Monday, July 30, 2012

Kegilaan terhadap Perfumes menjelma lagi.

Ohhh rasa macam tak bercaya aku beli lagi perfumes original. Tak sampai 5 bulan beli Britney Spears Fantasy EDP terus nak beli Jennifer Lopez Live Luxe original perfumes. Macam ala-ala artis pulak semua nak pakai perfumes jenama selebriti antarabangsakan. Okey, memang dah lama adore pada perfumes ni.


Memang gila la kat perfumes hahaha. Nanti dah dapat dalam tangan aku review ye. (tu pun kalau rajin menaip entry huehuehue)

Sebenarnya aku tak pernah cium pun bau perfumes ni, entah apa bau nya pun aku tak tahu. Tapi aku terpikat sebab perfumes ni popular sebabbbbbbb SASA BEST CELEBRITY FRAGRANCE 2009.

Rasa teruja nak try.  

Selain itu aku nak share perfumes yang penah aku pakai kat korang that mean jenama antarabangsa ni. Memang dari dulu minat perfumes. Suka wangi-wangi sebab aku kan wangi hahaha.

 Aku suka perfumes masa aku degree kat USM dulu. Banyak juga merembat perfumes. 

Aku first time beli perfumes tapi tak la original cuma gred AAA je tu pun harga rm45 sebotol tapi tahan 8jam uolls.

 Aku terpikat dengan perfumes ni, masa tu ada akak senior jual perfumes.

Serius wooo memang suka gila kat perfumes ni Idole d'armani. Tapi sayang seribu kali sayang, masa aku nak ambil baju, entah macam mana perfumes ni jatuh ke lantai, pecah botolnya. Sedih sangat sebab banyak lagi. Tak sampai separuh pakai dah pecah! Bau dia halus sangat dan sexy, makin lama pakai makin menyegat bau dia. Memang serasi dengan aku. Kalau ada rezeki lebih nak try beli yang original pula. 

Lepas tu aku tukar pak we eh perfumes, bukan nak curang dengan Idole d'armani tapi nak test mana yang terbaik akan dijadikan teman hidup hehehe. Aku try pulak Lancome Hypnose pun gred AAA. Beli kat akak senior yang rajin datang ke bilik berniaga (masa tu di USM). Serius lepas tester terpikat nak beli yang ni.


 
Bau dia ni fresh je. Very sweet,sexy and musky. Rasa bertenaga je pakai. Tak terlalu keras baunya. Sebotol licin dipakai sampai habis. syukrannn..


Lepas tu aku terhidu kawan aku pakai minyak wangi di bawah ni, terus rasa macam comfortable nak try.

Walaupun nampak tak berapa gempaq tapi serius 2 botol aku dah pakai perfumes ni. Sunflowers Elizabeth Ardin baunya memang tak jemu, dia tak sepekat EDP sebab dia ketegori EDT tapi memang bau dia ringan, sweet, fresh dan rasa diawangan. Memang suggestkan pada pengemar bau yang nature! Anda pasti teruja. So apa lagi kasi la hadiah hari raya kat aku tahun ni.

Ni pula aku teruja nak cuba DKNY - Fresh Blossom EDP, aku beli yang miniature perfumes ( yang kecil tu tapi original perfumes) kecil sangat tapi harga RM40. Aku tak berapa suka, entahlah kenapa. Jadi aku bagi akak aku je, sebab aku tengok dia pakai brand DKNY. Baunya wangi juga tapi macam strong sangat kat aku. Kalau orang lain tak tahu la. Test aku kot bukan macam tu.



Yang ni pula aku beli jenama cap ayam yang tak ada gred.


Rasa macam semanis darah (darah manis ke) like sugar! Suka bau dia. Tapi passing kat adik.


Aku tau ramai yang minat perfumes ni tapi dengan aku memang out. Passing kat kawan.

Brand lain yang aku rasa best, pendapat aku lah Escada Rockin Rio, Escada Sunse ( semua escada brand memang best), Gucci Envy Me, Hugo boss - Intense, Lancome Miracle.


Sesiapa ada komen tentang perfumes kesukaan. Boleh lah share-share.

Aku beli Britney Spears- Fantasy dan Jennifer Lopez Live Luxe secara online. Ni second aku beli dengan pembekal. Murah dari harga kaunter kat supermarket tapi 100% original. Servis pun cepat. Tu pasal beli kat situ, aku memang tak suka kalau servis macam siput sedut. So boleh ke Shah Fragrance

Ok bye! Selamat berpuasa :)




Sunday, July 29, 2012

Tempahan Template Bieysha.

Assalamualaikum,

Dah nak dekat berbuka rupanya. Jap lagi nak buat jus tembikai. Yummy! mesti segarkan.
Okey, kali ni nak publish tempahan baru pula. Baru je siapkan petang tadi. Jenuh juga nak cari idea bagai. Kena memerah otak juga agar ada kelainan dalam tempahan kali ini.


Kali ni Bieysha yang menempah Full Template. Blog beliau adalah blog personal. Sukakan template yang simple dan kemas. Warna pilihan adalah soft pink dan soft purple. Kombinasi yang bagus. Jom teropong blog dia sat.


Nak tengok secara real?? Jom Ke blog BELIAU.


Terasa nak menempah. Click di sebelah sidebar untuk keterangan lanjut atau emel fara_idola@yahoo.com

Thursday, July 26, 2012

Tempahan Template dari Peti Baju Naomi.

Assalamualaikum.

Satu lagi template siap! Kali ni blog bisness pula. Baju-baju yang dijual di situ sangat cantik-cantik. So boleh lah ke blog beliau untuk skodeng baju untuk raya ye!

Dari segi theme, pemilik blog sukakan warna pink lembut, corak kerawang-kerawang gitu. Memang rumit sikit nak main coding tapi alhamdulilah menjadi. Aku pun belum pro lagi bab design-design ni huhuhu. Tengah belajar lagi untuk mantapkan design dan photoshop.



Nak tengok real template jom ke Blog Peti Baju Naomi

Suka design saya jom buat tempahan di SINI



Wednesday, July 25, 2012

Tutorial 137 : Auto Read More



Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua?

Sebelum ini aku ada bagi tutorial Cara Membuat Read More tapi kali ini nak bagi tutorial read more yang lagi mudah, tak perlu nak main coding semasa post entry, sangat leceh lagi melecehkan kan? So kali ini ada tutorial yang sangatlah senang lenang. Tak payah nak ejas-ejas coding kat entry box kan. Jom, aku ajarkan 2 versi, bergambar dan tidak bergambar. Jom-jom..

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates

2. Copy dan cari code di bawah, Ctrl F sahaja dan paste code di bawah dalam kotak find then tekan enter!

</head>

3. Copy code di bawah dan paste di atas code yang korang cari tadi.

<script type='text/javascript'>
var thumbnail_mode = "float" ;
summary_noimg = 250;
summary_img = 250;
img_thumb_height = 120;
img_thumb_width = 120;
</script>

<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
/******************************************
Auto-readmore link script, version 2.0 (for blogspot)
(C)2008 by Anhvo
visit http://en.vietwebguide.com to get more cool hacks
********************************************/
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);

}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}
function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";

var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}
var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}
//]]>
</script>

Keterangan
summary_noimg = 250 adalah jumlah ringkasan tulisan jika tidak ada gambarnya
summary_img = 250 adalah jumlah ringkasan tulisan jika ada gambarnya
img_thumb_height = 120 adalah tinggi gambar
img_thumb_width = 120 adalah lebar gambar
#kalau tak payah edit pun tak pe, sebab dah cun.

4. Copy dan cari lagi code di bawah,  Ctrl F sahaja

<data:post.body/>

5. Dah jumpa? Korang padam/delete code tersebut dan gantikan/replace dengan code di bawah.

<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'>
<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script>
<span style='float:right'><a expr:href='data:post.url'>Read More... </a></span>
</b:if>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'><data:post.body/></b:if>

6. Kalau korang nak tukar kepada gambar padam perkataan Read More... dan gantikan kepada code di bawah.


<img alt='Reply To This Comment' src='URL GAMBAR ANDA'/>


7. Letakkan URL GAMBAR ANDA yang sesuai.


8. Dah Preview, menjadi? Save je. Tak menjadi tu kena ikut step slow-slow dan masih tak menjadi memang tak sesuailah widget ni untuk korang.




URL gambar Read more button untuk korang

 http://4.bp.blogspot.com/-y88SwuhrNWk/UA-0yMG6vzI/AAAAAAAADn0/Oj6tfEAspvM/s1600/bicarafarahreadmore1.png


 http://2.bp.blogspot.com/-flVi-X7eJJ8/UA-0yyxFH7I/AAAAAAAADn8/0UNCMdaaDHk/s1600/bicarafarahreadmore2.png


 http://3.bp.blogspot.com/-vEWhSlgrfMY/UA-0zkTxWiI/AAAAAAAADoE/PGVjRpCmWdc/s1600/bicarafarahreadmore3.png


 http://1.bp.blogspot.com/-qTL5TnYloBs/UA-00XElDcI/AAAAAAAADoM/yRsd0PYiVjE/s1600/bicarafarahreadmore4.png


 http://3.bp.blogspot.com/-E2X_78yxGcY/UA-006_EcwI/AAAAAAAADoU/-7JCN3AFkfo/s1600/bicarafarahreadmore5.png


 http://2.bp.blogspot.com/-oYSKDOYZhOg/UA-01TYHnBI/AAAAAAAADoc/4fL1b9EXl1k/s1600/bicarafarahreadmore6.png


 http://3.bp.blogspot.com/-9mY-IkwDRiY/UA-01zn4S9I/AAAAAAAADok/OitOLRaW4m0/s1600/bicarafarahreadmore7.png


http://1.bp.blogspot.com/-Szlwory7sZg/UA-02lY5nwI/AAAAAAAADos/PsSgHfqKpqQ/s1600/bicarafarahreadmore8.png

# 8 warna utama untuk korang, kalau nak lagi cun rajin-rajinlah design sendiri ye.

Bye!



Tuesday, July 24, 2012

Tempahan Template oleh Blog Mommy Rachel

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Malam ni aku nak update tempahan template terbaru. Walaupun tak sihat gagahkan juga update blog. Lepas solat Isyak nak terus ZZZ je. Selsema dan demam bergabung sekali. Tapi tanggungjawab untuk siapkan tempahan pelanggan perlu dilunaskan. Alhamdulilah 2 template dah siap. Cuma nak finalkan sahaja template tu. So sekarang nak review blog Mommy Rachel. Beliau inginkan thema hijau lembut. Blog untuk ibu-ibu yang banyak memberi tips tentang keluarga, anak-anak dan sebaginya. Jom skodeng.


Blog beliau juga ada jual produk kesihatan. Jika anda berminat boleh ke blog beliau dengan click pada header di bawah.


Kalau anda berminat dengan kerja saya boleh la emel saya fara_idola@yahoo.com

Sunday, July 22, 2012

Kepenatan memerah otak.

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa.
Sekarang ni busy ambil tempahan blog je. Penat sangat perah otak cari idea. Bukan semudah yang disangka kerja-kerja mendesign ni. Kena main coding, kena mengadap Photoshop dan sebagainya. Kerenah pelanggan pun kena layankan juga. Bukan mudah nak puaskan hati orang. So kena banyak bersabar. Adat bisness la tu.


Nampaknya kena buat syarat yang ketatlah lepas ni. Bila tengok rakan blogger lain, ramai yang buat syarat yang ketat masa dalam tempoh design. Nampaknya kena ikut style mereka kot. Sebab benda ni bukan mudah, satu tukar semua kena tukar. Mata pun berpinar-pinar mengadap laptop. Harap yang tengah waiting giliran harap bersabar. Waktu malam rasanya tak sentuh laptop sebab lepas terawih terus zzzz je hahaha. Bukan selalu pun terawih so take a time la dalam bulan Ramadhan ni.

Tutorial? nantilah kalau rajin, kalau malas..so malaslah update.

Bye!selamat berpose!

Wednesday, July 18, 2012

Tempahan Template oleh Blog The Secret.

Assalamualaikum,

Alhamdulilah sudah siap mendesign satu lagi blog. Kali ini aku mendesign blog berthemakan biru muda dan hitam, untuk menampakan seri blog tersebut aku masukkan komplementari warna iaitu kuning agar nampak lagi ceria. Saja praktikkan ilmu yang aku dapat masuk join ko-k masa aku degree dulu huhu. Teringat-ingat nasihat cikgu catan, suruh masukkan komplementari warna dalam warna lukisan agar lukisan itu hidup. Thank cikgu :)

Jom skodeng blog beliau. Beliau sukakan thema biru muda dan hitam. Kombinasi colour yang in dan menarik.


Melalui maklumat yang diberi memudahkan kerja saya mengedit dan design blog tersebut. Jom skodeng blog beliau dengan menekan header di bawah.


Click here untuk ke blog beliau.


Berminat dengan design saya.

emel : fara_idola@yahoo.com

#harga pun sangat berpatutan.

Monday, July 16, 2012

Tempahan Design Blog

Assalamualaikum.

Saya akan membuka tempahan design blog untuk pembaca dan pelanggan setia. 

Harga Pakej seperti di bawah:

Full Template + Review Blog
(Template+Header+Footer)

RM 40

Template sahaja + Review Blog
(Template+Footer)

RM 30

Header sahaja + Review Blog

RM20


Kerja mendesign akan dimulakan sekiranya anda telah menjelaskan bayaran dan anda perlu menunggu giliran anda. ( first pay first serve )

Hanya menerima pembayaran melalui CIMB bank (bagitahu tarikh dan waktu bayaran/referent number) dan Bank Islam (sertakan resit sebagai bukti melalui emel/mms) sahaja.
(Nombor akaun akan diberi setelah bersetuju menempah untuk design blog)


Selain itu, anda perlu :

1. Tetapkan thema template : warna PILIH SINI.
2. Gambar atau doodle anda. (saya tidak mendesign doodle)
3. Maklumat lain yang berkaitan : tajuk blog, perkataan yang perlu ditulis di header dan footer dan sebagainya.
#Sangat memerlukan kerjasama anda semasa proses mendesign.

Syarat lain:

1. Sekiranya template anda rosak atas perbuatan sendiri tidak akan dilayan. Bukan tanggungjawab saya.
2. Saya hanya mendesign dan edit blog sahaja. Bukan "create atau buat blog atau update entry anda".
3. Saya akan edit dan design blog pelanggan yang sudah membuat pembayaran sahaja.
4. Saya memerlukan id dan password anda semasa proses pemasangan template.
5. Hanya mendesign blog jenis Blogger/Blogspot sahaja.
6. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya anda masih tidak berpuas hati walaupun sudah lebih tiga kali (hormatilah masa saya semasa mendesign blog anda).
7. Cas tambahan akan dikenakan bergantung kepada "kerumitan" untuk mendesign blog anda.
8. Sila bagitahu design/thema anda secara detail agar mudah untuk saya mendesign.
9. Fikir dan finalkan terlebih dahulu design anda sebelum kerja design dilakukan.


Maklumat lanjut sila :

Emel : fara_idola@yahoo.com
Fan pages : Blog Miss Farah (PM)

# Cas tambahan akan dikenakan bergantung kepada design dan perkhidmatan tambahan. 
#Sekiranya anda melebihi 3 kali ubahsuai dalam tempoh design (sebelum muktamad@final design ) akan di cas RM10.

Nak tengok design saya?

MY DESIGN



TEMPAHAN BLOG DI BUKA

Assalamualaikum,


Kepada reader-reader sekalian alam,

Anda boleh membuat tempahan blog dengan saya.

Hanya yang membuat payment dahulu akan diutamakan. CIMB dan Bank Islam sahaja diterima untuk bayaran.

Saya akan edit dan design blog pelanggan yang sudah membuat pembayaran sahaja.


FULL TEMPLATE
template+header+footer
RM 40

HEADER
RM20

Maklumat lanjut boleh hubungi saya di fara_idola@yahoo.com

melebihi 3kali ubahsuai dalam tempoh design ( sebelum muktamad@final design ) akan di cas RM10.

Cepat sebelum terlambat.
Bukti bayaran, sila MMS atau emel resit pembayaran kepada saya.

#maaf saya tak design doodle

Friday, July 13, 2012

Tempahan Template oleh Blog Nour

Assalamulaikum dan selamat hari Jumaat yang bahagia ini.

Setelah lama tidak bermain dengan coding, bermain dengan PS dan bermain dengan warna aku kembali mendesign template. Rasa kekok kerana hampir setahun tidak mengambil tempahan. So di masa yang lapang ini aku merajinkan design blog. Pelanggan pertama untuk tahun ini adalah Nour. Beliau sangat sukakan green colour so all is green la. Jom aku review blog beliau. Beliau juga sukakan thema yang simple dan kemas.

Header transparent dan banyak rama-rama.

Memilih 3 column untuk template beliau.


Sangat suka warna hijau so hijaulah theme beliau. Saya designkan 2 tone colour hijau agar nampak sepadan.



Footer saya designkan tulip pink kerana tuan blog sangat sukakan tulip.

Sidebar design petak bujur agar lebih kemas dan comel.



Banner beliau berlambangkan rama-rama yang terbang bebas dan cantik ala-ala membawa banner beliau terbang ke dunia maya ini. Nak tengok real? Jom terjah beliau.

Thursday, July 12, 2012

Char Kuey Teow

Assalamualaikum,

Lama sangat tuan blog tak update-update blog. Mesti reader bosan sebab entry tak bergerak-gerak. Kebusyan aku macam perdana menteri membuatkan aku tak sempat nak menari laju atas keypad pinky ku ni. Ok korang suka makan char kuey teow. Aku suka! Tapi bukan fun nombor satulah tapi tetap suka. Selain makan char kuew teow Penang dan area Ampang aku suka makan char kuey teow kat my lovely kolejku Pendeta Zaba. Jom skodeng!

Jom close up sikit, kasi terlioq sikit.


Sangat sedap dimakan panas-panas, udang ada empat ekor, lepas tu kerang pun banyak. Sedapp wooo..

Pemakan char kuey teow.


Pemakan char kuew teow 2.


Tuan blog, rasa malas nak update gambar selekeh ni huhuhu..

Motif entry ini, jom beramai-ramai serbu Zaba semester depan kerana banyak pilihan makanan yang beraneka versi. So siapa kata Zaba tak best? semua ada woo, kolej paling selamat lagi.

P/s: Semester depan still duduk Kolej Zaba. Best wooo.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.