Jalan-jalan Jom Heboh Bukit Jalil.

Assalamualaikum semua,

Hari ni last day untuk tahun 2012. So bye-bye 2012..welcome 2013 yehaaa...

Ok, hari ni kita nak share tentang aktiviti hujung minggu semalam, agak kepenatan jugalah semalam sebab meredah lautan manusia dan kepanasan mentari.

Semalam jejalan kat Jom Heboh Bukit Jalil. Sebab utama nak pergi adalah untuk release tension hehehe dan shopping cuci mata. Memang bestlah pergi sana sebab kita akan dapat special prices bila shopping kat sana, macam-macam gerai ada...so sediakan banyak-banyak duit RM50 seguni, confirm habis seguni juga hahaha...


Muka excited tak boleh blah la ni. Agak jem jugalah walaupun jam dalam 10 lebih.


Ni baru permulaan, belun naik atas-atas sana tu, time ni pun ramai gila orang, parking pun hampir penuh, jenuh juga menapak haha..boleh bakar lemak kan kan kan..




Korang tengoklah manusia penuh sangat, masa ni siaran langsung Melodi..panas gila, mentari atas kepala la. Of course kana beli payung..laku gila la payung time ni haha.


Waktu ni nak juga mencelah tapi mak oii dengan sesak, penuh orang dan kepanasan yang amat sangat. Kena pakai sun block banyak-banyak la macam ni.

Cuba teka mana Zizan??


 Pentas Jom Heboh untuk show penutup malam nanti. Aku tak berapa suka tengok show berhimpit macam ni tapi suka ke Jom Heboh untuk shopping-shopping je.



Masa ni on the way berjalan nak balik, snap gambar pengunjung yang makin ramai gila tu. Masa ni nak dekat pukul 2 tengahari. Memang sangat panas time ni. Nak cepat-cepat balik sebab takut duit mencurah lagi hehehe. SO kena selamatkan poket duit tu.

 TV3.


Stadium Bukit Jalil. 


Yang ada anak-anak kecil tu bolehlah singgah kat sini. Aku respect la ketabahan parent yang bawa budak kecit ni.. Aku memang tak tabah kalau jenuh mengejarnya dalam lautan manusia, maybe bagi pelempang berdas-das.

Hasil rembatan di sana, ni pun dah padatkan kalau tak lagi gebang bijik mata hehe.

Yang bestnya pergi Jom Heboh ni adalah :

Boleh shopping dengan harga murah, ok macam sabun Boom tu, harga dalam RM15 korang boleh beli dengan harga RM10 sahaja dalam beg comel tu. Begitu juga dengan makanan-makanan lain.
 Lepas tu, aku boleh dapatkan syampu dalam 3 beg dengan harga RM10 sahaja begitu juga produk yang lain...makanan dan jajan jangan cakaplah, tapi kena berpada juga kalau satu beg RM10..kalau berbeg-beg memang akan hancur bajet haha..so beware! Yang bestnya, macam Simply SIti dia ada offer 70% untuk semua brandnya..memang best tapi aku tak beli sebab kawal bajet lor. Kalau nak shopping tu memang bestlah, baju-baju memang harga tip top. Macam-macam pilihanlah, memang tak habis aku pusing sebab dah penat sangat ditambah dengan panassss mentari yang terikk.



dan paling best, I dapat kawan baru tau!



-









-









-














-














-














-















-














-








Si Smurf yang comel.

Sebenarnya nak beli cik teddy, tapi kualiti bulu tak best, pas tu terpikat kat Smurf ni sebab sangat lembut dan gebu..best peluk-peluk dia tau. Harga pun murah, yang besar ni RM45 je, kalau tengok kat luar harga dalam RM150.



 Hi! saya dah ada tuan baru!!


bye korang, hope korang enjoy dengan entry ni.






4 comments

  1. blh tahan happening gak tu...
    tapi tak tahan panas.. hehe

    ReplyDelete
  2. Meriah+ agak seronok je nampak cik farah kita..hihi..
    tapi saya like Si Smurf yang comel milik cik farah..
    hihi

    ReplyDelete
  3. ala..telepas lg,aritu dh ingat nk pegi sudahnye x smpai gak...hmmm...

    ReplyDelete
  4. atoto..chumelnya smurf tu .rasa macam nk culik drpd tuan baru dia :p

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH