Jom tengok movie

share iklan dapat $$$ CLICK HERE!

Assalamualaikum semua..

Lama tak update pasal aktiviti peribadi. Busy sangat dengan tugasan tesis. Daripada data SPSS hingga nak analisis data. Cepat sangat masa berlalu sekarang dah bulan 12, ya bulan 12....wauuu masa itu emas so kena kutip dengan tangkasnya.

Lama dah tak tengok movie sebab asyik busy je, hari tu tengok iklan filem Penanggal terus rasa macam tak sabar je nak tengok.

Aku memang suka filem seram sebab boleh feel..tapi sebenarnya penakut sebab tengok sambil tutup muka. Boleh ke macam tu??

Sebelum nak tengok wayang kenalah posing dulu. Sekarang ni suka pakai maxi dress. Rasa macam begitu feminin je hahaha..


Inilah filem yang aku tunggu-tunggu sangat tu sebab nampak macam best je, macam seronok..nanti aku bagitahu review aku ye!


Lepas beli tiket tu kan dapat voucher ni



Nanti boleh lah intai maxi dress online Zalora Malaysia.
Sementara tunggu waktu tayangan tu jom makan dulu! perut dah keroncongan pulak! Hari ni tiba-tiba rasa nak makan western pulak so ambil fish and chip!


Sedapkan! Jemput tengok jelah sebab dah masuk dalam perut!


Muka excited nak tengok cerita Penanggal.


Effect-effect seramlah kononnya ni!




Inilah filem yang nak tengok sangat tu.

My review:

Dari segi visual memang terbaik..berlatar belakang zaman dulu-dulu..
 memang cantik visual dia rasa macam woowww bestnya..
Jalan cerita best! tapi olahan kurang dan agak membosankan. Kalau olahan best memang terbaik cerita ni tapi macam tak suspen je..tak takut cuma aku terkejut masa Fasha Sandha kat perigi pada waktu malam tu tetiba hantu datang pulak!
 Moral filem ni pun bagus juga..suka waktu pelakon-pelakon ni selitkan bahasa Arab waoooww..


3.5/5 bintang!

Kalau nak tahu kena tengok sendirilah..jangan tengok cetak rompak tau!!baru ada feel tengok yang original!


share iklan dapat $$$ CLICK HERE!


4 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH