Wednesday, October 19, 2016

Kenapa entry tak meriah lagi?

Assalamualaikum..

Lama tak membebel macam dulu-dulu..dulu syok je update entry sekarang makin lupakan blog maklumlah banyak update dekat FB, tapi tu pun just share status orang je..rasa macam syokje just share..agaknya dah makin tua jadi sesi meluah perasaan pun tak serancak dulukan..just berdiam diri je kalau rasa tak penting.

Sekarang ni aku banyak ambil tempahan design blog so just mengadap blog customers je lah..2 blog dah siap just tinggal 1 je lagi nak finalkan..nanti aku review..kena ambil mood kalau nak review ni hehehe..


Cuba korang tengok kat Blog Archive aku, tahun 2014, 2015 dan 2016 amat sedih je bilangan entry aku..sangat la sedikit,,ni tahun-tahun selepas menamatkan pengajian so lebih tertumpu kepada pekerjaan, jadi masa nak update tu memang terbatas..sebenarnya boleh je nak update tapi sebab ada penyakit MALAS so memang terperap je la blog penuh sawang.

Sebenarnya tempoh 3 tahun ni macam-macam suka duka yang dirasai..kadang-kadang rasa nak share tapi maybe diam lebih baik...semua perkara tu mematangkan aku sebagai hamba Allah dimuka bumi ni.

Nanti kalau rajin aku update la story2 kat blog..ikut mood jugakan..
Ada juga reader nak letak iklan dalam blog tapi buat masa ni aku tak nak ambil dulu sebab aku kurang aktif berblog, pages view pun tak meriah sangat so tunggu aku aktif semula..sebab aku tak suka ambil iklan kalau iklan tu tak mendatangkan hasil kepada korang...tunggu blog aktif yerr..insyaallah akan buka iklan dan review produk.

Opps sekarang ni tengah diet sebab rasa makin kegemukan. Tiba-tiba rasa rindu pada someone yang suka kita makan salad ni :'( Betul kata orang dugaan bertunang ni berat..segalanya serah pada Allah.


Sekarang ni dua ekor budak nilah peneman aku.. Si Uteh dan Mimi. Mimi ni adik aku bagi..jenis DLH aka mix mainecoon cat. Uteh sekarang agak nakal..suka curi2 keluar rumah..Mimi pun sama tapi Mimi lebih behave sikit..mudah di ajar..dan dengar kata..Uteh lak makin keras kepala.degil tahap nak lempang je montot dia..

Uteh Mucukk

Uteh dah dewasa..dalam setahun umur dia tapi dia dah sunat so tak la macam kucing jantan lain yang suka kencing merata..so tak la susah nak jaga. Cuma peragai suka curi keluar rumah tu yang geram..sebab selama ni dia kucing indoor..sekali dapat keluar..berjuta-juta kali la nak bebas...


Mimi ni dah masuk 10 bulan..tak sunat lagi sebab nak kitten hehehe..special tentang Mimi ni..dia suka berkepit dengan aku..manja dan kuat jeles kalau layan kucing lain lepas tu kalau panggil je nama dia terus datang. Hari tu dia dah bising sebab on heat so bagi dia suami..suaminya kucing jiran je hahaha..sebab asyik memekak siang malam nak cari BF..lepas tu terus senyap..mana tahu nanti leh ada babykan..

Mimi yang suka buat muka kalau marah

Sayang mereka ni, rasanya kucing betina lebih behave berbanding kucing jantan...Senang diajar dan lebih sensitif..macam manusia jugak ke??

Tuan blog?? stay muda remaja dan masih macam dulu juga hehehe..

Aku tahu ramai rindu kat aku..rindu tak??


Masih kekal remaja dan nampak macam budak sekolah lagi so orang tak sebuk tanya.."bila nak kahwin?'
So semua tu ada aku kesahh?? hahahaha...

Ok, rasa mata nak beradu je ni..lain masa jumpa lagi dan selamat malam :)

Monday, October 3, 2016

Wajah baru Blog Cik Nurfarah

Assalamualaikum..
Lama rasanya tak update blog..rindu kat blog ni.
Ada nampak perubahan baru tak blog Cik Farah ni??

Template dah tukar warna sebab nak rasa lebih fresh..tak nak all is PINK walaupun pink tu warna kecintaaan..jadi mix sikit dengan warna terquoise.
Bentuk post entry dan sidebar pun tukar kepada bentuk empat segi..dan header juga aku tukar kepada nama blog sahaja tanpa letak doodle atau gambar dan footer masih kekalkan ada trademark doodle khas aku.



Sebab tukar?? nak nampak kelainan dan nak nampak kematangan sikit..ala2 feminin gitu..sebab tu letak background rose vintage hehehe..

Saiz blog mula-mula nak kecilkan jadi 1000px tapi macam tak syok pula mata ni sebab mengecilkan gambar2 dalam entry sebelum ni jadi stay kekalkan 1200px supaya mata cerah memandangkan..

Kalau rasa berminat nak hasil tangan Cik farah boleh la what apps je kat no ni 017 2788373 yerrr..sebelum tu tengok2 la portfolio yang tersedia tu dan syarat2 tempahan..

Rasa nak bagi special prices je..kalau berminat cepat PM yer sebab siapa cepat q dia akan diutamakan..

Bye...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.