Ubat Kurus.

Assalamualaikum semua,

Ada yang tanya, ok tak makan ubat ni? Ok tak makan ubat tu?

Pada aku kalau tengok testimoni semuanya bagus, semuanya elok...berkesan je tapi indah khabar dari rupa. Buat menghabiskan duit je beli beratus-ratus tapi kesannya hampas.
Kali ni aku nak review serba sedikit pengalaman aku dengan ubat-ubatan ni... Harap dapat membantu korang yang nak dapatkan berat badan ideal ni. Ubat ni cuma agen untuk memudahkan proses kuruskan badan, makan dan minum kena kontrol juga lepas tu kena selalu buat senaman baru boleh kurus dengan sihat.

1. NH Detoxlim Natural Clenx Tea

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFuMQe5EgkejQaQyn-FUtKU61FVWkGQ-fiLnrlQmSbaJqu7bcNoZ86Al-YkpkPKQoPKMt9szqOq8X0VNQ7hLH5pOjckUSyKKHBz0URmxpapxVq6IPWrovpIFoblnugl4c_r32DkAlxo7A/s320/Fara1274.jpg 

Dulu aku ada kecohkan pasal ENTRY INI, korang click link untuk baca. Aku ni jenis tak boleh telan ubat yang jenis bau-bau macam tea ni. Tekak aku cepat loya nak termuntah...tutup hidung sambil telan tea ni. Mak aku cakap, macam mana le nanti beranak nanti sebab kena minum air akar kayu bagai..Aku minum 2-3 je lepas tu aku rerus tak nak minum tapi mak aku yang sambung minum. Mak aku cakap mudah nak membuang tapi tak ada la tercirit-birit 24jam ke tandas. Dia cakap perut dia kurus la tak la buncit macam dulu. Maknanya ada kesan jugalah minum tea ni tapi kalau tekak korang jenis boleh telan ok je kot tapi kalau jenis tekak macam aku ni tak usah beli lah..
Tapi, masa aku update entry pasal tea tu, ada reader kongsi testimoni kat aku..badan dia slim..dia minum hari-hari katanya..dan bila dah ok minum 2hari sekali dan bila dah dapat berat ideal 2-3x seminggu. Bagus juga ni. Boleh dapatkan di Watson dan Guardian ya!

2. Orang Kampung Herbal Tea
Bau dia macam NH Detoxlim Natural Clenx Tea tapi bau tea orang kampung ni lagi kuat..lagi kena tutup hidung tapi sekarang dah ada perasa limau nipis dan halia..so perasa halia aku boleh tahan lagi teguk. Aku pun tak terus menggunakannya sebab anda akan mengalami perut memulas dan akan termenung di dalam tandas beberapa kali sehari..Oh tidak boleh jadi buas!r macam ni haha..aku tak minum pun sebab macam julap pulak. Kalau aku rasa aku tak berry aku akan minum agar cerry berry hahahaha..


3. 2 be model

Aku try ubat ni masa tunggu konvo degree aku dalam tahun 2010..aku beli 2 kotak sebab ada promotion..masa ni ada duit gaji so bolehlah beli supplement sendiri. Masa ni penjual tu suggest katanya ramai yang ambil. Hasilnya..biasa je..1 kg pun tak turun..seminggu pertama je rasa macam cepat kenyang bila makan nasi lepas tu go bye lah..tak ada kesan pada aku. Tapi rasa dia sedap sebab rasa strawberry..ala-ala minum just gitu! NEXT!

4. Sendayu Tinggi





 Ketiga-tiga aku dah try tapi indah khabar dari rupa. Ini gara-gara terpedaya baca majalah wanita. Mungkin aku try bukan pada zaman kegemilangannya.. Setengah kilo pun tak turun hahaha.. Tapi tak kisahlah sebab masa tu guna gaji sendiri, kalau guna duit mak bapak mesti rasa menyesal kan hahaha.. Pada aku memang tak berkesan tapi pada korang aku tak tahu lerr.

5. Jamu Susut Mak Dara


Paling best hasil adalah Jamu Susut Mak Dara, selepas amalkan dua-tiga bulan memang nampak hasilnya. Tapi jamu ni memang panas kena banyakkkkk minum air. Jamu ni memang buang angin, lepas makan je mesti membuang (ke toilet) so can fit kan perut korang. Ada juga kilo-kilo tu turun. Best! Tapi take time juga..ikut jenis badan macam mana...jaga makan dan buat senaman ye..kurangkan minum ais-ais ni.


