Kryolan Supracolor

Assalamualaikum semua!

Kali ni nak review tentang foundation atau coverface.

Sekarang ni popular produk kryolan supracolor.

Sebenarnya aku ni di promote oleh adik sendiri agar membeli barang jualannya..(sekarang dia tak jual) mention awal-awal sebab kang korang kata aku nak promote barang pulak kan.. Oleh kerana aku seorang kakak yang budiman dan support bisnes adik sendiri maka dengan tawaran hebat dapat la seketul kryolan supra eko pack dengan harga RM20 sahaja untuk 7 gram. Ok belilah dengan jiwa yang membuak-buak ingin tahu tentang kehebatan produk ini seperti diwar-warkan dalam FB itu.



Ini ekonomi pack, cinonet je tapi tahan lama usah risau. Dia bagi aku warna NB sebab kulit aku cerah katanya chewaahhh..



Tekstur dalamannya, agak oil sikit dan melekit-lekit..ok jangan nak judge dulu sebelum pakai ye.



Saiz sebenar, comel je..senang nak angkut kemana-mana. Better beli saiz kecik macam ni daripada beli yang besar, kang tak sesuai jangan nak menyesal pulak sebab kulit kita berbeza-beza tau!



Calitan di tangan, no flash tau!


My Review:

Yang BEST:
-Tekstur agak ringan.
-Just apply dengan jari macam sapu cream tak payah berspan-span bagai.
-Bila apply mudah meresap dan rata dalam kulit.
-Nak hidekan scar dan jerawat pun boleh, lepas ni tak payah nak edit gambar sampai hidung dengan pipi pun tak dapat nak beza.
-Long lasting.

Yang TAK BEST:
-Teksturnya agak berminyak, kalau muka korang jenis berminyak muka rasa macam berminyak-minyak..(boleh terus goreng ikan, opps jangan marah)
-Rasa macam ada "sesuatu" dimuka.
-Kena ratakan dengan teliti jangan tebal sangat! nipis je! sebab nanti mudah bercapuk.


Kesimpulan:
It OK! aku suka juga, kalau malas nak berspan-span aku pakai supra ni je. Tapi lepas tu korang kena letak bedak compact dengan sapuan nipis agar "minyak" itu tidak terlalu berminyak. Ramai juru make-up suka guna ni.


rating 8.5/10


With camera 360

No edit2..so  nampak jerawat seketul di dagu!

Gambar memakai kryolan supracolor NB.


Nak beli kat mana?
Pandai-pandailah korang servei ye, sebab berlambak online shop ada jual.
Kalau 7 gram tu harga dalam RM25-RM35 (kena lah servei2 dulu kalau nak murah) Harga yang RM20 tu harga promosi adik aku je..(dia tak jual dah). Jangan tanya about that sebab aku memang tak jual just review sahaja. Sekian berjumpa lagi! bye...






7 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH