Thursday, September 27, 2012

Senarai Frekuensi Radio Malaysia.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Nak dengar radio pagi-pagi? malam-malam? siang-malam? jom cari  frekuensi radio di sini.

#from google
Hot FM
Lembah Klang --97.6 FM
Pulau Pinang/Alor Setar --88.2 FM
Ipoh --104.5 FM
Johor Bahru --90.1 FM
Kota Kinabalu --87.7 FM
Kuching --94.3 FM
Melaka --104.3 FM
Kuantan --92.4 FM
Terengganu-- 105.0 FM
Seremban-- 99.5 FM
Singapura -- 90.1 FM
Kota Bharu -- 105.1 FM

ERA FM
Kuala Lumpur --103.3FM
Johor Bahru, Singapura-- 104.5FM
Kota Bahru --103.3FM
Langkawi -- 90.7FM
Melaka -- 90.3FM
Negeri Sembilan-- 103.6FM
Kuantan --98.0FM
Kuching --96.1FM
Ipoh -- 103.7FM
Pulau Pinang --103.6FM
Kota Kinabalu --102.4FM
Taiping --95.2FM
Tapah--102.0FM
Kuala Terengganu --102.8FM

Sinar FM
Alor Star --97.1FM
Peneng --97.1FM
Kota Bahru --93.8FM
Kuala Terengganu -- 97.5FM
Taiping -- 96.4FM
Ipoh --96.9FM
Kuantan --97.2FM
Lembah Klang --96.7FM
Johor Bahru -- 87.8FM
Melaka --96.0FM
Seremban --96.9FM
Kuching --102.1FM
Kota Kinabalu --104.9FM


Suria FM
Lembah Klang --105.3 fm
Melaka --88.5 fm
Seremban, Negeri Sembilan --107.0 fm
Johor Utara --88.5 fm
Johor Baharu --101.4 fm
Kuantan, Pahang --96.1 fm
Perlis, P. Pinang, Kedah --106.9 fm
Terengganu --102.4 fm
Kota Bahru, Kelantan --106.1 fm
Ipoh, Perak --96.0 fm
Taiping --91.7 fm
Kota Kinabalu --105.9 fm

Muzik FM
Perlis / Kedah / Penang --100.5FM
Sik --102.7FM
Pulau Pinang --96.9FM
Ipoh --90.9FM
Cameron Highlands --93.1FM
Kuala Lumpur --88.5FM
Selangor --95.3FM
Kuala Pilah / Jelebu --91.7FM
Melaka / Johor Utara --96.6FM
Johor Selatan --105.7FM
Kuantan --107.1FM
Pahang --89.3FM
K.Terengganu --91.7FM
Gua Musang --91.1FM
Kota Bahru --101.9FM
Kuching --88.1FM
Sri Aman --98.9FM
Sarike --i90.3FM
Mukah --89.1FM
Kapit --91.9FM
Sibu --98.5FM
Betong --93.6FM
Bintulu --90.3FM
Miri --92.97FM
Limbang --98.1FM
Lawas --96.7FM
Pulau Labuan --88.5FM
Beaufort --96.5FM
Kota Kinabalu --88.9FM
Ranau --100.3FM
Kota Belud --100.7FM
Tenom --89.3FM
Kudat --94.9FM
Sandakan --92.1FM
Lahad Datu --102.9FM
Tawau --94.7FM

IKIM FM
Lembah Klang --91.5 FM
Perlis/Kedah/Langkawi/ Pulau Pinang --89.0 FM
Ipoh --102.7 FM
Negeri Sembilan --102.7 FM
Melaka --89.5 FM
Johor Bahru --106.2 FM
Kuantan --89.6 FM
Kuala Terengganu --100.2 FM
Kota Bharu --89.8 FM
Kuching --93.6 FM
Kota Kinabalu --93.9 FM

Hitz FM
Klang Valley --92.9 FM
Seremban --95.0 FM
Malacca --93.0 FM
Johor Bahru/Singapore --97.6 FM
Ipoh --92.7 FM
Alor Setar/Penang --93.0 FM
Taiping --93.6 FM
Kota Bahru --92.8 FM
Kuala Terengganu --94.8 FM
Kuantan --93.2 FM
Kuching --95.3 FM
Kota Kinabalu --100.8 FM
Astro --Channel 852

FLY FM
Klang Valley --95.8 FM
Penang -- 89.9 FM
Ipoh --87.9 FM
Seremban --98.6 FM
Kuantan --87.6 FM
Malacca --94.0 FM
Johor Bahru --102.5 FM
Singapore --102.5 FM
Terengganu --107.5 FM
Kota Bahru --107.4 FM
Alor Setar --99.1 FM

MIX FM
Penang/ Alor Setar -- 91.0 FM
Taiping --91.3 FM
Ipoh --94.3 FM
Klang Valley --94.5 FM
Seremban --94.2 FM
Melaka --91.1 FM
Johor Bahru --99.1 FM
Kuantan --94.1 FM
Kuala Terengganu --98.3FM
Kota Bahru --94.6 FM
Kuching --97.7 FM
Kota Kinabalu --101.6 FM
Astro Channel --855

XFRESH FM
Klang Valley --103.0 FM
Penang/Kedah/Perlis -- 106.5 FM
Ipoh --98.5 FM
Taiping --104.9 FM
Seremban --97.9 FM
Kuantan --100.0 FM
Malacca --107.3 FM
Johor --103.3 FM
Terengganu --104.0 FM
Kota Bahru --99.8 FM
Kuching --103.7 FM
Kota Kinabalu --98.6 FM
Astro --Ch.858


Selamat mendengar radio :)



Wednesday, September 26, 2012

Awas si pencuri! si pengotor!

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak bentul dugaan yang menguji kesabaran.

Macam-macam. Ikutkan hati nak bagi penendang je. Nak tendang siapa? Ganas gila. Memang aku ganas, garang dan sewaktu dengannya. Boleh kecut perut kalau tengok aku marah okehh!

Memang nak marah sangat-sangat! marah kat pencuri..

Adakah pencuri tudung aku begini, atau perempuan ayu bertudung haram? (tudung curi)

Banyak benda nak bebel kat blog ni, korang bacalah sampai pengsan.

Sejak masuk semester ni memang tiada istilah dalam zon selesa, nak tidur overtime pun risau, risau macam-macam..risau thesis, risau agsimen, risau...je..
Serius, memang kena off tempahan sebab komitmen aku as student tu sangat besar. Kalau nak ambil tempahan perlukan mood juga dalam kerja mendesign. Apa korang ingat idea boleh datang bergolek? Nak design ni bukan boleh sesuka hati buka PS terus design, perlu ada mood. Kalau dalam terpaksa, memang ke laut la jawabnya. Dalam keadaan kerunsingan, ketidakselesaan ni..adalah perlu for away daripada kerja design-design ni. Maybe have a time to design..1 week? 2 week? or more and more for 1 blog. Dah lupa kan semua tu.

Berbalik pada tajuk di atas, serius rasa nak maki. Tapi tahan je. Sabar separuh dari iman kan.

Cerita nya begini, tudung kesayangan sudah dicuri oleh penyagak. Serius memang nak marah. Tudung tu aku basuh dan sidai kat tepi ampai bilik aku. Serius tepi bilik. Malam semalam masa aku nak pergi mandi, tudung tu stay ada kat ampai, tapi bila nak masuk bilik terus lesap. Tetap bersangka baik, check kat bawah, tapi tak ada pula terjatuh. Kalau dah hanger dan tudung pun lesap. Sememangnya tudung tu sudah di rembat. Pandai pencuri tu kan, tudung bawal versi murah tak nak pula kau ambil yang mahal juga dirembat. Kalau kononnya terambil tudung aku, silalah pulangkan ye.

Sebenarnya aku tak suka nak syak wasangka siapa yang mencuri tudung tu, tapi maybe student aras aku juga kot. Kesiankan, mak bapak hantar masuk universiti untuk belajar tapi datang sini bawa perangai sampah nak jadi sampah masyarakat. Sebelum ni, ada juga dengar desas desus kawan-kawan lain block, barang/pakaian yang sidai dekat ampaian kena curi. Banyak betul ye keturunan penyagak ni.

Serius aku sangat benci dengan pencuri ni, nak je potong tangan dia dengan gergaji. Mak bapak tak ajar ke? memang habit mencuri? atau keturunan penyagak?


Ni dia tudung aku yang kena curi tu, hanya tinggal kenangan :'(


Lepas tu, ada pula kes budak perempuan yang suka buang tuala wanita dalam tandas. Aras atas aku ni, mean aras 4, toilet tersumbat. Sampaikan nak flush air pun tandas tersumbat gila. Apa lagi bau najis pun macam perfumes la hahaha. Bila dah aras atas tersumbat, of courselah bagi effect kat aras aku, saluran paip najis pun keluar air najis yang membuak-buak tapi syukur ada orang datang baiki, kalau tak memang bau haremmm la. Padahal, memang dah ada sediakan tempat untuk buang tuala wanita, berat sangat tulang kot nak buang dalam tu.

 Dah setahun aku duduk block ni, tapi benda ni tak pernah terjadi, tapi bila mula sesi baru, means new semester for new student masuk..terjadi macam ni. Budak baru ke yang buat perangai tahik macam ni? entahlah. serius langsung tak bermoral. Bukan tu je, tangan-tangan pengotor ni suka sangat buang sisa makanan dalam singki, akibatnya singki pun tersumbat. Tak boleh ke sisa makanan tu buang dalam tong sampah dulu? then baru basuh mangkuk or sewaktu dengannya? ni main campak/buang je dalam singki, apa kau ingat kuli bapak kau banyak sangat nak cuci itu ini?

Aku memang anti gila dengan si pengotor macam ni, sebab dari kecil lagi mak aku ajar, sisa makanan perlu buang dalam tong sampah, tak boleh buang dalam singki sebab nanti singki tersumbat. Jaga kebersihan. Serius rasa nak sumbat je sisa makanan kat mulut orang yang suka buang dalam singki tu..nahhh kau rasakan wahai si pengotor!

Maybe kot sesiapa yang buat perangai pengotor ni di bawa daripada habit dirumah. Takkan buang tuala wanita pun kau buang dalam toilet rumah? Tak malu ke?

Serius malu gila, bila kawan block atas aku cerita, tuala wanita yang dikutip dalam lubang tandas (tersumbat) tu, di gantung kat tepi toilet. Banyak woo buat pameran. Aku rasa orang yang baiki tandas tu memang begang gila dengan peragai si pengotor ni. Takkan nak tulis "hoii si bodoh, jangan buang sanitary pad anda dalam lubang jamban" ????

Tapikan, tapikan aku ada jumpa tandas yang tulis kat setiap pintu tandas, tapi tempat kejadiaan dirahsiakan, dia tulis lebih kurang macam ni

 " nama je budak universiti tapi bodoh bertingkat-tingkat, dah berak tapi tak tahu nak jirus" 

hhaaaa ambik kau, sejak tampal notis yang "ganas" tu terus ramai yang bawa baldi kalau flush toilet tu rosak. Kena reminder macam ni ke? takkan najis sendiri pun tak tahu nak uruskan. Apa kau ingat cleaner tu pecacai nak cuci tahik kau? serius manusia sengal.
 Dah remind bodoh bertingkat-tingkat baru kau fahamkan? sebab kalau ayat soft-soft mereka takkan faham, kena bagi kaw-kaw sikit. Kalau tak faham juga memang tak ada otak. So kena reminder

"hanya binatang sahaja suka buang sampah dalam singki"..or "hanya binatang suka buang sanitary pad dalam lubang toilet/tak jirus najis nya"... 

Kalau still buat lagi tak tahulah aku, kucing aku pun pandai tambus najis dia.

Dah la, korang fikir-fikirlah sendiri. Sama-samalah jaga kebersihan persekitaran kita. Tak guna berpelajaran tinggi tapi masih dungu lagi. Perlu tak tambah kelas khas "kelas kebersihan" di IPTA?IPTS?

Kesiankan?




Monday, September 24, 2012

Ubat malas adalah rajin.

Asalamualaikum.

Hari ni update blog kat library. Sebenarnya malas sangat pi library, kalau duduk bilik semestinya asyik nak zzzz je, kerja ofcourse terbengkalai. Sekarang ni busy cari bahan untuk thesis, nak tukar tajuk rasanya sebab tajuk yang aku buat ni ala-ala PHD la pula, agak rumit..hope sangat penyelia bersetuju dengan tajuk baru aku ni, nak rangka mini draf sebelum tunjuk kat penyelia...

Kalau nak buat tajuk thesis baru of couselah kena berjuta- juta benda kena baca, kena faham, kena in mood hahaha. Agsimen pun menyusul, kena fikir juga..banyak beban kena fikir semester ni hahaha.

So ubat malas kena lah rajin. Kalau malas apa pun tak jadikan. So chayokkkk


Sunday, September 23, 2012

Demam Instagram.



Assalamulaikum.

Sekarang adalah demam Instagram.

Anda ada Iphone, Ipad, dan Android hp? Kalau ada memakai gadget tersebut. Bolehlah menggunakan Instagram. #tak tahulah blackberry boleh guna ke tak.

Instagram ni lebih kurang macam sosial network yang lain juga, macam FB, Twitter. Tapi lebih kepada album gambar. Kepada yang suka snap gambar boleh la daftar Instagram.

Gambar-gambar yang disnap boleh terus upload dalam Instagram dan boleh publish ke FB dan Twitter. Maka ramailah yang dapat menatap album online anda tu hehehe.

Kalau pakai android, boleh search Instagram dekat Play store handphone anda, kalau pakai Iphone, Ipad boleh ke App Store. Instagram adalah software percuma. Lepas dah download dalam handphone, Iphone or Ipad korang bolehlah mendaftar dengan menggunakan emel address. Dah sah semua tu, letaklah ada yang patut dalam maklumat akaun korang..dan bolehlah snap gambar dan share. Godek-godeklah Instagram tu, baru akan lebih tahu.

Lepas korang capture gambar tu, korang boleh edit guna Instagram dengan pelbagai jenis effect yang menarik sebelum korang publish dan share.

Berikut, adalah gambar-gambar yang aku upload dalam Instagram aku.








https://lh6.googleusercontent.com/-tN3klomOocw/UFlt6s9GdRI/AAAAAAAAES8/pxOqqw3VNa8/s640/blogger-image-2008123488.jpg

https://lh3.googleusercontent.com/-OU_M-BBOYdA/UFlt56SW6PI/AAAAAAAAES0/ROZj9tN7X_s/s640/blogger-image--744687439.jpg


Menarik tak?? menarik or tidak, itu hak korang nak join atau tidak kerana ini bukanlah paksaan ye.

Kalau sesiapa yang dah ada  Instagram tu, silalah menfollow aku dengan search nama:

puteri_nurfarah


ok sekian selamat malam sayangku. baiii...





Tips: Kekalkan kecantikan Brooch.

Assalamualaikum dan selamat malam seluruh alam.

Brooch atau keronsang amat cun bila dia bersinar-sinar atau berdiamond tapi sangat terasa kecacatan pada brooch tu bila diamond dia tercabut walaupun 1 diamond yang kecik itu. Kalau beli brooch yang tak berdiamond macam satu ketidak cunan terasa. Mesti nak beli yang berdiamond agar memancar-mancar kilauan dari 100km lagaknya muahaha.

Tak kiralah mahal atau murah (mahal maybe tahan lama diamondnya) tak jugakan? dah buatan manusia memang ada cacat celanya. So kita yang mempunyai akal fikiran perlu berfikir dengan kritis dan kreatif untuk lebih berinovasi.

Dalam kotak ajaib ini terdapat barang kemas saya iaitu brooch. Jangan ingat aku nak menunjuk berlian-berlian aku pulak.


Sebenarnya kotak ini sangat tak sesuai untuk meletak brooch tapi aku peduli apa. Bukan salah pun kan..



Di situ terasa kecacatan kerana terdapat lompang diamond yang keciciran akibat daya tahan yang kurang. Bila sudah ada lompang begitu, mesti terfikir-fikir untuk memakainya lagi atau tidak, kalau setakat pergi pasar tu bolehla kot..huhu..iye! aku amat cerewet! tapi kalau dah emergency of courselah belasah je. ada aku kisah?

Ok, kawan-kawan sekalian alam, jomlah kita mencuba perkara remeh ini tapi sangat berbaloi dan menjimatkan wang anda daripada membeli brooch setiap masa kerana anda boleh memakai brooch anda dalam jangka masa yang lama.



Apakah ini? minuman? oh tidak. ini adalah nail polish @ pengilat kuku. Benda ni memang aku tak pakai kat kuku tapi kat brooch. eh eh eh brooch pun pakai polish nail..bagusnya kau brooch. 5 star tuan ko layan ko kan??lepas ni polish kuku kucing pulak.

Bukan begitu ye..nail polish ni digunakan untuk kuatkan diamond pada brooch agar tidak mudah tercabut ye kawan-kawan.





Sapukan nail polish pada keseluruhan diamond anda..agar dia dapat meresap ke keseluruhan diamond. Biarkan brooch anda kering.

Diamond brooch  akan lebih berkilau-kilau.



Kesemua brooch yang sudah siap di nail polish kan.


Kalau korang rajin bolehlah polishkan brooch korang sebulan sekali ke, seminggu sekali ke hahahaha.. Bukan bermaksud sekali polish selamanya akan bertahan. Brooch korang bukan sahaja tahan lama tapi nampak baru sentiasa sebab dah dipolish. Ofcourselah nampak bling blingkan..

Oklah lepas kering simpanlah ke tempat asalnya :)



ok baii! dan selamat mencuba. Kalau tak jadi aku tak tahu.



Thursday, September 20, 2012

New Blogger Interface selamanya?

Assalamualaikum..

Tadi buka blog. Buka dashboard.

Terpandangkan new blogger interface, nak back ke old look tapi tak boleh. Sangat sedih??!

Macam mana nak design blog macam ni, boleh tu memang boleh tapi pening 10 jam.

Ok bai :(

cara cik blogger ni macam tak bagi blogger pakai design template guna coding manual..suhh pakai template designer lah nih..meyampah!






Wednesday, September 19, 2012

Oh gadget

Assalamualaikum, hari ni penat uruskan hal gadget. What gadget? Apa-apa jela. Hari ni destinasi pertama adalah ke Maxis KLCC untuk uruskan hal sim kad. Cadang nak buat double sim kad tapi tak bolehlah pula. Orang Maxis suruh ambil pakej WiFi Rm98 sebulan dan terminate broandband tapi rasa membazir la pula. Nasib baik ada pakej internet for gadget rm 18 sebulan untuk 1gb. Oklah kot untuk gadget ciikai aku ni, gi pun lappy tetap menjadi first choice. Berokband tetap on. Mengalir juga rm100 untuk pendaftaran. Dia bagi modem, ikutkan hati tak mau sebab dah ada cik berokband so dah pakej, terpaksa terima huhuhu. Lepas tu ke low yat belikan external hard dis for my friend. 1 tera tu, mau letak apa tu? Hehehe. Sekarang kat jusco balakong makan-makan sambil update blog, mencuba servis cik Maxis tadi.


Monday, September 17, 2012

Tempahan daripada R&Z Cosmetics dan Seri Impiana Inn.

Assalamulaikum,

Busy sampai tak sempat nak rush buatkan template. Maaf kepada saudari Azzwa sebab lambat nak publish entry ni. Keseluruhan blog dah siap cuma banner. Tapi alhamdulilah tadi siapkan juga banner untuk R&Z Cosmetics. Kedua-dua blog ini adalah blog bisness. Berputar juga otak nak cari idea nak design blog ni. Kena design ikut kesesuaian. Sekarang ni terpaksa "berehat" sekejap ambil tempahan, kena limitkan sebab tak cukup tangan nak buat blog, nak betulkan thesis dan macam-macam lagi, poneng kepala deng ni.

Malas nak kepoh, jom kita berkenalan dengan blog-blog ini.

R&Z Cosmetics

Blog ini adalah blog yang menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Semua ada. Thema blog ni warna oren dan hitam. Aku designkan slow oren ala-ala kuning, oren dan hitam agar kombinasi ini nampak serasi. Harap tuan blog sukakan design ini :)

Kalau korang rasa nak cuba produk R&Z ni bolehlah roger-roger tuan blog. Banyak testimoni yang best. Terasa pulak nak mecubanya hehehe.Jadi apa lagi jom jenguk blog beliau.



Kalau korang nak jenguk blog ni boleh beramai-ramai tekan banner di bawah :




Seri Impiana Inn

Seri Impiana Inn ni adalah perkhidmatan yang menyediakan untuk penginapan, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.  Salah satunya adalah seperti di bawah :

LATEST RATE FOR ROOM DURING HOLIDAY SEASON

STANDARD ROOM = RM 94.50
(AIR COND+BREAKFAST)

AQUAMARINE SWIMMING POOL~

NON-MEMBERS

1-4 YEARS =RM 4
5-13 YEARS =RM6
14-ABOVE =RM 8

MEMBER

1-4 YEARS =RM 3.20
5-13 YEARS =RM 4.80
14-ABOVE =RM 6.40
Kalau nak tahu selanjutnya kenalah lawat blog Seri Impiana Inn.

Thema blog ni hijau dan kuning. Berkonsepkan nature dan flower.


Jom click banner di bawah untuk lebih infomasi.








Kalau berminat menempah boleh la emel saya tapi kalau tak balas tu tandanya tengah busylah tu. Sekarangni memang kena limitkan :)

P/s: Tuan blog, kalau suka design kita boleh la tempah lagi lepas ni :)




Testing

Online with gadget

Saturday, September 15, 2012

Jom edit-edit gambar.

 Assalamualaikum dan selamat pagi.

Fun memang fun kan..bila dapat edit gambar dengan guna handphone. Cuma guna 1 software dah macam-macam boleh edit, tak payah meyemak guna PS tu hehehe.

Kali ni nak kenalkan paveret software iaitu Photo Wonder.
Kepada sesiapa pengguna android ni boleh download free kat market. Search je photo wonder. Akan keluar icon macm di bawah ni :



Sekarang ni memang software ni free, tak tahu plak tetiba kena bayar hahaa..kes naya jugak. Tapi sapa yang pandai hack..semua boleh jadikan.


Software ni macam-macam boleh buat, boleh buat effect gambar, macam-macamlah, jom tengok gambar yang telah aku edit!

Letak effect neon, macam liplap liplap je.

Macam kena simbah air je muahaha..

Ini kita suka, frames ala-ala lukisan je.

Effect cahaya!

Frames lagik

Frames yang nampak cumell.

Kesayangan yang di make-up.

Bulu mata i macam real tak?

Bertukar jadi meoooww meooww..
 Bestkan guna software ni, tak rugi pakai android hehehe. Ni sayang nak lepaskan HTC ke Blackberry sebab dah jemulah asyik touch screen je.

ok, baii..


 

Friday, September 14, 2012

Makan-makan di Restoren Nasi Ulam.

Assalamualaikum,

Tadaaa semester baru sudah bermula maka persediaan untuk thesis juga bakal membuka tirai baru. Iskk sangat tak boleh nak berada di zon-zon selesa seperti waktu cuti semster dulu. Terasa home sick sebab duduk rumah selama 2 bulan lebih, nak terbang balik rumah lahhh.

Ok, jom kepada tajuk entry aku ni. Tempat kesukaan lepak untuk dinner adalah di Restoren Nasi Ulam di Bangi. Memang itu tempat kesukaan, dulu selalu lepak kat Kajang, melantak sate kajang tapi kini mesti melepak kat Bangi untuk dinner. Suka makan tomyam kat sana.

Kat Nasi Ulam, aku lebih prefer ambik pakej, sangat berbaloi, dan pastikan perut anda lapar untuk makan dengan licinnya di sana. Kalau korang nak tahu Restoren Nasi Ulam ni terletak kat Bandar Baru Bangi, sebelah Amani Hotel, kat situ sebaris dengan Wong Solo Restoren dan Steamboot Antarabangsa.




Bersama dengan sahabat kecintaanku, selepas menghabiskan duit di Jalan TAR, kami menjamu selera di Restoren Nasi Ulam.


Ikan kembong masak 3 rasa, walaupun selalunya orang buat ikan siakap tapi pakej yang selalu aku makan ni ikan kembong, Pakej RM23 ni boleh di makan untuk 2 orang, antara menu pakej ni- nasi putih 2 pinggan, ikan kembong masak 3 rasa, tomyam ayam, telur dadar, ulam-ulam dan 2 gelas air sirap. Banyak lagi pakej menarik boleh cuba! semua best!


Kailan ikan masin.


 Tuan blog yang tengah lapar masa ni.

 Telur dadar,

 Ulam-ulaman dan sambal yang meveles.

Nasi Putih,

Aku prefer makan dinner, hari tu teman kawan sarapan kat sana..wauu banyak gila pilihan lauk untuk lunch. Aku terpandangkan nasi kerabu, terus beli! untuk tapau lunch kat bilik huhu..


taraaaa...........



Nasi Kerabu di Restoren Nasi Ulam, yummy!.
padahal semalam dah makan nasi kerabu yang di beli di pasar malam kajang dengan kekawan, tapi dah cintakan nasi kerabu makan la 2 hari berturut-turut.
Nasi Kerabu pasar malam, sedappp juga! cuma manis je.

Tapi kan..tapikan..tak boleh lawan nasi kerabu pasar malam sungai dua, Penang dekat dengan USM. Pasti nak lagi kalau rasa!

Ok! bye!!..

p/s: Lepas ni nak rasa steambot antarabangsa lak, jom jom jom...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.