6. Slimming Set Shaklee


Aku ambil shaklee sebab nak fitkan badan yang makin slim tu (ewahhh)
Shaklee ni memang bagus tapii kalau korang ambil FULL SET. That mean korang kena ada Alfalfa+Herblax+Cinch+licithin+tea slim (setahun lebih aku amalkan)
Kalau korang beli semua set tu setiap bulan..insyaallah boleh turun tapiiiiii take time juga...sebab dia supplement dan cinch tu macam gantian makanan.. Antara ESP dan Cinch aku lagi prefer cinch sebab dia ada kesan..ESP tu pada aku kurang kalau untuk diet-diet ni. Tapi kalau korang ambil basic je kenalah tunggu lamaaaa sikit baru turun dan jangan tgk kilo sangat sebab makan set ni dia lebih kepada nak shapekan badan baru boleh lihat kilogram nya turun. Kena banyak sabar ye! Tapi bajet tu kena besarlah kalau nak beli full set, kalau korang nak beli basic kena takeee timeee tau!
Tapi aku memang tak putus makan alfalfa dia sebab best! keputihan hilang dan boleh mantapkan aset korang muahaha!

 7. Pati Delima Gulsan
 
Ini bukan ketegori ubat tau. Aku dah try ni memang best tapi masam ya ampunnn...aku ambil 1 sudu besar dan setengah sudu madu campur dalam air suam dan minum.. Baik untuk slim ni tau.. Ni cara paling murah dan ekonomi.. Pati delima ni ada jual dekat kedai-kedai jamu/ubat tradisional..harga dalam RM20, RM18 dan RM15..lagi murah mungkin ada. Korang pandai-pandailah server mana kedai yang jual murah. Madu pula beli je kat supermarket..beli yang original jangan beli yang mix gula tu tau,,kang kencing manis pulakk..kennn hahaha...
Untuk kurangkan selera macam dan untuk keluarkan banyak peluh memang berkesan..dan boleh memecahkan lemak. Kena amalkan selalu ler, jangan kata makan hari ini esok kau boleh slim melimm..memang takkan lah kannn.


OK, sambung next entry for tips lain pulak..tu pun kalau tangan ni rajin menaip..




 

14 comments

  1. teh orang kampung pernah minum sekali je.. rasa dia mcm nak muntah..

    ReplyDelete
  2. ingat nak diet gak nanti. tapi nak buat secara natural je. xnak amik pape produk hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt klu rjin kita update cra natural...murah n bkesan

      Delete
  3. ingat nak diet gak nanti. tapi nak buat secara natural je. xnak amik pape produk hikhik

    ReplyDelete
  4. Berminat denga Lami...
    Harga promosi Syawal...
    Untuk cear stock...
    Whatsapp : 0133196852

    ReplyDelete
  5. Berminat denga Lami...
    Harga promosi Syawal...
    Untuk cear stock...
    Whatsapp : 0133196852

    ReplyDelete
  6. Bio z niu-slim pn prdct yg bgs,hrga pn berpatutan,,,,

    ReplyDelete
  7. terbaik product ni sy rekeemen kan sgt2 . .sy dah kurus lepas mnum smpai habis

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya niu slim ni sesuai x bg ibu menyusu

    ReplyDelete
  9. Jamu susut mak dara ada jual x saya nk cuba makan

    ReplyDelete
  10. Sape pernah cuba jamu lami? Mmg bkesan.
    Setuju!Jamu, Lami sgt berkesan, y penting cara pengambilan kena betul.Sy sendiri consume 2 mnggu loss 5KG.
    Terbaik lah LAMI. Stok susah nak dapat. Sy ade jual kalau ada kawan2 yg nak boleh wassep sy.
    Skrg ade promosi, setiap pembelian dpt freegift.

    Wassap:0145089242.
    fb :jamulami
    Ig :ekajamumall

    Utk tgk testimoni dn update terkini ok.

    Stock amat terhad.sempena YEAR END SALE nak bagi freegift istimewa y bernilai RM10 taw. Untuk dapatkan freegift di setiap pembelian sempena Y.E.S, ws segera okey.

    ReplyDelete
  11. Very good info. Thanks for sharing. Keep it up and good job.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH