Thursday, January 14, 2016

DIY Veil Tunang

Assalamualaikum..

Entry sebelum ini ada bagitahu nak share tentang veil bertunang.
Aku lebih suka diy untuk veil bertunang aku sebab lebih eksklusif gitu. Ada juga intai-intai veil yang ready made tapi jenis kain net yang jarang tu, aku tak berapa suka..ada juga yang macam crown dekat bahagian depan kepala tapi macam simple sebab tang situ je ada...so macam tak berbaloi beli sampai lebih RM100 tapi nanti kena tambah-tambah lagi...

Apa perlu yang ada untuk buat diy veil.

1. Shawl jenis halfmoon - aku beli halfmoon kosong
2. Lace jenis panjang untuk tepi muka halfmoon - setengah meter sebab nak bahagian keliling muka je
3. Lace ala-ala bunga yang boleh tampal satu-persatu- 1 meter
3. Manik-pearl- beli kecil besar warna putih pearl
4. Jarum, benang ikut warna lace, gunting, jarum..



Aku pilih halfmoon jenis potongan macam ni.

Halfmoon ada pelbagai potongan, ada yang mcm 3 bucu lenkung tapi potongan macam gambar di atas paling sesuai untuk veil DIY aku.





Ini adalah lakaran bahagian untuk diletakkan lace. Lace jenis panjang di bahagian depan muka dan lace yang telah di potong kecil di bahagian atas kepala.



Aku susun lace macam ni..sebab nak penuhkan dibahagian atas kepala.

Bahagian tepi lace aku jahitkan pearl agar nampak lebih menyerlah.


Lepas itu, jahit lace yang kecil-kecil untuk penuhkan bahagian atas kepala dan jahit pearl keliling lace untuk nampak penuh. Siap!!



Muka serius je ni, mesti tengah berdebar nak keluar bilik untuk sarung cincin. Hehehe..



Aku sebenarnya nak warna peach sebab hantaran aku warna pink, tapi cari-cari tak ada yang bekenan, ada pun dah macam liplap2 je dan penuh sangat manik, so dalam keterpaksaan ambil la warna mustard purple. So tak pelah..sbb tak larat dah nak mencari lagi.. Aku suka baju ni sebab kainnya best, simple dan selesa sangat. Tapi nak nampak kan baju ni untuk bertunang rajinkan diri jahit pearl kat lace baju.




Taraaaa...dah siap pun.. So adalah nampak pearl yang anggun dari di dasar laut.
Shawl pula pakai yang biasa je, cadang nak pakai bawal tapi lebih sesuai shawl berbanding bawal..shawl, aku pilih yang sama warna dengan baju dan veil pula yang sama warna dengan lace.

Bajet?

Veil
1. Halfmoon purple (kain kasar sikit) - RM 15
2. Lace panjang 1/2 meter- RM18 harga ikut jenis lace
3. Lace bunga-bunga 1 Meter - RM18
4. Pearl saiz pelbagai saiz- termasuk jahit untuk baju - RM15
=RM RM 66.00 lebih kurang

Halfmon mustard - RM35

Baju tunang - RM 200.00

Bajet Pakaian = RM 301.00 (lebih kurang)

Itu sahaja untuk pakaian bertunangku. tata.....


2 comments:

  1. puas hati kan kalau DIY sendiri..
    cantekk... menjadi..
    boleh jimat kos

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.