Saturday, December 8, 2012

Stop Shopping!!

Assalamualaikum.

Perempuan-perempuan..memang banyak nafsunya, nafsu yang tak boleh nak halang sangat adalah shopping! Ok aku pun tak terkecuali, bila tengok benda yang best as tudung, baju, kasut dan macam-macam mesti nak shopping tapi masih terkawal lagi la ye hehe. So bulan ni kena azam stop shopping, next moon baru boleh shopping tu pun kena bajet-bajet juga hehe. Bukan pe, baju dalam almari dah penuh, hanger tudung pun dah nak roboh sebab banyak tudung, tambah dalam kotak pun ada tudung bawal, haruan dan keli hahaha.

Bila dah akhir tahun ni of courselah banyak buat Year End Sale. So makin rambanglah biji mata nak macam-macam huhu. So sekarang kena jimat duit.

Bulan lepas pun dah beli macam-macam so awal bulan ni tak menahan sudah beli banyak tudung dan kasut. Adusss lagi belambak la barang dalam bilik ni. Puas lah nak packing kalau dah habis semester nanti.

Hari tu, tak menahan-nahan pergi geleri tudung. beli 2 tudung jenis segera yang terus sarung je tu sebab ada offer, semua ada 3 sebab free satu hahaha.


Memang nak sangat beli tudung pink purple so sambar sehelai. Beli tudung biasa-biasa je, mana la mampu beli tudung Fareeda nyata jelita kerana nyata robek poketku.

Tudung kedua adalah tudung harimau..aumm auumm, yang ni beli satu percuma satu. Cadang nak color coklat sebab nak gantikan tudung yang hilang dicuri penyamun tu so cuma ada color biru dan hijau lumut je.


ni warna biru gelap, memang tak ada tudung biru gelap so sambar je. Tapi stay harimau sebab syaratnya percuma dengan corak yang sama. Nanti boleh jadi tiger!!


Bila ada event something kat UKM, maka Pusanika akan bertukar macam Jalan TAR so memang teruja sebab harga murah berbanding kat luar. Semalam berhempas pulas mencuci mata tengok macam-macam. Hajat nak beli tudung bawal ala tiger tapi tahankan diri sebab dah beli banyak tudung. Tunggu-tunggu lah tudung ni jadi pekasam dulu ye haha. Tapi beli juga kasut sandal bunga kembang semangkuk. Dah lama adore kat kasut tu, tapi tengok kat situ ada jual fesyen gitu beli juga sepasang..alasannya harga berpatutan dan kualiti not bad.



Nak sambar color pink tapi macam tak padan je dengan baju kan..so beli warna hitam je boleh masuk dengan pelbagai color baju. Tak sabar nak pakai esok..jejalan cari makan hehehe. Bunganya yang kembang semangkuk tu yang asetnya, kalau tercabut...nagess gue.

Yang bestnya kasut ini sangat selesa dan macam pijak span :)

Sorry model tak cun,
tudung ni beli kat kawan. Jenis tudung bawal tapi macam gaya tudung segera tu ala-ala syiria gitu. Best pakai tudung ni sebab terus sarung je tak payah nak ejas-ejas hehe. Nyata comel

Jadi aku berazam, perlu dan mesti stop kan diri dari beli baju, tudung, seluar, kasut untuk bulan ni. Bulan depan akan difikirkan lagi huhuhu... :)

Itu sahaja karangan saya pada hari ini, jeless sangat tengok member blogger berupaya update setiap hari. Jumpa next entry, BYe :)





5 comments:

  1. @intanfirdaus247

    cik farah bg giveaway ke beijing..sy nk tudung jugak.:)
    hihihi

    ReplyDelete
  2. cik farah memang suka warna pink ek..hehe...sama la kite...so cute cik farah..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.