam tu.



Yang ni pula aku beli jenama cap ayam yang tak ada gred.


Rasa macam semanis darah (darah manis ke) like sugar! Suka bau dia. Tapi passing kat adik.


Aku tau ramai yang minat perfumes ni tapi dengan aku memang out. Passing kat kawan.

Brand lain yang aku rasa best, pendapat aku lah Escada Rockin Rio, Escada Sunse ( semua escada brand memang best), Gucci Envy Me, Hugo boss - Intense, Lancome Miracle.


Sesiapa ada komen tentang perfumes kesukaan. Boleh lah share-share.

Aku beli Britney Spears- Fantasy dan Jennifer Lopez Live Luxe secara online. Ni second aku beli dengan pembekal. Murah dari harga kaunter kat supermarket tapi 100% original. Servis pun cepat. Tu pasal beli kat situ, aku memang tak suka kalau servis macam siput sedut. So boleh ke Shah Fragrance

Ok bye! Selamat berpuasa :)




9 comments

  1. K.Lin suka Sunflower tu...Tp cinta 1/2 mati pada Estee Lauder White Linen..Tak mungkin berpaling..hahahhah

    ReplyDelete
  2. perfume j.Lo-live, dkny-be delicious n britney spears-fantasy mang saya minat sangat2.. dah ad bnyak koleksi saya.. hehehe.. baunya wangi l0rh.. huhuhu..kalau perlu kak farah try lah ag 1 perfume paris hilton-paris hilton.. saya tak mampu nk beli 1 botol macam tuh.. kesemua perfumes tuh saya dapat dlam botol kcik tapi ada keempat-empat jenama botol yang tlah disebut... hehehehe... ag jimat.. tpi kurg puas lah... huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. Tk tau le...tp K.lin pakai dh lbh 10 thn dh..still tk nyampah2 lagi dgn baunya..

    ReplyDelete
  4. boleh singgah ig sy syuhadasufian,sy menjual pelbagai original rejected perfume :) harga x la cecah 150 atas..

    ReplyDelete
  5. boleh singgah di ig sy syuhadasufian :) sy menjual pelbagai original rejected perfume

    ReplyDelete
  6. hai...suka perfume dan nak dapatkan pada harga jimat?
    jom cuba De'Xandra Perfume :)
    jemput singgah di http://dexandralovers.shoppy.my

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH