My Review: Live Luxe by Jennifer Lopez perfume.

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita dalam segmen My Review Collection.

Kali ni nak review perfume juga. Ahh tak kira, dah memang addicted so review je.

Second perfumes original yang aku beli adalah Live Luxe by Jennifer Lopez. Semua ni terpengaruh dengan Best Celebrity Fragrance la. Live Luxe by Jennifer Lopez ni merupakan Best Celebrity Fragrance tahun 2009. So terus je beli yang ni. Sebab dah dapat Best Celebrity Fragrance...
so kenalah memilikinya sebotol kannn.. Perfumes ni jenis eau de parfum (EDP)

Kotak dia macam Diva. Of courselah sebab J.Lo kan hehehe.


Botolnya pun sangat cantik. Aku suka sangat. Seharusnya lepas ni kena letak semua botol-botol perfumes yang dah kosong dalam almari kaca gitu. Buat koleksi.


Review bau :Pada pendapat aku, bau dia macam bau biasa-biasa je, bau-bau kebanyakkan perfumes yang ada di pasaran..bau dia macam Ralph Ralph Lauren for women (blue color), Escada Rockin' Rio 2011 dan ala-ala bau perfumes brand yang jual kat Watson dan Guardian. Tak 100% bau dia sama tapi lebih kurang macam tu jugalah. Bau dia sangat-sangat segar lebih kepada fruity, dan aquatic (selalunya kalau aquatic memang bau fresh). Bau dia lebih kepada buah melon, peach dan pear serta sedikit bau bungaan. So kalau yang suka perfume lebih kepada fresh dan buah-buahan ini adalah perfume terbaik untuk korang. Bila korang tengok botol, perfumes ni dah hampir setengah digunakan. Aku lebih suka pakai perfume ni ke library, fakulti dan kuliah sebab dia bagi mood segar pada aku.
Ketahanan: Ketahanan sederhana, pada my skin 3-6 jam sahaja. So kena selalu spray la. Kalau fresh selalu spray banyak kali pun tak apa kan :)
Rate: 7/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike


Boleh dikatakan perfumes kesukaan buka kecintaan. Rasanya kalau dah empty perfume ni aku tak repeat beli lagi. Maybe boleh cuba perfume lain yang lagi fresh kot.

Kebaikan:
Make me better mood and fresh in early morning.

Keburukan:
Bau biasa-biasa dan not lasting.



No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH