Tonik rambut yang berkesan - Aily Hair Tonic

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Lamaaaa aku tak buat segmen review kat blog Cik Nurfarah yer..
Untuk segmen ni aku guna kata ganti diri aku yer..mudah nak berkomunikasi dengan korang.


Kali ni aku nak share barangan yang aku pernah guna, berkualiti bagus dan berkesan pada aku.
Memang susah juga nak cari produk ni sebab tak sepopular produk penjagaan rambut  lain tapi kalau dah tahu keberkesanannya memang tak cari yang lain, mana tahu korang tengah mencari jenama tonik rambut yang bagus, so review aku ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk servei-servei produk bagus.

Macam mana aku boleh berkenalan dengan tonik rambut ni ye?.. Dulu masa zaman UKM aku suka juga buat rebonding rambut. Walaupun bertudung tapi stay juga nak rebonding, untuk kepuasan sendirikan. Masa tu aku ada masalah rambut gugur dan kelemumur, jadi memang akan buat rambut jadi makin menipis sebab dah banyak rambut gugur. Lepas tu, akak yang kat salon tu suggest la tonik rambut ni, mula-mula macam malas je nak try tapi sebab fikirkan kelemumur makin menebal so try je,.alhamdulilah seminggu pemakaian dah nampak hasilnya, rambut dah tak gugur lagi, masalah kelemumur pun dah tak ada. Memang teruskan pemakaian je. Tapi yang sedihnya, tonik rambut aku ni hilang tak dapat dikesan, mungkin terlupa letak atau terhilang sendiri.

Agak sukar juga nak cari tonik rambut ni, tapi korang try cari kat kedai-kedai jamu atau salon rambut. Masa tu aku beli kat salon kat Ampang. Sekarang ni aku order online je, kat online shop, kat lazada pun ada juga, cuba korang try search kalau nak cari ye. Harga ada yang tawarkan RM18, 20, dan 25..masa kat salon tu dia bagi harga RM25. Kandungan setiap botol ada 100ml.

Harga memang berpatutan dan kesannya sangat memuasakan. Sebelum ni ada juga try tonik rambut jenama lain tapi macam tak ada perubahan pun.

Macam mana nak guna?
-Basuh rambut korang dengan syampu dan bilas.
-Keringkan kulit kepala, biar macam lembab-lembab separuh kering dan letakkan tonik pada kulit kepala.
-Boleh pakai hari-hari. Kalau rambut dah ok boleh jarakkan penggunaan sebab fungsi dia akan melebatkan rambut juga.

Lepas tu tengok perubahannya, memang bagus.
Pada rambut aku memang ada perubahan, terutamanya dapat mengurangkan kelemumur dan boleh menghapuskan kelemumur juga, lepas tu mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Lembut je rasa rambut.


Bau?
Dia bau-bau  tonik yang rasa beragin tu..nyaman je..

My Review

Yang BEST:
-Murah
-Berkesan untuk kelemumur dan kulit kepala gatal
-Melebatkan rambut
-Rambut jadi lembut

Yang TAK BEST:
-Susah nak cari
-Mungkin bau dia ada orang kurang senang. sebab bau dia "tonik sangat"


rating 9/10

yang penting aku pakai berkesan..

sekian itu sahaja untuk review kali ini. Masih berfikir untuk membuka segmen review berbayar atau tidak sebab aku agak busy!. Ok bye 😚

Share this PostPin ThisEmail ThisShare on Google PlusShare on Tumblr
3 Comments for "Tonik rambut yang berkesan - Aily Hair Tonic"

Thanks for share this valuable post!!! It is really great job.

Assalamualaikum sis.. saya dh lama cari tonik untuk rambut.. saya ada masalah rambut gugur.. mmg lama dh cr tonik cm gini.. sis juai ka.. saya nak beli.. hihih

Baru nk cuba...sbb harga murah berbanding dgn harga tonic yg lain...

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top