Monday, March 18, 2013

Cerita hari ini.

Assalammualaikum semua dan selamat hari Isnin.

Seronok baca blog orang yang suka update hari-harikan. makan-makan, minum minum, jalan-jalan..hehe.
Bila keluar makan tempat best-best dan nak snap gambar ada orang tu cakap "isk tak payah la ambil gambar, nak makan pun nak ambil gambar ke..malu orang tengok"..ok lepas tu terus simpan handphone dalam beg dan hanya tumpukan pada makanan je. Lepas tu keluarkan handphone nak check emel dan FB..ada lagi teguran "eii dia ni asyik dengan handphone je 24 jam"..ok simpan dalam bag..kalau macam gitu macam mana lah aku nak update review makan-makan best-best asyik suruh simpan handphone je..

Minggu lepas aku balik kampung. Rindu sangat kat mak dan ayah serta kucing-kucing comot tu hehe..Bawak beg punyalah berat segala isi buku bawa kononnya nak settlekan bab-bab dalam tesis tu tapi buat sikit je kerja kat kampung. Selebihnya tidak.ALhamdulilah tadi dah summit untuk beberapa perkara yang perlu dibaiki.

Pagi tadi memang bangun sebelum subuh sebab perut memulas gila..asyik ke tandas je kejanya sampailah subuh. Dah la hari ni dah janji dengan SV nak hantar bab-bab tesis..tak suka la kalau mungkir janji..so ambil 2 kotak pil chi kit teck aun telan dan sleep kejap 30 minit. Lepas tu still ke toilet lagi.. Siap-siap bagai, kul 9.15pagi turun pergi print segala benda nak print out dan tunggu bus. Dah risau ni sebab janji pukul 10 pagi. Turun kat ATMA, pulangkan buku ATMA dan terus ke biliknya..jam dah pukul 10.10pagi..aduhh memang dah lewat ni. Aku memang tak suka lewat-lewat tambah-tambah lagi orang tunggu lama-lama sebab kelewatan/tak menepati janji ni akan mengurangkan kepercayaan kita pada orang lain. Macam aku juga la, kalau orang tu tak on time, mungkir janji, suka cakap lain buat lain dan batalkan something janji tanpa alasan yang kukuh..MEMANG aku TAKKAN BERCAYA orang tu lagi. Kalau sikit-sikit tu tak pe la ni kalau melampau memang la aku takkan deal apa-apa dengan kau..

Ok lepas hantar tesis tu, my SV kata nak baca dulu baru bincang. Risau wei my SV memang teliti tapi itu semua untuk kebaikan aku juga kan..
Lepas tu terus sarapan kat Pusanika..just take bubur dan mineral water je sebab perut memang dah empty ni. Cadang nak singgah beli tudung kat Pusanika tapi ekspo tu dah habis. Hari tu beli tudung bawal plain RM6 sahaja sepasang. Kainnya best tak macam setengah bawal kalau kena keronsang pasti ada jalur putih tu hehe.. Hari tu rembat 4 helai..sebab color tak ada dalam koleksi.

Kalau kat luar aku tengok RM10 sepasang, dah la kain keras tak best, tapi kat situ RM6 je..best pakai, hehe..

 
Yang ni aku pakai color teal.


yang ni color purple.

Amboi dah macam model tudung pulak kan tapi tak pelah blog sendiri maka model pun sendiri, nak syok sendiri pun tak pe sebab tak menempek kat orang lain hehehe..

Warna kelabu tu tadi dah rasmikan..tapi tak sempat snap gambar dan blue tu esok ke lusa ke I gayakanlah kihkihkih..
Geramnya sebab ekspo tu dah habisss..baru nak beli color kuning mustard, hitam dan pink. Tak pe, next time beli..save duit ku hehe.

Lepas tu terus ke library tapi perut ni dah mula memulas..tak tahu lah maybe aku tak tahan makan nasi beriani semalam semua benda dalam perut terpaksa dilepaskan...terpaksa la singgah kat "tempat pelaburan dulu" ..masa kat library tu memang nak stay lama tapi perut pun memulas-mulas je tak jadilah nak bertapa..cuma pinjam buku je laahh..sempat jugak beli pen color2 kat Unikeb hehe..sebab suka tulis literature review kat dalam note pen color  dan suka baca buku conteng dengan pen color2 baru nampak ceria! (buku sendirikk boleh la, buku library jangan tau!) hehehe..

Macam budak-budak je kan..pen pong nak tunjukk..ahh pedulikk apa! pink wajib ada!

Lepas tu zasss terus balik, sebab kesakitan keperutan ini terlalu hebakk. Tunggu bas kat bus stop nak balik kolej..tetiba...

nampak

---








 

V




V










V


















V


















Sumber Google


Ular kat bus stop bawah tempat duduk..terus bagitau seorang girl tu ada snake sebab dia duk dekat dengan tempat duduk ada snake tu..wahhhh takutt..

Ular tu macam ni la kedudukannya, tapi tak bergerak..tak tahu mati ke hidup ular tu tapi tak la besar ni..macam ular lidi tapi kepalanya macam tedung..maybe anak tedung, entahlah tak tahu jenis-jenis ular ni. Lebih kurang macam ni :



Sumber google

Walaupun dia kecik tapi sangat bisa tau, boleh menbawa maut. Eii takutnya, setiap kali student lalu dan nak duduk situ kena bagitau la..takut juga kot tiba-tiba menyerang..eiii minta dijauhkanlah.

Kalau pergi mana-mana kita kena alert..benda macam ni ada di mana-mana. So berhati-hatilah tambah-tambah di waktu malam.


So sekarang ni rehat-rehat kat bilik sambil update blog. Tiba-tiba dapat mesej dari SV suruh jumpa dia sekarang..makk aii risaunyaaa..so terpaksa la aku jumpa dia pagi esok jelah sebab tak larat deng nak ke fakulti lagi dah la badan tak sihat ni. Harap-harap tak ada masalahlah dengan my thesis ni..semoga Allah mudahkan urusan aku...aminnn.

Ok, bye korang!







1 comment:

  1. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.