Friday, March 7, 2014

Alhamdulilah Selesai Tesis Sarjana di UKM.

Assalamulaikum semua,

Lama tak cerita hal belajar kat UKM ni ye.

Alhamdulilah 7/2/2013 aku berjaya hantar tesis Sarjana aku dengan jayanya. Berakhirnya pahit manis seorang pelajar masters di UKM. Kawan-kawan yang masih berperang dengan tesis tu aku doakan korang berjaya menyiapkan tesis dengan cemerlang.


Kalau nak cerita pengalaman tu, memang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan paling best dapat banyak ilmu baru semasa proses buat tesis.

Pada 22 Januari 2014 adalah tarikh keramat iaitu tarikh aku VIVA master. Memang kecut perut juga nak tunggu tarikh tu...hampir 1 jam setengah kena viva so memang wahhhh (sendiri rasa baru tahu perasaan tu)..lepas tu aku kena summit pembetulan sebelum 29 Jan 2014, dan full Jilid pada 7 Feb 2014 (kena hantar kedai 4 Feb untuk tempahan jilid). Jarak masa tu memang singkat, masa tu aku dah tak macam kehidupan normal...tak tidur mengadap tesis..makan pun megi je sebab malas nak pergi cafe (konon nak save time untuk betulkan tesis)...minum kopiko dan nescafe memang dah jadi tabiat aku sebab tak nak tidur..mata macam panda tau.. Memang sangat tekanan tapi aku kena sangat motivasikan diri time tu sebab nak kejar date..huargggg!!


Memang sangat2 mencabar untuk edarkan 384 borang soal selidik pada responden..2 bulan take time buat benda ni.

Lepas tu aku cuba untuk memotivasikan masukkan dalam SPSS semua benda ni, cuba untuk memotivasikan diri untuk terus key in data semua ni..menangis rasanya, nasib baik turun field work beberapa kali so bila dah dapat je borang soal selidik yang dah siap di isi terus key in dalam SPSS..naik juling bijik mata tau huhuhu..



Memang badan agak menyusut time tu sebab makan yang segera macam bubur ni..makan pun tak ikut time..dan pasti kopiko teman sepanjang masa sebab mata ni kena tahannnn..


Masa aku sibuk buat tesis memang aku tak berapa nak ada kunjungan tetamu sebab bilik macam tongkang pecah (aku memang banyak senyap dari kawan2 sebab aku bilik single huahauahau)..segala buku aku keluarkan untuk rujukan..tak adanya nak kemas bagai..sebab takut mood aku hilang..aku kalau tengah kusyuk buat kerja jangan kasi mood lari nanti aku pun lari dari tesis aku ni...


Laptop dan printer time ni memang sangat berjasa. Cik pinky lappy aku ni langsung tak off..kesian giler kat dia..cuma aku "sleep" kan dia je bila aku pun sleep hahaha...




Lepas final draff SV aku suh hantar untuk di viva pulak..memang kecuttt perut.


Masa ni aku kena print 4 salinan draf for viva...bayangkan tesis aku masa tu dalam 210x4= 840 pages kena print so nasib baik ada cik canon terus printkan memang super jimat..tak la kopak duit aku nak print..sebelum2 ni pun masa nak tunjuk draf pd SV guna cik canon..memang super jimat buat ink luar...



Muka happylah konon nak summit tesis for viva tapi!! masih risau juga sebab  nanti tak pasal2 kena "tembak" dan "bomm" atom sekali dengan soal jawab viva hahaha..



Sempat lagi kauuu capture gambar dalam bilik VIVA, ni masa sebelum kejadian VIVA..SV, pembaca dan pengerusi belum datang so bilik mesyuarat ini gue yang punya hahaha..

Masa viva tu memang jenuh berdas-das kena tanya..walaupun rasa macam nak pengsan tapi alhamdulilah boleh jawab..memang cuakkk gilerr..rasanya normal masa viva kalau kena das-das peluru berpandu (soalan2)..itu baru sikit kalau buat PHD or jadi pensyarah yang kena bentang kertas kerja lagilah tekanan..kann, so pengalaman ini sangat bernilai pada aku sebagai seorang pelajar sarjana di UKM..hidup kalau tak ada cabaran ibarat main games hack unlimited coin lah kan hahaha...



Alhamdulilah, tesis aku berjaya dijilid dan di hantar pada 7 Feb 2014 lepas, status sekarang Konvokesyen / Tamat Pengajian. Tunggu konvo bulan 9 ni je..insyaallah.

Sekarang ni aku tengah fikir nak cari kerja yang sesuai dengan jiwa ragaku..aku terpaksa tolak 2-3 job sebab alasan2 tertentu..bukan memilih tapi memang kena pilih..(orang yang berada di situasi aku je yang faham kan) nanti next entry aku cerita kenapa kerja perlu memilih...

Sambung PHD?? aku tak fikir lagi nak terus sambung sebab aku nak kerja kerja kerja..lagi penting kerja hoiii banyak dah duit melabur nak juga merasakan mak dan ayah duit gaji aku ni hoiii..

Sekarang ni aku rehat dulu kat kampung, masuk bulan 4 barulah kita mula bekerja ye..hehehe..

Aku ucapkan banyak2 terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang memberi tunjuk ajar pada aku..

Terima kasih tak terhingga kepada ayahanda dan bonda tercinta sebab beri sokongan tak henti-henti, mendoakan aku, beri bantuan kewangan (buat master ni memang banyak kena pakai duit bukan macam degree tau) dan memahami aku.

Sahabat dan kawan-kawan juga tak lupa, banyak jasa korang tolong aku nak siapkan tesis ni..sayang korang semua semoga dapat kerja best-best, cepat jodoh dan murah rezeki.

 Hanya Allah sahaja dapat balas jasa kalian.

 Dah macam penghargaan dalam tesis pulak kan hehehe.. Ok, korang good luck kepada rakan seperjuangan Master Sains Pembangunan dan kawan-kawan yang lain. Kuatkan semangat!
Bye!

 p/s: sorry lambat update sebab cik blog selalu kena tinggal.


Thursday, March 6, 2014

KIter memang suka pakai tudung bawal.

Assalamulaikum..

Kalau nak tengok tudung sekarang macam2 fesyen ada...
Tudung ni, kita kena bijak memilih, ada yang nampak cun bila kita nampak orang pakai tapi kalau kita pakai macam tudung saji pulak, so tudung bawal adalah tudung yang palingggg aku suka sebab nampak muda berseri dari usia, macam budak sekolah menengah je kannnn..I loike!


Sekarang ni bukan macam bawal dulu2 yang plain je..fesyen bawal sekarang bermacam-macam corak dan nampak lebih menarik dan ceria..


Aku dapat 2 helai tudung daripada YunnYee

Cantik giler tudung ni sebab corak dia nampak sangat ceria dan senang dibentuk masa dipakai, so tak payah nak bersembur2 dengan cik kiwi bagai hehehe..


Serius, aku suka giler kau tudung ni..



Nampak muda macam sweet 17 je kan hahaha padahal dah 20++ tau.


Kalau korang nak tahu, Yunn Yee bukan sahaja jual tudung bawal tapi macam-macam ada tau, so jangan lepaskan peluang untuk shopping kat sana tau.

JOM SERBU:


WhatApps/SMS: 013-9507248




Myvi SE 1.3 Orange Ozzy Idaman Kalbu.

Assalamualaikum, lamaaanya tak tulis blog...komen pun banyak tak approve kannn..

Ok sekarang busy dengan tempahan blog, dan iklan2 yang tak up tu sila ingatkan saya ye..

Banyak benda nak share dengan korang..
Sekarang tesis dan siap dan hantar dengan jayanya dalam awal bulan 2 lepas..sekarang pening fikir pasal kerja..dan macam-macam hal duniawi..oh doniaaa.

SO sekarang nak bercuti dulu di kampung..mau tenangkan fikiran dan berehat dengan mak dan ayah di kampung halamanku ni..

Kalau bercakap soal idaman kalbu ni dah tentu nak sebijik cik Myvi..kalau ikutkan nafsu memang nak volkswagen, peugeot  je tapi kita kena berdiri di atas bumi bukan kayangan hehehe..
Aku memang idamkan kereta yang palingggg sesuai dengan jiwa aku iaitu compact kereta...tak mau keta panjang2...jimatttt minyakkk sudah tentu sekali so idaman kalbu ialah Myvi SE 1.3 lahhh..yang warna Orange Ozzy tu..



Warnanya ala2 merah mak ngah kan?? tapi bukan merah tau tapi orange ozzy..I suka sangat colour ni dan paling penting dalaman yang nampak cool je..


Kat dalam memang cool macam extreme punya kan tapi ni se 1.3 je..tapi ni jenis full eksesori premium..harga pun mantap macam 1.5 tapi lebih kepada keselamatan ...memang cun lahhh kau cik myvi. Dan paling best luas dari model2 lama myvi yang sebelum ni!


Aku memang suka yang 1.3 sebab lagi jimat minyak dari 1.5..sekarang mau yang jimat2 je sebab harga minyak dah mahaiiii..



Cik myvi kenapa awak comel sangat ye??

Saya bagi nama awak Tagume Comel boleh tak???

Ini baru angan-angan je tau! belum lagi dapat sebijikkk,,,kalau dapat nanti kita review??

ehh banyak lahhh kau punya duit cik farah oiii, ingat macam harga ikan kembong ke??? Ikan kempong pun sekilo pun harga berdezupppp!

ok bye, doakan cik Farah dimurahkan rezeki ye..kot-kot boleh pakai peugeot kat bawah ni..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.