Tunang-Tunang 1: Persiapan Bertunang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera pembaca sekalian alam.

Lama tak update blog..rindu nak corat coret kat blog pink aku ni. So welcome 2016. Pink tetap pink so ini design terbaru blog aku..simple..pink dan ceria..elemen kanak-kanak rebena terpaksa dibuang sebab usia makin melonjak but nak nampak ceria...

Lama nak update persiapan bertunang, bukan pe untuk memenuhkan diary online ni. Dan sedikit sebanyak boleh bagi idea untuk kekawan yang nak bertunang tu kan.

Sebelum bertunang aku ada masa 2 bulan untuk bersiap. Sebab sebelum tu acara risik merisik bermula sebagai tanda nak di booking hehehe.

Tapi kali ni nak bagi tips dan check list untuk korang yang nak bertunang tu. Ok.

1. Tarikh/ Masa Bertunang dan Tempat

Masa edisi risik merisik korang kena plan awal-awal dengan bakal tunang korang tarikh apa yang sesuai nak bertunang, mungkin 2 bulan selepas merisik atau tempoh tertentu agar family masing-masing boleh berpakat untuk cuti, persiapan dan sebagainya. Kalau tak ada adegan risik merisik boleh je plan tarikh yang sesuai untuk korang. Lepas tu, tempat korang nak bertunang di mana yang sesuai, selalunya rumah keluarga perempuan la..takkan rumah keluarga lelaki pulak. Tempat ni penting sebab kita boleh agak masa bertunang nanti nak sampai pukul berapa. Kalau jauh jaraknya, boleh la sewa homestay dan bermalam di situ, esoknya tidaklah kelam kabut. Contoh, kalau acara bertunang pukul 11.30 pagi di Perak, takkan nak bertolak dari Johor pukul 9 pagi..pengsan la gitu..so plan agar majlis berjalan dengan lancar.


2. Tempat Bertunang

Tempat bertunang ni adalah tempat acara sarung cincin ke jari manis korang, sama ada korang nak buat pelamin atau dalam bilik je. Kalau nak berpelamin boleh lah servei harga pelamin di pasaran yang khas untuk bertunang atau DIY je pelamin. Semua bergantung pada bajet korang. Kalau kreatif dan nak saving boleh DIY je pelamin. Tapi kalau nak dalam bilik pun boleh. Tepuk dada tanya selera mana lebih mudah dan selesa. Aku buat DIY pelamin, TQ for mak su sebab idea dia untuk pelamin aku tu. Simple dan nice..i like.



3. Baju Bertunang

Baju bertunang ni banyak pilihan sama ada nak beli, sewa, atau pinjam. Bajet aku hari tu RM 200 untuk baju yang simple ini. Lepas tu aku tambah pearl je. Sebab aku tak suka pearl dan manik yang sarat sebab mesti tak nak pakai dah, so tambah sikit-sikit je.

4. Make-up

Aku lebih suka beli barang make-up sendiri je, sebab malas nak ambil juru make-up, di situ boleh saving. So, aku punya kakak yang tolong make-up kan.

5. Juru Gambar

Tak ambil sebarang juru gambar pun. Pakai kamera sendiri dan suruh my kakak jadi Photographer sebab dia ada kamera DSLR so suruh je dia ambil. Dan sampai sekarang tak sempat sedut dari kamera dia, aku kat Key El dia kat Perak..balik kampung asyik lupa je. Jadi korang boleh rancang nak tangkap sendiri atau nak upah orang.

6. Hantaran

Seminggu lepas merisik aku dah start cari barang-barang hantaran seperti bunga-bunga, bekas dan alatan untuk mengubah. Aku lagi suka buat dan gubah sendiri. Cantik atau tak tu hasil tangan sendiri..ye dakk??  Hajat nak bagi 11 balas 9 tapi pihak aku bagi banyakkkk sebab  adik-beradik, saudara mara sponser bagi hantaran..dalam 33 hantaran dari pihak aku.. Terima kasih semua... I love u olls :)

Sehari sebelum kejadian


7. Jamuan Makan/Khemah

Jamuan makan tu penting, jangan lupa lak. Jamuan dan khemah ayah sponser.. Kami buat catering je, sebab kekurangan kaki tangan untuk edisi gotong royang..kang aku yang pengsan kebabommm. So untuk jamuan korang kena plan, menu untuk tetamu..so senang nanti.

8. Jumlah Hantaran dan Mas Kahwin

Hantaran dan mas kawin selalunya dah bincang masa edisi risik merisik tapi ada juga kalau jenis tak merisik akan berbincang pada masa bertunang. So plan awal-awal dengan family jumlah yang sesuai dan mampu ditanggung oleh pihak lelaki..jangan bergaduh lak masa majlis bertunang,susah pulak nanti...kena bincang awal ya! Aku punya hantaran?? Opps rahsia ye...semoga dipermudahkan.

9. Wakil Jurucakap Kedua Belah Pihak

Wakil ni penting, kena pilih siapa yang akan bercakap nanti. Takkan la kejap tu majlis, kejap tu juga nak mencari wakil..kang tersasul lain lak dicakapnya.


10. Bilangan Rombongan Pihak Lelaki

Pastikan berapa orang yang hadir agar senang nak bajet untuk bilangan tetamu yang sedia ada dan bilangan rombongan pihak lelaki yang hadir. Nanti tak la ada masalah seperti lauk tak cukup ke..nasi terlebih ke..hehehe..

So itu sahaja yang aku nak share, yang penting majlis berjalan dengan lancar dan baik. Nanti aku update pasal DIY Veil, baju tunang, gubahan hantaran...bagi idea untuk korang.

Edisi bergambar nanti aku update sebab gambar dalam kamera kakak, handphone n kamera pink aku tuh.... ok bye!

Dengan adik aku, si mak buyung yang sarat.


p/s: berokband kuota dah habis maka kelembapan makin bertambah-tambah.

Share this PostPin ThisEmail ThisShare on Google PlusShare on Tumblr
11 Comments for "Tunang-Tunang 1: Persiapan Bertunang"

langkah pertama..
selamat bertunang adik...

wahhh tahniah sis ^^ Best plak baca cerita pasal majlis org. Majlis kita bila plak entah. heheh

http://anies-msletoes.blogspot.my/2016/01/kes-lenggang-kangkung-kan-dah-lambat.html

nice sharing2.. boleh jadik rujukan untuk kawan2

wah..dah tunang ye... tahniah... :)

tinggal 1 pintu je lagi, pastu bermula lah gelaran isteri dan seterusnye ibu...insyaAllah! tahniah kak y ucapkan pada fara ye...
Jom Singgah Blog Kak Y

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Pesanan:
Anda tidak dibenarkan sama sekali mengambil/menyalin/menyimpan/print screen mana-mana kandungan blog ini kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dilanggar.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.
Cik Nurfarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top